Followers

Tuesday, January 8, 2013

test drive kereta baru

wahh tajuk entri ni macam bunyi riak dan takbur semacam je kan. mama lynn tak beli kereta baru pun. sekadar nak kongsikan pengalaman memandu persona baru adik mama lynn yang baru seminggu keluar kedai. alkisah adik mama lynn dan tunangnya beli kereta baru,persona color kelabu.  dah 2 hari beli barulah dia bawak balik rumah mak mama lynn. yang bestnya kereta adik mama lynn keluar sebulan sebelum dia mendirikan rumahtangga.

kebetulan ahad lepas mak mama lynn bekerja,turn mak mama lynn ot di hujung minggu. adik mama lynn cakap kalau nak ambil mak, bawaklah kereta dia tu. memandangkan abah keletihan , mama lynn dengan seronok mengoffer diri untuk ambil mak kat hospital (mak mama lynn nurse kat HTAR). tu pun dengan ditemani anak buah 2 orang tu (aqeel & afif)

best jugak bawak persona ni. rasa sangat selesa cuma brek dia kurang makan, perlu dibawa ke proton kembali. bila drive kereta orang ni sangatlah berhati-hati. takut kot tercalar ke apa. kalau kereta sendiri tu lainlah kan. berangan la pulak bila la nak merasa beli kereta baru. kereta myvi hitam tu dulu memang mama lynn yang beli cuma sejak kawin ni rasa tak boleh nak survive ngan bayaran kereta yang agak tinggi so dah let go kepada abah mama lynn. 

ekceli mama lynn dah pun beli kereta sendiri tapi bukanlah kereta baru pun. beli kereta second hand je, proton iswara color putih. in shaa Allah hujung bulan ni baru lah bawak balik sini. en suami yang uruskan pembelian kereta ni. 23 januari ni baru nak balik kulim then bawak balik kereta ke sini. en suami akan join sekali cos mama lynn memang tak berani nak drive jauh-jauh sendirian. 

tak kisah pun kalau pakai kereta second dan bukan baru macam orang lain. bagi mama lynn , kalau nak ada harta tu tak perlulah nak terikut-ikut dengan orang lain. ukur baju di badan sendiri. beli kereta second ni even kena gak spend untuk maintenance , at least bayar cash. tak payah pikir nak bayar bulan-bulan. 

azam tahun 2013 ni nak buat simpanan lebih sikit. zaman bersuka ria dah berlalu. biarlah bersederhana dengan kehidupan kerana kemewahan tidak menjanjikan apa-apa. lagipun mama lynn tak nak sampai menyusahkan orang lain bila susah. kena ada persediaan dalam soal kewangan , mungkin hari ni kita senang . esok lusa siapa tahu kan. bersedia sebelum kesusahan datang. 

rasa bersyukur dengan segala nikmat yang Dia berikan. mungkin tak mewah tetapi cukup dapat memberi keselesaan buat diri sendiri. dalam usaha untuk memperbaiki kehidupan, pengisian rohani jangan sesekali kita abaikan. mama lynn harap satu hari nanti mama lynn mampu menjadi muslimah solehah.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 pesanan kasih sayang:

  1. azam 2013 kita sama..nak buat simpanan lebih sikit tahun nie..hehe

    ReplyDelete
  2. saya pun berangan nak pakai kereta gak..tp blom bergaji, susah la....

    ReplyDelete
  3. permata biru : yup, moga dapat la menyimpan lebih tahun ni. selalunya nak simpan duit tu susah betul. sikap boros diri tu yg kadang susah nak kawal

    cikgu Ma : dah kerja nnt boleh la beli kereta sendiri. kan

    ReplyDelete
  4. sama la kita..xperlu kereta mahal2..cukup leh bawa kite blik kg jenguk org tua...xperlu rumah besar2 cukup dpt berlindung..simpan duit or emas lebih bagus..

    ReplyDelete
  5. eja : yup, betul lah tu.. alhamdulillah da ada rumah sendiri walaupun rumah kos rendah. dan yg paling penting belakang rumah mak je. x susah hati nak jenguk mak abah =) . menyimpan tu penting , utk hari tua

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar