Followers

Friday, February 15, 2013

pengajaran dari solat seorang mualaf

alhamdulillah jiwa mama lynn lately ni sangatlah tenang di pagi hari. tiada lagi felling2 kacau bila kena redah jammed di pagi hari. syukur sangat2 bila dapat memulakan hari lebih awal dari kebiasaan. semangat pun rasa berkobar-kobar. tq Allah.
 
banyak perkara yang mama lynn nak share ngan semua tapi hari ni mama lynn nak share tentang mualaf. bukanlah kisah macam mana orang tu boleh convert to ISLAM tapi more kepada kesungguhan seorang mualaf menunaikan solat fardu. kisah ni sebenarnya boleh kita ambil pengajaran jugak. ya.. till now mama lynn masih terbayang wajah wanita itu. wanita yang mama lynn jumpa di surau petronas federal highway menghala ke shah alam.
 
2 hari lepas mama lynn singgah di petronas seperti hari-hari lain untuk menunaikan solat subuh. masa mama lynn masuk ke dalam surau tu ada seorang wanita baru nak memulakan solat. mama lynn tidaklah begitu memerhatikan wanita tersebut. cuma dalam solat mama lynn tu , dapat mama lynn dengar bacaan dalam solatnya, wanita itu begitu teliti membaca setiap baris ayat.
 
mama lynn habis solat subuh lebih awal dari wanita terbabit. usai selesai berdoa wanita tersebut masih lagi di dalam tahiyat akhir. dengan jelas mama lynn dengar wanita tersebut bersungguh-sungguh membaca tahiyat akhir. ya..... ada sedikit kesilapan tetapi dia bersungguh-sungguh memperbetulkan bacaannya. mama lynn perhatikan wanita itu, ya dia kelihatan seperti wanita berbangsa cina. mungkin wanita itu seorang mualaf, itu yang terdetik dalam hati ni.
 
pengajaran dari pertemuan singkat itu dapat mama lynn simpulkan. sedangkan seorang mualaf bersungguh-sungguh mendalami ISLAM kenapa tidak kita yang dilahirkan ISLAM tidak mendidik diri untuk mendalami agama Allah ini. kadang mama lynn sendiri hilang khusyuk di dalam solat dan boleh pulak fikirkan hal lain di dalam solat. sebagai orang ISLAM kita seharusnya menunaikan ibadat dengan bersungguh-sunguh. jangan sesekali kita abaikan solat. itulah tiang paksi kehidupan kita. biar kita jahil duniawi tapi kita jangan jahil dalam solat. sedangkan seorang mualaf ingat kewajiban pada Allah, kenapa tidak kita ?
 
terima kasih ALLAH kerana menyedarkan hamba MU ini. mama lynn mahu menjadi wanita yang taat pada agama. in shaa Allah, mama lynn mahu berusaha ke arah itu. tetapi... mama lynn bukan insan yang sempurna yang dapat mengubah diri 360 darjah sekaligus. biarlah masa yang menentukan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. As salam dear. Alhamdulillah Allah bagi pengalaman sebegitu untuk mengingatkan diri kita yang selalu alpa ni. Peringatan untuk semua tu ^^

    ReplyDelete
  2. mel : alhamdulillah dapat jugak manfaat dari pertemuan tu... ya sy mengaku kadang2 mmg lalai . solat tu rush je tp blogging boleh lak berjam2

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar