Followers

Monday, February 18, 2013

Al-fatihah, lost my beloved pak lang id

 
sabtu lepas (16.2.2013) pada jam 4.30 pagi ibunda mama lynn telah dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyatakan abang kesayangannya telah pergi mengadap Ilahi. meraung ibunda mendengar perkhabaran sedih itu. lebih kurang pukul 5.40 pagi kami bertolak pulang ke grik dari kapar.  
 
sampai di grik lebih kurang pukul 10.30 pagi. sebelum tu, sempat singgah solat subuh dan tapau sarapan pagi di rnr rawang. kuasa Allah di rnr rawang kami sekeluarga berjumpa dengan 3 orang sepupu mama lynn bersama keluarga masing-masing yang turut dalam perjalanan pulang ke grik.salah seorang daripada sepupu mama lynn tu merupakan anak arwah.
 
alhamdulillah ramai yang hadir menghadiri majlis pengebumian arwah. kami sangat-sangat berdukacita dengan pemergian arwah. kebetulan juga arwah meninggal dunia 3 minggu selepas adik kedua bongsu arwah meninggal dunia (mak cik sidah). kesedihan lepas masih bersisa, kami dikejutkan pula dengan pemergian insan yang amat kami kasihi.
 

inilah gambar arwah bapa saudara mama lynn  semasa menunaikan umrah pada 23 Jan 2013 - 6 Feb 2013. beliau memang cukup dikasihi dan disayangi oleh semua. cukup tegas di dalam mendidik anak2 dan semua pelajar (perkongsian dari fb abg ja, anak ketiga arwah pak lang id). untuk makluman arwah bapa saudara mama lynn merupakan seorang bekas pendidik.
 
moga arwah ditempatkan di dalam syurga firdaus. in shaa Allah. pergi tak kembali...ya kita semua juga akan dijemput pulang cuma kita sendiri tak dapat nak jangka bilakah masanya. melihat kematian mendidik kita tentang hidup. Al-fatihah.. (abdul ralib bin hj mahmud / abdul ralib binti wan mas) 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

7 pesanan kasih sayang:

  1. al fatihah utk arwah... xsangka arwah pergi xlama slps arwah adik dia kan...

    ReplyDelete
  2. intan berlian : sgt x sangka ina. mujur jugak masa arwah br blk dr umrah aritu sy sempat dtg ziarah.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah buat arwah.. moga ditempat ka dikalangan org2 yg beriman.. amin! semoga ahli keluarga sabar menghadapi segala ujian..

    ReplyDelete
  4. atie : in shaa Allah, moga2 mcm tu la kan. ahli keluarga kami tabah menghadapinya .. in shaa Allah

    ReplyDelete
  5. nisa greenpanda & kesuma angsana : terima kasih . alfatihah

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar