Followers

Thursday, February 28, 2013

spontaneous thursday 39




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Logo Halal JAKIM

Untuk produk dan premis makanan di dalam negara..
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki?

Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.
 
"Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."
 
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."
 
"Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"
 
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!"
 
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"
 
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"
 
"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?"
 
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
 
Kaum lelaki pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"
Tunggu..!
 
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
 
"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
 
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
 
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!"
 
"Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"
 
"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
 
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!"
 
"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah... itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"
 
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!"
 
"Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"
 
"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"
 
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

kredit : i luv islam

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

perancangan masa depan

tajuk entri yang sangat lah ke depan. ya hidup kenalah fikir ke depan + kalau kita asyik toleh ke belakang je, takut-takut kita terlupa fikirkan masa depan. macam mama lynn jugak, dalam mind ni macam-macam yang ada.
 
as a PJJ couple , untuk jangka masa panjang mama lynn perlu cari kerja lain. bukan kerja kat MBSA ni tak menjamin tetapi bila fikirkan perhubungan kekeluargaan yang perlu diutamakan, soal kerja juga perlu dipertimbangkan. cukuplah 2 tahun mama lynn bertahan jauh dari suami. tak tertanggung rasanya susahnya berdiri atas kaki sendiri. kalau soal duit mama lynn tak la kisah sangat tapi kalau soal tempat berkongsi cerita , tatkala suka dan duka tiada di depan mata sangat menyakitkan diri ini. ya, mama lynn akan berpindah ke kulim dalam tempoh jangka panjang ni cuma sedang melihat peluang pekerjaan yang lebih baik di KULIM.
 
sejujurnya walaupun baru bekerja 7 tahun di sini mama lynn sudah mulai rasa bosan. kalau tanya minat pada kerja pun dah mula terhakis. sehari-hari cuba built up balik semangat bekerja. mama lynn kadang-kadang rasa bekerja ni sekadar tanggungjawab yang perlu mama lynn pikul walaupun mama lynn kurang senang dengan apa yang mama lynn buat.
 
di masa akan datang mama lynn sebolehnya tak mahu lagi bekerja terikat dengan waktu bekerja 8 pg- 5 ptg. mama lynn teringin nak ada empayar perniagaan sendiri. dalam hati ni sangat la berangan nak bukak kedai runcit, restoran tak pun pusat kecantikan sendiri. yang ada waktu lebih flexible dan ada extra masa untuk keluarga. in shaa Allah, moga Dia mempermudahkan impian diri ni.
 
sangat kan berangan, dari berangan lah kita akan capai impian diri. hidup perlu ada cita-cita + rezeki perniagaan tu cukup luas di muka bumi Allah ni. mama lynn bukan tak suka kerja makan gaji cuma kalau diizinkan mama lynn nak menambah pendapatan keluarga. susah nak kaya kalau sekadar duduk kerja makan gaji. bukanlah nak kaya-raya tapi sekurang-kurangnya mama lynn seronok dengan pekerjaan mama lynn.
 
 
p/s : suka ada business tapi tak suka MLM business
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, February 27, 2013

wordless wednesday 43



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, February 26, 2013

gaduh-gaduh manja

serba salah nak tulis entri hari ni. perkongian yang kurang menarik untuk orang lain tau tetapi itulah yang terjadi. wahhh sangat saspen je intro entri mama lynn di petang selasa ni .
 
gaduh-gaduh manja kat tempat kerja. pernah tak korang semua hadapinya. hari ni tak pasal-pasal mama lynn terjebak. ntahlah mungkin lately ni cepat je nak tersentap. tanda-tanda period dah makin dekat. amik kau ... kecoh kejap opis ni ngan mulut mama lynn yang lebih daripada mak cik kiah kat kampung sebelah. tak pasal-pasal mama lynn dapat dosa.
tak perlu mama lynn nak cerita lanjut. alkisah benda-benda ni puncanya simple je. "SALAH FAHAM" the end ribut taufan yang datang melanda. tak ke saja cari nahas. sah-sah lepas ni orang akan judge mama lynn "kurang sopan".
 
by the way, hal-hal gaduh manja kat pejabat ni boleh je kita atasi bila rasa sabar dan iman penuh di dada. cuma mungkin la kalau emosi kita tak stabil bila berdepan ngan hal-hal macam ni kita tak boleh berfikir secara waras. cakap ikut suka hati tanpa jaga air muka orang lain.

pengajarannya, hal kecil kalau boleh selesaikanlah dengan cara baik. bila kita buat salah jangan ada rasa malu untuk mengaku kerana dalam hidup ni kita tak la sempurna. semua orang pun buat silap. macam mama lynn ni pun... awal-awal tadi taip benda lain the end lain yang mama lynn publish. belajar dari kesilapan dah 
 
 
p/s : teringat kata-kata seorang teman, kalau kita sedih pun jangan tunjuk kat orang rasa sedih tu. nanti tak la orang yang x suka kita tertawakan kita.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, February 22, 2013

menangis lagi

touching lak pepagi hari ni.again !! bila lihat , tahu , dengar perkhabaran insan terdekat preggy. Ya Allah kuatkan hati ini. aku redha dengan segala qada' dan qadar Nya. namun aku tetap punya hati, punya perasaan yang tetap ingin memiliki insan yang bergelar zuriat.
 
aku tak tahu sampai bila penantian ini akan berakhir. aku berserah segalanya pada DIA. Maha Mengetahui atas segala-galanya. bukan aku mahu menjadi orang yang dengki dengan kelebihan orang lain yang diberikan nikmat mengandung, melahirkan. aku cuma wanita , isteri yang punya keinginan untuk memiliki zuriatku sendiri. yang aku kandungkan 9 bulan 10 hari.
ya Allah.. Kau permudahkanlah impian hamba Mu ini. Kau titipkan sedikit kebahagian itu agar dapat menjadi pengikat kasih sayang antara aku dan suamiku. Abang... maafkan sayang kerana masih tak mampu memberikan abang zuriat walaupun usia perkahwinan kita hampir mencecah 4 tahun.
 
sabarlah duhai hati. sabarlah ......

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, February 21, 2013

saspen je cik T ni

saspen je nak cerita. ingat nak tulis entri ni semalam tapi M besar datang menyinggah. alkisah lately ni banyak la kejadian aneh kat teratak kecil mama lynn tu. sampai dalam hati ni terdetik ada penunggu lainkah kat rumah tu? boleh pulak mama lynn fikir sampai macam tu kan.
 
mama lynn kalau kat dapur hang plastik sampah kat pintu dapur. mesin basuh kat umah mama lynn tu pulak takde tempat yang lebih praktikal untuk mama lynn letak , so memang selalu la berubah tempat. mama lynn sengaja la letak betul2 kat pintu dapur, ni pun sebagai langkah-langkah keselamatan. ada 2x terjadi dalam minggu lepas sampah (pembungkus maggi) duk atas mesin basuh. padahal rasanya mama lynn takde la pulak keluarkan sampah tu. bila kejadian tu berulang rasa saspen la pulak, duk fikir hal-hal mistik la pulak.
 
mahu x rasa mistik, kebetulan kat bawah pintu dapur tu ada lubang. mama lynn akan sumbat ngan kain. yang peliknya kain tu boleh lak tertolak , so lubang tu terbukak la kan. mama lynn ni punya la berdebar tak terkira. sabar..... tetap nak fikir positif.
 
nak jadikan cerita semalam mama lynn nak lipat kain baju. mama lynn kalau sidai baju memang dalam rumah. pelik sangat sehelai blouse labuh mama lynn kena gigit kat bahu, kiranya berlubang la baju tu. ingatkan blouse je kena, sehelai skirt kembang mama lynn pun kena gigit jugak kat bahagian pinggang. isshh sape punya angkara ni. padahal mama lynn hang kat batang besi tu.
 
try la tanya jiran mustahil tak cik T boleh panjat kat besi tu ? dia kata "boleh la kak". aduuhh sah la rumah mama lynn kena masuk dek tikus. sedangkan tikus boleh gali lubang, apetah lagi kerja-kerja macam ni.
 
orang kata kita tak boleh nak marah kat cik T ni. urmmm sabar eh, tak mahulah merungut karang lain pulak jadinya. tak nampak takpe, jangan nampak depan mata dah. karang tak boleh tidur malam lak. hahaha bunyi orang takut tikus kan.saspen je cik T ni. mama lynn ni punya la berdebar macam ada "something else" yang datang mengganggu.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 38



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, February 20, 2013

wordless wednesday 42



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Rumpai Laut / Collagen

Gred AA kuning (siap masak)
1pc - RM10
3pc - RM25

Gred AAA ungu (100gram)
1pack - RM25

Setiap penghantaran + RM6 disetiap bawah 500gram .
 


Berminat boleh hubungi :
 
SMS/Call : 011-29022575(Cik Alwani)

BBM - Pin :29D5CEF9




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, February 18, 2013

gathering kecil-kecilan

bunyi macam meriah sangat gathering. even sekadar pertemuan 3 sahabat yang dah bertahun tak jumpa tetap puas hati dengan pertemuan ringkas dan singkat kami. isnin lepas sempena cuti tahun baru cina sempat la buat temu janji bersama 2 orang sahabat mama lynn aida dan normah di kfc, plaza alam sentral shah alam. kebetulan tak balik kulim cuti panjang kali ni, laju je buat temujanji ngan kawan-kawan.

memandangkan lama x jumpa banyak jugak cerita yang nak dikongsikan. 2 orang sahabat mama lynn ni dah pun ada penyambung kasih (zuriat) so seronok jugak la melihat keletah anak2 mereka + hanya mama lynn je yang datang tanpa suami, anak apatah lagi. en suami jauh, kalau ada kat sini pun memang susah takkan join aktiviti macam ni. mujur jugak lah ada anak buah kesayangan hati afif fikri temankan mama dia ni g gathering.

kami ada merancang untuk mengadakan gahtering sekali lagi tapi kali ni cuba untuk invite kawan2 yang lain. tak seronok lah kalau sikit sangat yang join. tetapi memandangkan kebanyakan antara kami dah pun bekeluarga jadi agak susah jugak lah nak susun plan. moga Dia permudahkan impian kami untuk bertemu setelah 8 tahun kami menamatkan diploma perbankan di uitm jengka.rindu sangat ngan semua. tak dapat kumpulkan semua , dapat 1/3 daripada jengka's school of banking 6th batch jadilah.

:: jom intai antara gambar yang sempat mama lynn ambil ::





















♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Al-fatihah, lost my beloved pak lang id

 
sabtu lepas (16.2.2013) pada jam 4.30 pagi ibunda mama lynn telah dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyatakan abang kesayangannya telah pergi mengadap Ilahi. meraung ibunda mendengar perkhabaran sedih itu. lebih kurang pukul 5.40 pagi kami bertolak pulang ke grik dari kapar.  
 
sampai di grik lebih kurang pukul 10.30 pagi. sebelum tu, sempat singgah solat subuh dan tapau sarapan pagi di rnr rawang. kuasa Allah di rnr rawang kami sekeluarga berjumpa dengan 3 orang sepupu mama lynn bersama keluarga masing-masing yang turut dalam perjalanan pulang ke grik.salah seorang daripada sepupu mama lynn tu merupakan anak arwah.
 
alhamdulillah ramai yang hadir menghadiri majlis pengebumian arwah. kami sangat-sangat berdukacita dengan pemergian arwah. kebetulan juga arwah meninggal dunia 3 minggu selepas adik kedua bongsu arwah meninggal dunia (mak cik sidah). kesedihan lepas masih bersisa, kami dikejutkan pula dengan pemergian insan yang amat kami kasihi.
 

inilah gambar arwah bapa saudara mama lynn  semasa menunaikan umrah pada 23 Jan 2013 - 6 Feb 2013. beliau memang cukup dikasihi dan disayangi oleh semua. cukup tegas di dalam mendidik anak2 dan semua pelajar (perkongsian dari fb abg ja, anak ketiga arwah pak lang id). untuk makluman arwah bapa saudara mama lynn merupakan seorang bekas pendidik.
 
moga arwah ditempatkan di dalam syurga firdaus. in shaa Allah. pergi tak kembali...ya kita semua juga akan dijemput pulang cuma kita sendiri tak dapat nak jangka bilakah masanya. melihat kematian mendidik kita tentang hidup. Al-fatihah.. (abdul ralib bin hj mahmud / abdul ralib binti wan mas) 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, February 15, 2013

selepas guna sf beauty



gambar kat atas ni tanpa sebarang editing. korang lihat sendiri perbezaan tona wajah mama lynn selepas penggunaan sf beauty. alhamdulillah warna kulit makin sekata + nampak la cerah sikit kalau nak banding dengan dulu. kalau nak tahu tentang produk ni ley baca entri sf beauty ni.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Request: Saya Nak Doodle Alif Ismail V2.0

klik SINI untuk join



sangat menarik la segmen dari alif ismail ni. rasa rugi pulak kalau mama lynn tak join + tengok banner segmen ni pun hati dah tertawan.

kenapa mama lynn mahukan doodle alif ismail ?
sudah tentu kerana mama lynn sangat la tertawan ngan hasil kerja alif ismail ni. menarik sangat2 + mama lynn nak cari kelainan dari koleksi doodle yang mama lynn ada. mama lynn nak buat koleksi doodle. buat masa sekarang ni just ada 3 je so kalau boleh nak la alif ismail buatkan 1 untuk diri ni.'

warna mata yang mama lynn mahukan?
hitam. originally hitam so malas la nak tukar. hehe yang pasti kena la speky cam tuan dia jugak. hehe

link blog mama lynn?
 http://mamalynnthestoryteller.blogspot.com/


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

pengajaran dari solat seorang mualaf

alhamdulillah jiwa mama lynn lately ni sangatlah tenang di pagi hari. tiada lagi felling2 kacau bila kena redah jammed di pagi hari. syukur sangat2 bila dapat memulakan hari lebih awal dari kebiasaan. semangat pun rasa berkobar-kobar. tq Allah.
 
banyak perkara yang mama lynn nak share ngan semua tapi hari ni mama lynn nak share tentang mualaf. bukanlah kisah macam mana orang tu boleh convert to ISLAM tapi more kepada kesungguhan seorang mualaf menunaikan solat fardu. kisah ni sebenarnya boleh kita ambil pengajaran jugak. ya.. till now mama lynn masih terbayang wajah wanita itu. wanita yang mama lynn jumpa di surau petronas federal highway menghala ke shah alam.
 
2 hari lepas mama lynn singgah di petronas seperti hari-hari lain untuk menunaikan solat subuh. masa mama lynn masuk ke dalam surau tu ada seorang wanita baru nak memulakan solat. mama lynn tidaklah begitu memerhatikan wanita tersebut. cuma dalam solat mama lynn tu , dapat mama lynn dengar bacaan dalam solatnya, wanita itu begitu teliti membaca setiap baris ayat.
 
mama lynn habis solat subuh lebih awal dari wanita terbabit. usai selesai berdoa wanita tersebut masih lagi di dalam tahiyat akhir. dengan jelas mama lynn dengar wanita tersebut bersungguh-sungguh membaca tahiyat akhir. ya..... ada sedikit kesilapan tetapi dia bersungguh-sungguh memperbetulkan bacaannya. mama lynn perhatikan wanita itu, ya dia kelihatan seperti wanita berbangsa cina. mungkin wanita itu seorang mualaf, itu yang terdetik dalam hati ni.
 
pengajaran dari pertemuan singkat itu dapat mama lynn simpulkan. sedangkan seorang mualaf bersungguh-sungguh mendalami ISLAM kenapa tidak kita yang dilahirkan ISLAM tidak mendidik diri untuk mendalami agama Allah ini. kadang mama lynn sendiri hilang khusyuk di dalam solat dan boleh pulak fikirkan hal lain di dalam solat. sebagai orang ISLAM kita seharusnya menunaikan ibadat dengan bersungguh-sunguh. jangan sesekali kita abaikan solat. itulah tiang paksi kehidupan kita. biar kita jahil duniawi tapi kita jangan jahil dalam solat. sedangkan seorang mualaf ingat kewajiban pada Allah, kenapa tidak kita ?
 
terima kasih ALLAH kerana menyedarkan hamba MU ini. mama lynn mahu menjadi wanita yang taat pada agama. in shaa Allah, mama lynn mahu berusaha ke arah itu. tetapi... mama lynn bukan insan yang sempurna yang dapat mengubah diri 360 darjah sekaligus. biarlah masa yang menentukan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, February 14, 2013

spontaneous thursday 37



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, February 13, 2013

16 waktu dan tempat doa dikabulkan

 
16 Waktu Doa Dikabulkan

* Malam Jumaat Atau
* Malam Hari Raya Aidil Fitri
* Malam Hari Raya Aidil Adha
* Malam 10 Muhamrram
* Malam Nisfu Sya’aban
* Malam ‘Lailatul Qadar’
* Malam Sepertiga Malam Yang Yang Akhir
* Ketika Hendak Berbuka
* Antara Azan Dan Iqamah
* Pada Waktu Khatib Duduk Antara Dua Khutbah
* Setelah Selesai Solat Fardhu
* Antara Zohor Dengan Asar
* Selepas Khatam Al-Quran
* Ketika Mula-Mula Turun Hujan Terutama Selepas Kemarau
* Setelah Melakukan Amal Soleh
* Selepas Bersedekah Kepada Fakir Miskin


16 Tempat Dimakbulkan Doa


* Ketika Melihat Kaa’bah

* Ditempat Melakukan Tawaf
* Disisi Multazam
* Dibawah Pancuran Emas
* Disisi Telaga Zamzam Ketika Tenggelam Matahari
* Dibelakang Makam Ibrahim
* Diatas Bukit Solat
* Diatas Bukit Marwah
* Ditempat Sa’i
* Di Arafah Terutama Selepas Asar Menjelang Matahari Hendak Masuk
* Di Muzdalifah
* Di Mina
* Disisi Jamrah Al-Ula
* Disisi Jamrah Al-Wusto
* Disisi Jamrah Al-’Aqabah
* Didalam Raudhah Masjid Nabawi (Madinah)


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 41



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

HARAM..Sambut Hari Valentine

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.
 



Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
 
Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.


SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.


1)Pendapat pertama
Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
 
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
 
Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
 
2) Pendapat kedua
Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.


i) Versi pertama.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
 
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
 
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

ii) Versi kedua.
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


3) Pendapat ketiga.
Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
 
4) Pendapat keempat.
 
Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


 
HUKUM SAMBUT VALENTINE
Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
 
Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)
 
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).
 
Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.
Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).
 
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
 
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.
 
Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)
 
kredit : buletin online

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

rindu blogging

cuti panjang, blog pun jadi bersawang. hik hik hik. so pagi ni sebelum memulakan kerja kena la updated skit. dalam hati nak share macam2 perkara tapi nan hado... hehe ketepuan diri dalam menulis di pagi hari.
 
semangat ker nak kerja pagi ni ? in shaa Allah, i will try my best even rasa M besar tu masih tak bersisa. ada sikit lagi rupanya M besar dalam diri even hari ni berjaya thumb print pukul 6.45pg. awal sangat kah ??? yang pasti hari ni singgah subuh kat petronas di federal highway. selesa je solat kat situ berbanding di pejabat. kalau kat ofis ni nak kena keluar ambil wuduk. a bit leceh.
 
aktiviti cuti panjang sempena tahun baru cina ni apa je eh ?
 
  1. sabtu- dapat ot 3 jam setengah pastu outing tgk movie ngan dak praktikal . cerita apekah ? husin, mon & jin pakai toncet. cerita ni ok jugak, tak la membosankan cuma ending dia tu macam x boleh nak masuk lak. hahaha tolong la doktor tu sebenarnya jin.
  2.  
  3. ahad- ke sungai siput, perak. wedding anak kepada sepupu mama lynn. perjalanan ke sungai siput terasa macam balik grik pulak. memandangkan 1st time ke sana + x tahu jalan, sampai kat rumah kenduri pun dekat 2.00 petang. balik tu perjalanan terasa cepat je sampai.
  4.  
  5. isnin- outing with bff aida & normah. both kawan uitm a.k.a classmate masa kat uitm jengka dulu. aida dah ada 2 orang putera. normah lak seorang putera. mama lynn bila lagi ni ? hahaha sape nak tolong jawab ? kalausahabat mama lynn datang bersama suami dan anak, mama lynn bawak anak buah tersayang afif fikri sebagai teman. en suami jauh tapi kalau dekat pun agak susah la dia nak join aktiviti macam ni.
  6.  
  7. selasa - memerap je la kat umah sampai lebam mata ni tak tau nak buat ape. mujur la pagi2 dah bangun settle kain baju yang melambak minta dibasuh. ada jugak aktiviti selain mengemas rumah cuma petang tu keluar ke klang kejap jemput ibunda balik kerja.
ibu afif fikri dalam sabtu malam ahad lepas balik ke kampung di alor star bersama keluarganya. aiman faliq ikut ibu dialah kan. cuma adik mama lynn (ayah afif & aiman) dan afif je yang tak ikut. tu pun kerna adik mama lynn kena kerja. so sepanjang ibunya tiada, afif di bawah jagaan mama lynn. baru malam tadi adik mama lynn (myra) hantar afif ke rumah wan teh nya. wan teh tu panggilan afif untuk wan sebelah ibunya. kalau ibunda mama lynn pulak, afif panggil wan kimah (stand untuk fatimah).
 
dalam takde idea nak menulis tu haha amik kau. panjang lak cerita mama lynn pepagi ni. jap lagi nak sharing entri tentang "hari valentine" yang sah-sah HARAM untuk umat Islam sambut. perkongsian sebagai panduan bersama.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Saturday, February 9, 2013

happy birthday wani & kakak

dah dekat seminggu baru nak share entri ni. ahad lepas sempat kami sekeluarga celebrate birhtday adik perempuan mama lynn yang ke-22 tahun. filzah bt kamarulzaman anak ke-5 dari 7 beradik. ekceli kami celebrate sehari awal. birthday kakak (filzah) adalah pada 4.2.2013 ,tetapi memandangkan 4.2 tu hari isnin + masuk hari bekerja, agak susah skit nak sambut.
 
so xde juadah yang cam best sangat pun. sekadar beli kek dan sate. tak sempat nak masak atau buat grand2 cos penat ke majlis perkahwinan adik (belah perempuan) tak hilang lagi malam tu. jangan kecil hati eh kakak.
 
ucapan mama lynn untuk kakak : "kakak, moga menjadi muslimah yang solehah dan anak yang berjasa kepada orang tua. jaga diri baik-baik walau kemana saja ko melangkah. angah sentiasa mendoakan kesejahteraan ko. "
 




opppsss lupa lak yang khamis 31.1.2013 tu kami sempat sambut ulang tahun adik bongsu mama lynn yang ke-19,  alwani bt kamarulzaman . siang tu ibunda mama lynn sempat masak mee kari dan malam lak acara potong kek.
 
kek birthday wani besar sikit dari kakak. birthday girl tak ambil gambar pun cos a bit messy. yang sibuk nak ambil gambar adalah anak buah kesayangan mama lynn , afif fikri "the bebel boy".
 
next birthday 16 ngan 27hb februari ni. birthday ayah afif dan adik perempuan mama lynn yang kedua bongsu. kebetulan birthday filzah(kakak), firdaus dan amirah (adik) jatuh pada bulan februari.
 
dah jadi kebiasaan keluarga untuk sambut birthday ahli keluarga even sekadar sambut dengan kek je. sekurang-kurangnya aktiviti macam ni dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga. in shaa Allah.





ucapan mama lynn untuk wani : "wani, moga menjadi muslimah yang solehah dan anak yang berjasa kepada orang tua. jaga diri baik-baik walau kemana saja ko melangkah. angah sentiasa mendoakan kesejahteraan ko + jangan sedih2 dengan cinta yang baru terputus tu. in shaa Allah , Allah akan beri pilihan yg lebih baik lagi. siapa tahu perancangan Dia" 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, February 7, 2013

Perisai Muslimah

Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.
 
Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.
 
Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.
 
Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu "aku seorang muslimah".
 
Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. "sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".
 
 
Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun". Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.
 
Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-
 
"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".
 
Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
 
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 36



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

majlis persandingan ahmad fairuz & rozaliya

tak habis lagi entri majlis perkahwinan adik lelaki mama lynn ni. jangan marah lah eh kalau banyak sangat expose kisah keluarga kat blog ni. pada yang tak jemu-jemu singgah dan tinggalkan komen, jutaan terima kasih mama lynn ucapkan kerana sentiasa menyokong mama lynn ber "blog". kakak mama lynn cakap dunia blogging ni dunia syok sendiri. mama lynn tak pernah rasakan begitu cos banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan berblog ni. alhamdulillah tahun ni masuk tahun ke-empat mama lynn menulis di blog. macam tak percaya pulak.
 
dah meleret-leret mama lynn ni kan. kali ni mama lynn nak kongsikan gambar sepanjang majlis persandingan adik lelaki mama lynn pada ahad lepas (3.2.2013). tak banyak gambar yang dapat dikongsi memandangkan pengantin menjadi tumpuan ramai pada waktu itu. mostly memang sengaja ambil candid untuk menambah koleksi gambar yang ada.


















in shaa Allah majlis di rumah mak mama lynn akan berlangsung pada 10 mac 2013 ni. mama lynn akan jemput semua kawan2 blogger ke majlis tersebut nanti......dan akan ada entri tentang majlis perkahwinan adik lelaki mama lynn ni lagi bulan depan. tunggu !!!


p/s : selamat kembali ke tanah air dari umrah buat pak lang, mak lang & abg ja. doakan mama lynn dapat menjejakkan kaki ke tanah suci jugak eh.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar