Followers

Wednesday, January 30, 2013

ceritera keluarga di kulim

masa berblog agak terhad lately ni. mama lynn balik kampung (kulim) rabu minggu lepas. naik bas kul 10 malam. kul 4.00 pagi (khamis, 24.1.2013) tu dah sampai di perhentian bas kulim. kalau nak tunggu en suami datang jemput memang bercinta jugak lah. hehe lambat-lambat pun en suami mesti datang jemput.
 
balik kali ni dapat la bersantai kat kampung lama sedikit. dapat lah luangkan lebih banyak masa ngan suami dan keluarga. alhamdulillah sepanjang berada 4 hari 3 malam di kulim, segalanya berjalan lancar. dapat la masakkan untuk suami (walaupun mama lynn bukan hebat di dapur). sekurang-kurangnya dapat juga suami mama lynn makan dari air tangan isteri dia ni. terlunas jugak tanggungjawab yang sering tertangguh.

mama lynn akui sampai sekarang kemahiran memasak mama lynn agak terhad. mujur juga suami lebih sukakan juadah yang berbentuk sambal. setakat ni kalau mama lynn masak tak sedap pun suami jarang bersungut tapi bila dengar dari mulut orang lain sure lah mama lynn kena lebih berusaha untuk belajar memasak. nak jaga makan minum suami ni bukanlah semudah yang disangka.  
 
balik kepada cerita hari khamis lepas sempat ke pekan sg kob bersama suami, anak-anak dan mama diorang untuk tukar karpet kereta mama lynn. rm70.00 , tak sure lah  mahal ke tak tapi memandangkan kena beli jugak bayar je lah. mama lynn beli kereta second baru-baru ni. iswara aeroback warna putih. memandangkan body meter dia warna merah, mama lynn pasang karpet warna merah jugak. puas hati jugak la ngan kereta ni. tak mampu nak pakai kereta baru so bila dapat beli 2nd ni dah rasa bersyukur sangat. abis dekat rm8,000.00 jugak la untuk kereta. beli kat tangan orang + kos repair, tukar itu ini buat angka yang keluar makin bertambah. syukur segalanya dah settle. cuma lepas ni kena jugak la stand by untuk belanja kecemasan.


 mak dan mama zahir & diana (zahir yang tlg snap)

anak-anak kesayangan hati
 
lepas g tukar karpet acara jalan-jalan ke pekan baling. mula-mula ingat nak ke pekan kulim tapi bila en suami kata dah cemuh (bosan) kami decide ke baling. en suami belanja kami anak-beranak lunch di kfc. lepas makan terus singgah kat kedai baju sebelah kfc kulim. kedai ni lah yang buat mama lynn terjebak untuk shopping skirt labuh. to be honest memang murah sangat-sangat skirt labuh kat kedai tu. mama lynn siap tolong belikan on behalf adik-adik. untuk diri sendiri dapat jugaklah sehelai. jadilah daripada tak dapat langsung.
 
tak dapat nak shopping lama pun, lepas tu kami terus ke kupang. rumah bapa saudara en suami. mama lynn memang suka sangat dapat balik kupang. jumpa family besar yang ramah-ramah memang menggembirakan hati ni. en suami sambung ngan aktiviti memancing, mama lynn buat plan shopping. sekali lagi ke pekan baling untuk shopping. kali ni pergi ngan anak-anak, mama diorang, mak su & sepupu en suami. sakan berjalan kat pekan baling. dekat pukul 7 baru balik rumah. ade je yang berkenan di mata ni.
 
 
:: hasil shopping kat baling ::








panjang sangat entri ni. haha kena stop kat sini dulu. ada masa nanti mama lynn sambung balik kisah balik kampung mama lynn ni. in shaa Allah, andai ada kelapangan masa cepatlah mama lynn keluar ngan entri baru.  


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. murah-murah ek pakaian kat sana?

    ReplyDelete
  2. ala...mama lyn tak gtau awal2 nak datang sini..boleh jugak jumpa....

    ReplyDelete
  3. wana : murah sangat klu nak compare harga kat tmpat sendiri + mostly yg ada kat pasaran tu dr thailand. baling dekat sgt ngan thailanf. tu dapat beli murah.

    eyda : duk baling ker ? nnt email la no phone. mama lynn tiap2 bln blk kulim. ley la adjust masa jmp...

    ReplyDelete
  4. Nice blog... Kunjungi saya balik...

    ReplyDelete
  5. cantik skirt layan juga pakai skirt nie dkt umh..

    ReplyDelete
  6. qois : tq singgah sini. ke sana latter k

    permata biru : bukan pakai kat umah je. bawak bjlan pun cantik. match ngan kemeja r blouse

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar