Followers

Wednesday, January 2, 2013

family trip : genting highlands, nilai & melaka

1st destination : genting highlands
 
pagi-pagi dah bertolak ke genting higlands 22 disember yang lepas. sempat singgah breakfast di sungai buloh. sebelum berjalan perut perlu diisi dahulu. sampai genting highlands lebih kurang pukul 10.00 pagi ++ . sementara tunggu en suami parking kereta, ahli keluarga yang ada buat aktiviti menunggu je kat luar kaunter tiket theme park.
 
tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. bagi mama lynn bila bawak anak-anak ke genting ni lebih fikirkan nak gembirakan hati mereka dari diri sendiri. ekceli tak masuk pun kat mana2 theme park. sekadar cuci mata dan jalan-jalan kat situ. lagipun dah puas main kat dalam outdoor & indoor park sebelum ni.
 
ade la naik ulat beluncas yang bawak ronda keliling theme park. en suami beli 3 tiket cos dia tak nak naik. the end hanya mama lynn, diana dan mama diana je yang naik. anak bujang kami buat perangai cos ayah tak nak join. diana pulak sementara tengah beratur tunggu turn meragam la pulak. puas jugak nak memujuk sampai dah menangis kebosanan kat situ. dekat sejam jugak beratur baru dapat naik
 
cousin en suami awal-awal dah tarik muka kelat. hehehe marah tak dapat nak masuk theme park.family paksu en suami tak nak masuk cos family en suami & abg yamin (my bro in law ) x nak masuk. tak meriah lah kot kalau family paksu je yang masuk tetapi memandangkan kami tak nak masuk paksu decide x nak masuk jugak. hehe x dapat la nak tolong pujuk.

lebih kurang pukul 2 petang kami keluar meninggalkan genting tanpa ada apa-apa cenderamata. in shaa Allah , next time boleh la masuk theme park. sampai kat RNR gombak , kami semua berhenti untuk berehat dan makan tengahari. mama lynn tak turun pun, sekadar pesan ngan en suami untuk tapaukan kuew tiau hailam.
 







 
 
 
2nd destination : nilai
 
sempat jugak singgah nilai dalam perjalanan ke melaka. wahh sakan mak metua mama lynn borong tudung. murah-murah katanya. mama lynn takdelah shopping sakan. just beli wallet untuk diri sendiri dan beg sekolah untuk anak bujang mama lynn tu. bagi semangat sikit kat dia yang dah masuk pra sekolah.
 
sementara menanti ahli keluarga siap membeli belah mama lynn just lepak dalam van je. huhuhu kepanasan + ngan kerenah diana yang hyper tu. jenuh nak mengejar kalau dilepaskan keluar. siap shopping kami meneruskan perjalanan ke melaka.
 
3rd destination : melaka
 
penatnya.... terasa jauh sungguh melaka tu. ishh padahal kalau hari biasa tak jammed kot. dekat pukul 10.00 malam baru sampai ke tempat menginap. mujur jugalah ada homestay kosong. tu pun jenuh cari by internet. jangan cakap lah berapa banyak homestay yang mama lynn call. kebetulan dekat-dekat krismas + penghujung cuti sekolah. agak susah jugaklah nak cari homestay di akhir masa macam ni. alhamdulillah ada rezeki kami. takdelah best sangat homestay tu, tetapi selesa jugak lah ada tempat berlindung malam tu.
 
sampai homestay terus bersiap untuk keluar makan dan ronda-ronda bandar hilir. kami makan jam 11.30 malam. mujur jugalah mata zahir dan diana segar bugar. siap makan singgah kejap kat pirates park tepi sungai melaka tu. ada wheels , pirate ship dan macam-macam lagi. mama lynn merasa jugak naik wheels, tu pun sebab nak hiburkan hati zahir. diana lepas makan terus lelap. seronok sangat... melaka even tengah malam pun still hidup lagi bandarnya. balik homestay tak tunggu lama, terus tidur cos kepenatan dengan aktiviti harian yang agak padat.
 






 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. Melaka sampai 4cpagi pun banyak kedai makan..kikikii.
    Sebab aku nak diet gagal memanjang..hihihihi

    ReplyDelete
  2. hanif : hohoh senang la nak isi perut kan kalau sampai melaka time waktu mcm tu pun... diet, wahhh kadang2 mmg kantoi jugak

    ReplyDelete
  3. wah, mmg bercuti betoi yer... byk tempat g ni.. bestnya :-)

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar