Followers

Wednesday, January 30, 2013

al- fatihah buat mak cik shidah



mengenang pemergiaan arwah ibu saudara mama lynn pada sabtu lepas. gambar kat atas ni mama lynn copy dari facebook group, Haji Mahmud Family . arwah merupakan ibu saudara mama lynn merangkap adik kepada ibunda mama lynn. arwah adalah  anak kesembilan dari 10 adik-beradik. walaupun arwah adik kandung ibunda mama lynn tetapi dari kecil arwah dipelihara oleh arwah che pak cu & tok cu. arwah che pak cu adalah adik kepada arwah nenda mama lynn ( wan mas bt abdullah). begitulah serba ringkas tentang latar belakang arwah mak cik shidah.
 
sabtu pagi (26 januari 2013) yang lepas, mama lynn dikejutkan dengan berita pemergiaan mak cik shidah. arwah meninggal dunia di dalam tidur (itu yang mama lynn dengar dari cerita keluarga). memandangkan ketika tu mama lynn berada di kulim, ibunda minta mama lynn pulang ke grik dahulu.  kalau ibunda tak suruh pun dah jadi kewajiban untuk mama lynn pergi menziarah apatah lagi yang meninggal tu mak cik mama lynn sendiri. keluarga kami dari kapar pulang ke grik dengan 2 buah kereta. mama lynn ke grik bersama mak mertua, anak-anak dan mama kepada anak-anak mama lynn.
 
sempat juga bersua muka dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa. mama lynn cuma mampu sedekahkan bacaan surah yasin untuk arwah mak cik sidah. wajah mak cik shidah sempat mama lynn tatap. wajah arwah nampak tenang. setenang cara arwah pergi mengadap Ilahi. mama lynn tak sempat nak singgah lama memandangkan mak mertua dan keluarga turut ada sama. sebelum pukul 1.00 tgh mama lynn dah beransur pulang dari grik.

mungkin mama lynn tidak terlalu akrab dengan arwah tetapi sebagai anak menakan (saudara), mama lynn tak lupa untuk berdoa untuk arwah. terasa kehilangan besar dalam keluarga ibunda mama lynn. apatah lagi adik-beradik perempuan ibunda berkurang seorang lagi. hanya yang tinggal ibunda dan mak cik hanah. 5 yang lain adalah adik-beradik lelaki. Allah lebih sayangkan arwah. moga arwah mak cik shidah tenang di sana dan moga arwah di tempatkan di jannah. in shaa Allah.
 
ajal maut semua di tangan DIA. jangan kita terlalu leka dengan dunia sehingga kita lupakan kewajiban kita sebagai hamba Nya. moga Allah SWT melimpahkan cahaya keimanan buat kita semua.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar