Followers

Saturday, February 9, 2013

happy birthday wani & kakak

dah dekat seminggu baru nak share entri ni. ahad lepas sempat kami sekeluarga celebrate birhtday adik perempuan mama lynn yang ke-22 tahun. filzah bt kamarulzaman anak ke-5 dari 7 beradik. ekceli kami celebrate sehari awal. birthday kakak (filzah) adalah pada 4.2.2013 ,tetapi memandangkan 4.2 tu hari isnin + masuk hari bekerja, agak susah skit nak sambut.
 
so xde juadah yang cam best sangat pun. sekadar beli kek dan sate. tak sempat nak masak atau buat grand2 cos penat ke majlis perkahwinan adik (belah perempuan) tak hilang lagi malam tu. jangan kecil hati eh kakak.
 
ucapan mama lynn untuk kakak : "kakak, moga menjadi muslimah yang solehah dan anak yang berjasa kepada orang tua. jaga diri baik-baik walau kemana saja ko melangkah. angah sentiasa mendoakan kesejahteraan ko. "
 




opppsss lupa lak yang khamis 31.1.2013 tu kami sempat sambut ulang tahun adik bongsu mama lynn yang ke-19,  alwani bt kamarulzaman . siang tu ibunda mama lynn sempat masak mee kari dan malam lak acara potong kek.
 
kek birthday wani besar sikit dari kakak. birthday girl tak ambil gambar pun cos a bit messy. yang sibuk nak ambil gambar adalah anak buah kesayangan mama lynn , afif fikri "the bebel boy".
 
next birthday 16 ngan 27hb februari ni. birthday ayah afif dan adik perempuan mama lynn yang kedua bongsu. kebetulan birthday filzah(kakak), firdaus dan amirah (adik) jatuh pada bulan februari.
 
dah jadi kebiasaan keluarga untuk sambut birthday ahli keluarga even sekadar sambut dengan kek je. sekurang-kurangnya aktiviti macam ni dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga. in shaa Allah.





ucapan mama lynn untuk wani : "wani, moga menjadi muslimah yang solehah dan anak yang berjasa kepada orang tua. jaga diri baik-baik walau kemana saja ko melangkah. angah sentiasa mendoakan kesejahteraan ko + jangan sedih2 dengan cinta yang baru terputus tu. in shaa Allah , Allah akan beri pilihan yg lebih baik lagi. siapa tahu perancangan Dia" 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. waahhh, ada satay... ada kek! nyumnyum

    ReplyDelete
  2. nour adieb : sate tu fav mama lynn.. hehe jemput makan

    bdk kampung : tq dear

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar