Followers

Thursday, January 31, 2013

ceritera keluarga di kulim part 2

alhamdulillah mood blogging tu masih segar di pagi hari ni. nak sambung kisah balik kampung mama lynn. masa shopping kat baling aritu, terpandang seluar ala-ala jeans ketat ngan color blog. baru-baru ni mama lynn ada beli sehelai di jalan tar , color biru  tapi the end jual kat adik cos segan nak pakai. nampak ketat sangat kot, dah nak masuk 3 series ni rasa dah tak patut berpakaian macam tu. tak sesuai untuk diri ni.
ape pun berbalik pada seluar ngan color blog tu memang buat mata ni terpanah. hehe ada hikmah badan mama lynn bam bam lagi macam ni (diet pun dah makin ke laut). kalau la mama lynn kurus mesti mama lynn ngan berani sarung seluar tu. pada yang skinny tu cantik la bila pakai tapi untuk yang ada badan bam bam , mama lynn rasa tak payah la nak ikut orang sangat cos tak sesuai pun. hehe rasanya kalau korang pakai skirt labuh macam yang mama lynn share di entri ceritera keluarga di kulim lagi lah cantik dipandang.

color blog, menarik
kalau nak tahu trend kardigan yang ada sekarang yang transperent di bahagian belakang tu pun ada di jual jugak. memang banyak sangat pilihan warna dan corak. harganya pulak sangat-sangat berpatutan. kenapa mama lynn gunakan word "sangat-sangat" tu. mana korang nak dapat dengan harga rm 15.90 kalau kat bandar kan. kira murah sangat lah tu. haritu mama lynn tgk kat AEON bukit raja pun sehelai rm25.00. mintak kurang pun tak dapat.
murah !!! paling murah rm15.90.

banyak sangat pilihan,tp saiz besar takde lah pulak
hehe sempat jugak keluar ngan mak mertua ahad 27 januari lepas.kebetulan mak mertua nak withdraw duit dan mama anak-anak (zura)  nak beli ubi keledek. jangan tak tahu zura  tu sangat expert dalam buat kuih ni. memang tiap2-tiap hari dia hantar kuih kat warung untuk jualan. kalau dahulu hantar kat satu warung je, sekarang dah 2 warung. tu belum kira tempahan dari resort yang ada kat sedim tu. kiranya dapat lah menambah pendapatan keluarga + cari duit sendiri ni lagi best dari mengharap gaji suami semata-mata. dapat jugak meningkatkan ekonomi keluarga. mama lynn sangat respek dengan kebolehan zura. kebolehan zura di dapur memang tak dapat dinafikan. Allah bagi kelebihan tu untuk dia dalam mencari rezeki.

sekali lagi sempat singgah shopping sekali lagi. cawangan kedai yang sama yang mama lynn pergi kat baling aritu. tak sangka rupanya kat kulim pun ada kedai tu. kali ni mama lynn beli blouse. dah publish pun kat entri sebelum ni. blouse biru plain tu la. murah jugak harganya, baru rm16.90 tapi sampai sekarang tak guna lagi untuk outing. nak pakai blouse tu mesti ngan inner cos dada dia terbuka agak luas jugak.


diana macam biasa, kalau dah nampak je mainan budak2 tu mesti nak main. mujur jugak la hanya kena rm0.50. outing ahad lepas zahir tak ikut cos hari sekolah. kat kedah kan hari sekolah diorang ahad- khamis. tak merasa lagi hantar zahir ke sekolah. tapi suka je tengok anak teruna mama lynn tu dah mula minat belajar. moga zahir berjaya dalam pelajaran. in shaa Allah.
cuti raya cina ni tak plan pun nak balik kampung cos masa tu dah nak masuk tengah bulan. kebetulan jugak en suami dan keluarga nak ke hatyai dan seterusnya ke rumah keluarga zura di thailand. kalau ikutkan mama lynn dah pernah bersua muka dengan ayah tiri dan ibu zura. masa tu arwah ayah mertua buat kenduri korban. mama lynn sentiasa mendoakan yang terbaik dalam perhubungan keluarga besar kami. Allah tahu apa yang ada di dalam setiap hati hamba Nya.
kalau dah start menulis, entri ni mesti jadi berderet-deret. wahhh sangat la banyak idea nak dicurahkan. next entri mama lynn nak share 1 produk kecantikan baru yang sedang mama lynn gunakan. dah ada kesan dari penggunaannya tetapi memandangkan baru seminggu digunakan tidaklah begitu ketara. apa produknya kita sama-sama tunggu di entri akan datang.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. baling..rindu lak..dh lm x p sn..dulu waktu student tiap2 bulan p baling..transit sebelum ke arau or peneng..

    ReplyDelete
  2. eja : ina selalu jugak p baling cos umah family belah mak mertua kat kupang, baling. ada masa singgah la baling.. pekan dia best jugak

    ReplyDelete
  3. lynn kamaru-skg nk p peneng xmsk baling dh..tu xsngh balaing skg..

    ReplyDelete
  4. eja : hehe ye ke.. takpe la klu ada tujuan boleh la p baling kan. p saja pun nak buat ape.. ina suka g kupang , kumpul ngan family abg. meriah

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar