Followers

Tuesday, January 15, 2013

zahir anak mak



mama lynn pernah share gambar ni dalam entri jalan2 mama lynn sebelum ni. lately ni kerinduan mama lynn sangat berbunga-bunga untuk anak bujang mama lynn ni. rindu kat ayah dia jugak tapi kali ni mama lynn nak share kisah hidup mama lynn sebagai "mak". untuk pengetahuan umum, both my step daughter & son called me "mak". sangat selesa dengan panggilan tersebut. 

sudah hampir 3 tahun 6 bulan mama lynn jadi mak kepada zahir. pertama kali bertemu zahir masa tu usianya baru 1 tahun 11 bulan. means sekarang ni usia zahir dah menjangkan 5 tahun 5 bulan.  masa tu zahir dah boleh praktis panggil mama lynn "mak". memang sedari awal mama lynn ajar dia dengan panggilan tersebut. itu lebih bagus dari panggilan yang lain. mama lynn nak dia sedar yang mama lynn juga adalah mak dia. even bukan mama lynn yang lahirkan zahir, i'm still his mom. forever and ever. in shaa Allah.

kalau dicakap sebagai seorang ibu segera (lebih manis dipanggil begini) memang orang akan kata yang ibu segera ni garang, kejam tapi bukan itu yang mama lynn terap dalam diri. mama lynn sentiasa berusaha menjadi mak yang terbaik. mama lynn dah lali dengan kata-kata orang. walaupun ada yang berpandangan negatif, bagi mama lynn pendirian mama lynn adalah tetap begini. keduanya mama lynn layan seperti anak kandung. kalau marah pun marah mak kepada anak. apa yang anak orang lain dapat , tu juga yang mama lynn mahu keduanya ada. mungkin bila dari kecil mama lynn terapkan begitu, kasih sayang antara kami juga semakin erat. 

zahir tak melihat perbezaan yang terlalu ketara antara mama dan mak nya. cuma mak dia ni kalau marah ada batasnya. mama lynn masih berjaga-jaga soal itu kerana tak nak ada hati yang terasa. dah jadi kebiasaan, ada rezeki lebih mama lynn akan belikan pakaian baru untuk zahir. mungkin kadang-kadang adiknya yang dapat perhatian lebih dari mama lynn tapi dalam lubuk hati ni, kasih sayang untuk zahir tak kan pernah pudar.

sekarang zahir dah pun masuk pra sekolah. mama lynn sebagai mak sama-sama mengadakan persiapan untuk zahir. mama lynn sempat belikan beg sekolah waktu kami ke nilai dahulu. sebagai motivasi untuk zahir rajin ke sekolah. persiapan yang lain ayah dan mamanya yang uruskan.mama lynn tak nak zahir tertinggal dalam pelajaran. sebagai mak, mama lynn nak lihat zahir berjaya.

next week mama lynn akan pulang ke sedim untuk beberapa hari. mama lynn harap ada kesempatan untuk mama lynn hantar zahir ke sekolah. bila tengok anak-anak makin membesar, mama lynn rasa mama lynn perlu segerakan pencarian kerja di kulim. sekarang bukan masa untuk bertangguh-tangguh lagi. mama lynn nak kami sekeluarga lebih dekat. in shaa Allah. itu perancangan mama lynn tahun ni. 

untuk zahir, "mak sayangkan along sangat-sangat. moga along menjadi anak yang cerdik dan soleh. kasih sayang mak pada along takkan pernah padam. tu janji mak "
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

8 pesanan kasih sayang:

  1. sweetnya..suke.nnt dok kedah la kome ye..

    ReplyDelete
  2. hensem nya Zahir...moga menjadi anak yg soleh.. betul tu Mama Lyn..walaupun bkn kita yg melahirkan tapi rasa syg itu tetap wujud dlm diri kita sbg wanita.. naluri keibuan tu Mama Lynn...
    Alhamdulillah...:)

    ReplyDelete
  3. eja : in shaa Allah andai diizinkan. itu yg terbaik dalam rumahtangga sebenarnya.

    atie : yup.. sy syg keduanya macam anak kandung. tak suka nak ada jarak antara sy dan keduanya. mungkin keduanya membesar depan mata buat kami lagi rapat. naluri ibu tu sgt kuat ... alhamdulillah. nikmat yg Allah bg ni tak ternilai harganya

    ReplyDelete
  4. hehehe..hensem boy....nsihat tuk anak kak lynn blja pndai2...n jdi org yg bguna..:)

    ReplyDelete
  5. illa aqilah : amin. in shaa Allah, doa mak dia jugak untuk lihat zahir berjaya

    ReplyDelete
  6. kulim.. oh kampung halaman kuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  7. mak dara : jom blk kg sesama

    wanieys : heheh tau xpe. moga akan jd anak mak selamanya

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar