Followers

Friday, March 1, 2013

kawan yang baik dan kawan yang tidak baik

sharing is caring, pepagi ni saje singgah kat fb Himpunan Doa Harian  & Doa Dalam Islam. di sini banyak sangat perkongsian yang dapat memberi panduan dan manfaat buat kita semua dalam kehidupan kita sehari-hari.  sekurang-kurangnya sedikit manfaat itu dapat kita amalkan dalam hidup. in shaa Allah.
 
pagi ni mama lynn nak share tentang bagaimana Imam al-Ghazali  menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik. mungkin dengan penerangan ini dapat kita jadikan panduan dalam memilih kawan.

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. pesanan nie memang baik utk kita semua..ingat pesan ahli agama nie semoga hidup kita lebih berkat..:-)

    ReplyDelete
  2. yup, moga2 dapat dijadikan panduan dalam kehidupan kt

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar