Followers

Friday, January 4, 2013

family trip : cameron highlands

sambungan dari entri family trip part 2
 
ada cerita lagi rupanya. ingatkan dah habis lah kan...so pagi jumaat yang indah ni mama lynn nak sambung cerita lokasi jalan-jalan kami selepas melaka. lewat petang tu jugak kami bertolak pulang ke kapar. tapi sebelum tu singgah buat aktiviti shopping kat uptown damansara. memandangkan keletihan, mama lynn  sekadar melepak je lah dalam van + next time pun boleh pergi lagi kan. tak lama sangat pun kat uptown damansara, selepas tu kami bergerak pula ke i-city di shah alam. tengah-tengah malam pun penuh ngan pengunjung sampai jammed kat pintu masuk ke i-city. the end kami decide balik ke rumah mama lynn je. nak mandi dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke cameron highlands.
balik je rumah , masing-masing ambil port untuk tidur kejap. sementara tu mama lynn sempat lagi mencuci baju yang kotor. maklum sahaja nak ikut en suami balik kulim. rumah kecil tu akan ditinggalkan berhari-hari sekali lagi. memandangkan jumlah ahli keluarga yang ada agak ramai , memang x sampai hati tengok mereka berehat. lagi-lagi dengan keadaan rumah mama lynn yang sempit tu. sangatlah tidak selesa. "maafkan lynn semuanya kerna tak mampu nak menyediakan tempat berehat yang selesa." ambil turn juga nak bersiap. sorang-sorang g mandi. even da dekat pukul 2 pagi, kami tetap mandi cos nak bertolak ke cameron highlands dalam keadaan yang selesa.
bila semua ahli keluarga dah bersiap , perjalanan diteruskan ke cameron highlands. ingatkan nak gerak terus tapi sempat lagi singgah kedai mamak untuk isi perut. mahu tak lapar cos masing-masing tak makan malam tu.... rasanya dalam pukul 3.30 pagi ++ baru kami bertolak. tu pun disebabkan en suami terlalu mengantuk kami berhenti kat tepi jalan di highway. mama lynn sendiri tak perasan kat mana en suami berhenti untuk tidur kejap. dekat nak subuh tu baru sambung perjalanan ke cameron highlands.
kami naik ke cameron melalui simpang pulai. sampai kat gopeng tu sempat la berhenti kejap cari sarapan pagi. berehat lagi lah gayanya. udara sepanjang perjalanan ke cameron highlands sangatlah sejuk. kalah la genting.... sampai je kat cameron kami pun singgah untuk menyiapkan diri dulu. yang besar-besar dah mandi, so turn pagi ni mandikan anak-anak pulak.
destinasi pertama kami kat cameron highlands adalah sebuah kawasan perumahan yang ada ladang strawberi di kawasan rumah mereka. berhenti makan aiskrim strawberi kejap. sambil tu ambil-ambil gambar kat situ. sangat la maveles rasa aiskrim strawberi.
sempat jugak singgah kat ladang teh bharat. selebihnya lebih banyak aktiviti membeli belah. mama lynn dapat jugak la bantal strawberi untuk letak dalam kereta. tu je lah yang mama lynn sempat beli. kalau dilihat ahli keluarga yang lain memang tak menang tangan shopping. aksesori berunsur strawberi pun banyak. kalau ikutkan macam-macam yang mama lynn nak shopping tetapi memandangkan mama lynn ngan en suami sama-sama share belanja untuk trip ni, tak boleh la nak shopping sangat. kena dahulukan perkara yang lebih penting.
cameron highlands memang best. tapi yang buat jadi tak berapa nak syok tu adalah keadaan persekitaran di sana yang agak kotor dan kurang terjaga. menyakitkan mata yang memandang. kebetulan kami ke sana pada sehari sebelum krismas, jammed sangat-sangat. sampai nak habis cluth van tu dibuatnya. kereta yang rosak pun banyak jugak. bau hangit tayar kereta jangan cakaplah. tahan je lah ngan bau hangit tu.
destinasi terakhir kami sekeluarga ni rasanya tak puas kami jelajah. in shaa Allah next time nak ke sana lagi. hujung tahun ni kalau tiada apa-apa aral memang ada planning untuk bercuti lagi. yang penting kena mula menyimpan dari sekarang. kami sampai di kulim dari cameron lebih kurang pukul 9.30 malam. bertolak dari cameron pun agak lewat. singgah lepak umah paksu en suami dahulu sebelum pulang ke sedim. mama lynn stay kat sedim sampailah hari jumaat lepas. next entri cuti-cuti PD pulak. tapi kali ni ngan family belah mama lynn.
::kenangan di cameron highlands ::

















♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

14 pesanan kasih sayang:

  1. Memang pun, tak boleh pergi hari cuti Cameron ni. Buang masa dengan jem je..Ritu pergi weekday, memang heaven, lancar je perjalanan. Pastu ada hujan renyai2 memang sejuk je duk sana. Seronok sangat!

    ReplyDelete
  2. besssnye..sy suka pergi cameron nih...berkali2 pergi tetap tak jemu kan...

    ReplyDelete
  3. mel : tau xpe, next time klu nak g biarlah hari biasa. serik datang hari cuti... sgt sesak & jammed.

    ena : mmg tak jemu + jualan kat sana tu buat rambang mata

    iima : sedap sangat.. fav akak gak tu

    ReplyDelete
  4. walau rumah iman mengambil masa dlm 2 jm nk g CH jrrg ktorg g cz xd ms.pergi CH berjuta2 kali pon xjemu.iman suke sgt kalau dpt koje kt sne

    ReplyDelete
  5. tudia kak jalan sakan betul nie.. hehe. Pergi cameron memang best.. fresh je udara sana kan. Err tertelan air liur sat tengok aiskrim strawbery tu.. ^^ comel je kak dengan puteri kecik tu bergambar :)

    ReplyDelete
  6. seronoknya dapat makan strawberry

    ReplyDelete
  7. budak kampung : iman, klu umah akak dekat pun rasa nak je pegi lagi. tak puas kot kat sana. x dapat melawat byk tempat

    aida omar : hehe ada lagi kisah jalan2.. will updated latter. haha si dara tu tiru aksi mak dia ni. akak amik gambar senget , dia pun nak pose senget jugak

    hans : sedap.... x puas mkn

    mak dara : syok sgt.. lagi2 g ngan family

    ReplyDelete
  8. bestnya.. sy sejak kawen, xpnh lag g sana...

    *oo yeke.. xpa, lenkali kita jumpa... ada gak tunggu lynn msg aritu... :-)

    ReplyDelete
  9. intan berlian : takpe next time ina ley la ke sana bawak anak2

    ReplyDelete
  10. hapy nyer dpt bersama yg tersayang...

    ReplyDelete
  11. hapy nyer dapat bersama yang tersayang

    ReplyDelete
  12. eja : alhamdulillah masa ni je la dapat spend masa togehter2, klu tak jauh dr en suami. masa g cameron abg x kuar langsung dr van. kurang sihat cos penat sgt memandu sampai demam2

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar