Followers

Friday, February 22, 2013

menangis lagi

touching lak pepagi hari ni.again !! bila lihat , tahu , dengar perkhabaran insan terdekat preggy. Ya Allah kuatkan hati ini. aku redha dengan segala qada' dan qadar Nya. namun aku tetap punya hati, punya perasaan yang tetap ingin memiliki insan yang bergelar zuriat.
 
aku tak tahu sampai bila penantian ini akan berakhir. aku berserah segalanya pada DIA. Maha Mengetahui atas segala-galanya. bukan aku mahu menjadi orang yang dengki dengan kelebihan orang lain yang diberikan nikmat mengandung, melahirkan. aku cuma wanita , isteri yang punya keinginan untuk memiliki zuriatku sendiri. yang aku kandungkan 9 bulan 10 hari.
ya Allah.. Kau permudahkanlah impian hamba Mu ini. Kau titipkan sedikit kebahagian itu agar dapat menjadi pengikat kasih sayang antara aku dan suamiku. Abang... maafkan sayang kerana masih tak mampu memberikan abang zuriat walaupun usia perkahwinan kita hampir mencecah 4 tahun.
 
sabarlah duhai hati. sabarlah ......

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

8 pesanan kasih sayang:

  1. orang yang bersabar, berusaha pasti akan ada rezeki nya nanti. kawan saya 7tahun tunggu, tahun ke8 baru pregnant sekarang anak dia dah 5bulan. sabar ye sis

    ReplyDelete
  2. alahai kak aj...
    sabar la ek..x mo sedih2..
    kak, dh cuba biodex x?takat ni kwn2 nor mane yg try,alhamdulillah menjadi...akak cuba la..inshaa allah,usaha byk2 dulu n nti tawakal ek...

    ReplyDelete
  3. sabo ye kak lynn..
    sdih lak s bc...
    byk2 doa n solat hajat..

    ReplyDelete
  4. Sabar ye Lynn. Jangan putus asa, teruslah berikhtiar. Rakan baik akak hanya dapat anak setelah berusaha selama 9 tahun. Pasti ada hikmah atas setiap ketentuan Allah.

    ReplyDelete
  5. insyaallah
    rezeki Allah tentukan
    jgn putus asa

    ReplyDelete
  6. Sabar dear, jangan sedih2. Mel pun sedang berusaha. InsyaAllah, ada la tu rezeki nanti. Yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Mel doakan kita sama2 ada rezeki memperoleh zuriat. Amin ^^

    ReplyDelete
  7. Allah sedang create sesuatu yg lebih baik..InsyaAllah...

    ReplyDelete
  8. thanks semuanya. doakan yang terbaik untuk mama lynn eh. lately ni banyak sangat dugaan yang singgah . ntahlah... mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. kadang2 dalam hidup ni kita perlu belajar dari kesilapan lalu. ahad lepas smpai tak ley tido malam fikirkan masalah yg dtg bertandang tu. Ya Allah kuatkan diri ini.

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar