Followers

Wednesday, January 9, 2013

shopping time @ jalan tar

sabtu minggu lepas sempat meluangkan masa ke jalan tar, kl untuk shopping tudung. ekceli jumaat tu terdetik nak beli tudung cos mama lynn dah takde tudung yang menarik untuk dipakai ke pejabat atau berjalan. sengaja la letak status kat fb tentang perkara tersebut. sorang kawan mama lynn suggest supaya mama lynn shopping kat jalan tar je. ape lagi, terus ajak kakak dan adik mama lynn untuk ke sana.

kami ke jalan tar menaiki tren komuter dari shah alam terus ke bank negara. alkisah nak jadi cerita mulai bulan ni, bila weekend rel keretapi di sekitar kl ada kerja pembaikan so stuck kejap kat stesen kl. lebih kurang 10 minit menanti barulah ada tren gantian ke bank negara. dekat pukul 10.00 pagi barulah kami sampai di bank negara. kena jalan sikit untuk ke jalan tar. sebelum tu aktiviti breakfast dahulu di sogo.

jalan tar memang syurga membeli belah. mama lynn takdelah sediakan bajet yang tinggi pun. shopping tudung pun lagi banyak kat muaz. pilihan kat muaz memang banyak. tapi korang perlulah teliti dalam membuat pilihan. tahu2 je lah bila dah banyak sangat longgokan tudung, mestilah ada kualiti yang kurang memuaskan. kat muaz mama lynn berjaya mendapatkan 4-5 helai tudung untuk diri sendiri. harga memang sangat-sangat berpatutan. kelmarin mama lynn sempat compare harga tudung bawal corak tiga segi trend sekarang orang pakai ni. kat muaz mama lynn beli dengan harga rm9.80 tapi kat alam sentral diorang jual sampai rm35.00. tu kalau tawar pun paling murah mesti baru dapat rm25.00. memang puas hati shopping tudung kat muaz + pilihan terlalu banyak.

tudung ala-ala selendang yang penuh beading atas kepala tu kalau kat luar diorang jual rm 50.00 ++ tapi kat muaz tak sampai rm30.00 pun. mama lynn tak beli cos tak pandai nak gayakannya. tapi trand bawal bercorak ala-ala fareeda memang dah ada kat pasaran. yang tu mama lynn beli sehelai je cos takut tak terpakai nanti.

ada jugak beli kat stall lain kat area jalan tar tu. siap shopping brooch untuk digayakan ngan tudung ala-ala fareeda lagi. kebetulan dapat gak rembat tudung lebih kurang tudung fareeda tu. awning dia pun cantik. cakap pasal tudung memang rambang mata. sampai susah nak buat pilihan.

cakap pasal tudung ni sampai esok pun tak habis. berangan nak g jalan tar lagi. adik ngan kakak mma lynn dalam meneman diorang shopping sekali. yang banyak kuar duit bukan mama lynn tapi adik mama lynn tu. kami sempat jugak belikan tudung untuk adik2 dan ibunda kami yang tak join sekali. kakak dan anak mithali lah katakan. hehehe (prasan). paling best dapat beli seluar ala-ala jeans tight tu, color blog kau kata.. hik hik warna biru terang. ni pun  tak guna lagi untuk berjalan. boleh la match ngan kemeja yang mama lynn beli minggu lepas.

tak nak la tayang pic barang yang kami shopping cuma nak tayang gambar sebelum bertolak ke kl. wahh sangat la suka share gambar kan. hehehe , gambar kami 3 beradik yang kiut miut ni. membujang kejap dibuatnya (mama lynn always la kan).











♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. dah lama sgt tak pi jalan tar. Kena cari modal lebih sikit nak berniaga kain. hehe..

    ReplyDelete
  2. Seronok nya shopping di Jalan Tar.. sy klu ke KL mmg wajib ke jln Tar ni...hehe...suka shopping kain & tudung2..memang murah! :)

    ReplyDelete
  3. kak yana : hehe shopping jgn tak shopping.... =)

    ReplyDelete
  4. nk se..hadiah plz..haha..muke x malu..nk p TAR jauh sgt le..

    ReplyDelete
  5. atie yusof : sgt seronok. rasa nak g lagi pun ada tp tggu ada bajet lain lak la..

    eja : boleh je , tp tggu la g next time tau

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar