Followers

Wednesday, February 13, 2013

rindu blogging

cuti panjang, blog pun jadi bersawang. hik hik hik. so pagi ni sebelum memulakan kerja kena la updated skit. dalam hati nak share macam2 perkara tapi nan hado... hehe ketepuan diri dalam menulis di pagi hari.
 
semangat ker nak kerja pagi ni ? in shaa Allah, i will try my best even rasa M besar tu masih tak bersisa. ada sikit lagi rupanya M besar dalam diri even hari ni berjaya thumb print pukul 6.45pg. awal sangat kah ??? yang pasti hari ni singgah subuh kat petronas di federal highway. selesa je solat kat situ berbanding di pejabat. kalau kat ofis ni nak kena keluar ambil wuduk. a bit leceh.
 
aktiviti cuti panjang sempena tahun baru cina ni apa je eh ?
 
  1. sabtu- dapat ot 3 jam setengah pastu outing tgk movie ngan dak praktikal . cerita apekah ? husin, mon & jin pakai toncet. cerita ni ok jugak, tak la membosankan cuma ending dia tu macam x boleh nak masuk lak. hahaha tolong la doktor tu sebenarnya jin.
  2.  
  3. ahad- ke sungai siput, perak. wedding anak kepada sepupu mama lynn. perjalanan ke sungai siput terasa macam balik grik pulak. memandangkan 1st time ke sana + x tahu jalan, sampai kat rumah kenduri pun dekat 2.00 petang. balik tu perjalanan terasa cepat je sampai.
  4.  
  5. isnin- outing with bff aida & normah. both kawan uitm a.k.a classmate masa kat uitm jengka dulu. aida dah ada 2 orang putera. normah lak seorang putera. mama lynn bila lagi ni ? hahaha sape nak tolong jawab ? kalausahabat mama lynn datang bersama suami dan anak, mama lynn bawak anak buah tersayang afif fikri sebagai teman. en suami jauh tapi kalau dekat pun agak susah la dia nak join aktiviti macam ni.
  6.  
  7. selasa - memerap je la kat umah sampai lebam mata ni tak tau nak buat ape. mujur la pagi2 dah bangun settle kain baju yang melambak minta dibasuh. ada jugak aktiviti selain mengemas rumah cuma petang tu keluar ke klang kejap jemput ibunda balik kerja.
ibu afif fikri dalam sabtu malam ahad lepas balik ke kampung di alor star bersama keluarganya. aiman faliq ikut ibu dialah kan. cuma adik mama lynn (ayah afif & aiman) dan afif je yang tak ikut. tu pun kerna adik mama lynn kena kerja. so sepanjang ibunya tiada, afif di bawah jagaan mama lynn. baru malam tadi adik mama lynn (myra) hantar afif ke rumah wan teh nya. wan teh tu panggilan afif untuk wan sebelah ibunya. kalau ibunda mama lynn pulak, afif panggil wan kimah (stand untuk fatimah).
 
dalam takde idea nak menulis tu haha amik kau. panjang lak cerita mama lynn pepagi ni. jap lagi nak sharing entri tentang "hari valentine" yang sah-sah HARAM untuk umat Islam sambut. perkongsian sebagai panduan bersama.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar