Followers

Thursday, February 28, 2013

perancangan masa depan

tajuk entri yang sangat lah ke depan. ya hidup kenalah fikir ke depan + kalau kita asyik toleh ke belakang je, takut-takut kita terlupa fikirkan masa depan. macam mama lynn jugak, dalam mind ni macam-macam yang ada.
 
as a PJJ couple , untuk jangka masa panjang mama lynn perlu cari kerja lain. bukan kerja kat MBSA ni tak menjamin tetapi bila fikirkan perhubungan kekeluargaan yang perlu diutamakan, soal kerja juga perlu dipertimbangkan. cukuplah 2 tahun mama lynn bertahan jauh dari suami. tak tertanggung rasanya susahnya berdiri atas kaki sendiri. kalau soal duit mama lynn tak la kisah sangat tapi kalau soal tempat berkongsi cerita , tatkala suka dan duka tiada di depan mata sangat menyakitkan diri ini. ya, mama lynn akan berpindah ke kulim dalam tempoh jangka panjang ni cuma sedang melihat peluang pekerjaan yang lebih baik di KULIM.
 
sejujurnya walaupun baru bekerja 7 tahun di sini mama lynn sudah mulai rasa bosan. kalau tanya minat pada kerja pun dah mula terhakis. sehari-hari cuba built up balik semangat bekerja. mama lynn kadang-kadang rasa bekerja ni sekadar tanggungjawab yang perlu mama lynn pikul walaupun mama lynn kurang senang dengan apa yang mama lynn buat.
 
di masa akan datang mama lynn sebolehnya tak mahu lagi bekerja terikat dengan waktu bekerja 8 pg- 5 ptg. mama lynn teringin nak ada empayar perniagaan sendiri. dalam hati ni sangat la berangan nak bukak kedai runcit, restoran tak pun pusat kecantikan sendiri. yang ada waktu lebih flexible dan ada extra masa untuk keluarga. in shaa Allah, moga Dia mempermudahkan impian diri ni.
 
sangat kan berangan, dari berangan lah kita akan capai impian diri. hidup perlu ada cita-cita + rezeki perniagaan tu cukup luas di muka bumi Allah ni. mama lynn bukan tak suka kerja makan gaji cuma kalau diizinkan mama lynn nak menambah pendapatan keluarga. susah nak kaya kalau sekadar duduk kerja makan gaji. bukanlah nak kaya-raya tapi sekurang-kurangnya mama lynn seronok dengan pekerjaan mama lynn.
 
 
p/s : suka ada business tapi tak suka MLM business
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar