Followers

Thursday, January 3, 2013

family trip : melaka

sambungan dari entri family trip part 1 .
 
aktiviti diteruskan di bumi hang tuah keesokan harinya. pagi-pagi kami dah check out dari homestay tempat kami bermalam. aktiviti pagi hari dimulakan dengan aktiviti kudapan di sebuah kawasan perkampungan di melaka. mama lynn tak ingat pulak nama kawasan tu. sempat jugak la beli tshirt lengan panjang sehelai kat pasar pagi di kawasan tersebut.
 
perjalanan kemudian diteruskan ke bandar hilir. nak cari parking memanglah agak sukar. lagi-lagi bila hari cuti macam ni. dengan jammed yang terpaksa di redah lagi, kesian kat en suami 2 kali kena berpusing di kawasan yang sama. akhirnya dapat jugak park van tersebut berhampiran dengan bangunan tabung haji. x berapa familiar sangat ngan kawasan tersebut. dari tempat parking nak ke bandar hilir kena pulak berjalan kaki. aktiviti senaman pun bermula.
 
kalau dah lepak kat bandar hilir memang tak sah x pekena cendol melaka. mama lynn just share ngan en suami cos masih ada ketahanan untuk berdiet. poyo je la kan padahal teringin sangat nak pekena cendol. lepas makan cendol acara jalan-jalan pun bermula. cadang nak naik beca tapi bila fikirkan satu beca kena bayar rm20.00 so better kami jalan kaki. puas kot berjalan keliling bandar hilir. sampai ke dataran pahlawan kami berjalan. cuci mata, ambil gambar dan sempat jugak grab topi untuk diri sendiri.
 
melaka memang bandar yang cukup indah. mama lynn rasa seronok sangat dapat pusing-pusing melaka ngan keluarga. tapi impian nak naik river cruise masih tak kesampaian. tu pun kerna faktor masa yang tidak mengizinkan.
 
selesai aktiviti berjalan di bandar hilir kami ke pantai klebang pula. sebelum tu aktiviti makan nasi berlaukkan asam pedas dilakukan terlebih dahulu. maksu en suami teringin sangat nak pekena asam pedas melaka. tapi kali ni kami dah salah pilih kedai makan. mama lynn memang ikat perut + takde menu yang menarik hati ni. di pantai klebang walaupun sudah di tambak tetap meriah dengan pengunjung. anak bujang kami dan sepupunya sempat juga memandu motor ala-ala ATV, motor 3 roda . mula-mula agak kurang yakin dengan kemampuan zahir memandangkan tubuh badan zahir agak kecil berbanding rakan seusianya. tetapi rupanya telahan mama lynn salah kerana zahir mampu melakukannya. tapi yang kelakar boleh pulak zahir terlanggar satu motor ni then hidung dia berdarah pun dia boleh buat selamba lagi.
 
cerita seterusnya tunggu di entri akan datang. tak larat nak karang entri panjang-panjang. takut kawan-kawan blogger bosan pulak nanti. ape pun jom layan gambar-gambar sepanjang di bumi hang tuah.
 
 














 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. seronoknye jalan2 melaka :) melaka skrg mcm2 ada.. tpi kalau cuti sek sane jem gilerr kn

    ReplyDelete
  2. iima : melaka antara lokasi perlancongan yg menarik dan bersih =)

    ReplyDelete
  3. besnyer,heheh saye suke jalan2 melaka,lgipon dekat n mcm2 leh ronde sane

    ReplyDelete
  4. alahaiii siannya.. sampai berdarah idung yer :-)

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar