Followers

Wednesday, January 9, 2013

makan-makan @ steamboat antarabangsa

hari ni rajin sikit nak hupdated blog + lunch hour ni takde feel nak keluar. lately ni memang mama lynn jadi lone ranger kat opis. bukan tak mahu keluar ngan kawan tapi buat masa ni selesa begini. alone tak bermakna orang tak suka. yang tak suka tu tak kisahlah, kita pun tak suka nak paksa orang suka ngan kita kan.
hik hik kan dah melalut ke laut cerita tengahari ni. mama lynn nak share port makan steamboat yang best di klang. lewat petang sabtu lepas, balik je dari shopping2 kat jalan tar kami sempat rehatkan diri kejap kat rumah kakak di seksyen 24, shah alam sebelum meneruskan misi terancang kami. mula2 plan nak makan steamboat kat bandar baru klang, sebab tak jumpa restoran tu kami tukar plan untuk ke Harbour Place, Klang.
kali ni 2 orang lagi adik perempuan mama lynn turut serta. husband dan anak tunggal kakak mama lynn pun join sama. kiranya kami berkonvoi 3 buah kereta ke Harbour Place. pengalaman pertama masuk shopping complex ni. sebelum ni pernah dengar je so kali ni berjaya jugak ke sana.
Steamboat Antarabangsa terletak di tingkat 1, Harbour Place. tak susah nak cari pun. sampai je kat tingkat 1 dah terpampang kedai makan tu depan mata korang. tu pun kalau naik by eskalator. hari tu kami naik by lif cos x berapa tahu sangat kawasan dalam mall tu.
mahal tak makan kat situ ? bagi mama lynn rm23.00/ person tak la mahal pun. budak2 baru rm12.00 je. korang boleh makan apa tanpa ada had masa. selagi perut korang mampu makan, makan je lah kerjanya. mama lynn jarang-jarang makan steamboat ni tapi bila dah ada depan mata memang mengunyah je la kerjanya. paling mama lynn suka makan adalah udang dan lala. lala tu x rebus pun tapi mama lynn bakar je. sos yang disediakan pun sedap, black paper sos rasa sweet sikit. korang boleh pilih nak kuah tomyam atau sup. disebabkan kami pergi berenam + kanak2 sorang dapatlah pilih both kuah.
ade jugak pilihan aiskrim, pelbagai jenis mee dan gula-gula. pada budak-budak memang suka lah kan. alhamdulillah, ngan bajet rm23.00/person tu kami puas makan. bersungguh-sungguh menghabiskan menu atas meja. lepas ni if korang tercari-cari port makan steamboat mama lynn suggest g lah kat situ. memang puas hati ngan harga dan menu yang disediakan.

:: complete , girls cukup corumn 5 orang, cuma 2 org adik lelaki je lah yang x join ::


intro, makan aiskrim dulu

peace yaww... ni anak ke 5 dalam family kami FILZAH nama diberi

suasana kat steamboat antarabangsa

mama lynn yang dah messy menahan lapar, hehe sanggup berlapar dari siang

baru sampai... ngeh2 jap lagi comfirm bersepah

kuah tomyam

kuah sup

sangat la candid

FILZAH dah x sabar nak makan lala tu,AMIRAH kenapa camtu lak muka ko dik?

me , hehe saje nak tayang tudung baru beli kat jalan tar

telur pun ada... hik hik makan sampai lebam la

fav, udang

along ku a.k.a NORHANA dan adik kami

peace lagi .... hujung sekali tu abg ipar mama lynn AMIR HUSSIN

baru nampak dak MUHAMMAD AQEEL AZRAEI ,hujung sebelah abah dia
 p/s : susunan gambar agak serabut... hehe malas nak susun cantik2. layankan je lah jiwa mama lynn hari ni ok.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. mawar putih : boleh la bawak family makan kat sini nnt eh

    ReplyDelete
  2. wargggh,tliur tgok udang tu...nyum2..mcm sdap jew..(gulllp)..hihi..^_^

    ReplyDelete
  3. illa aqilah : jemput makan.... fav akak tu

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar