Followers

Monday, January 7, 2013

3 hari 2 malam -Port Dickson

ade lagi sambungan kisah jalan-jalan mama lynn. mama lynn sampai dari kulim 29 disember 2012 yang lepas lebih kurang pukul 5.45 pagi. dekat setengah jam jugak la tunggu adik mama lynn pick up. sempat menunaikan solat subuh di surau, stesen bas klang sentral. sampai je kat rumah terus membasuh dan packing baju untuk ke Port Dickson pulak. mujur juga mama lynn dah puas tidur dalam bas so energy tu masih ada lagi untuk menyambung perjalanan.

lebih kurang pukul 11.00 pagi kami bertolak dari rumah. family trip kali ni hanya adik lelaki mama lynn (ahmad fairuz) yang tidak turut serta kerana tidak dapat bercuti. takpe lah , darah manis pengantin tak elok berjalan jauh bila majlis dah semakin hampir. lari topik kejap, 2.2.2013 ni adik mama lynn bakal melangsungkan perkahwinannya dengan tunang tersayang rozaliya othman. majlis kat rumah keluarga mama lynn akan dilakukan pada 10.3.2013 ni. nanti mama lynn invite u alls semua k. 

sambung kisah holiday, kakak sulung mama lynn yang tolong bookingkan rumah rehat MBSA. so utk penginapan hanya bayar rm90.00 untuk 3 hari 2 malam (29 disember 2012 - 31 disember 2012). memandangkan kakak mama lynn tinggal di shah alam dan kami yang lain di kapar, kami berjanji untuk bertemu di RNR seremban. yang kelakarnya family trip kali ni kucing baru kat rumah mak mama lynn "cucu" pun turut serta. so satu kereta tu memang khas untuk "cucu", siap ngan cage dan bekas pasir. mujur juga lah "cucu" ni tak membuang merata tempat. 

sampai kat PD kami terus ke MARINA resort (bay view). rumah rehat MBSA terletak di sana. bayview terletak betul-betul di belakang roundbout kecil di pekan PD.  apartment 3 bilik itu ternyata selesa untuk kami sekeluarga. di hari pertama memang mama lynn tak keluar dari tempat menginap. petang tu mama lynn sempat mandi kat kolam renang di bawah tempat kami menginap. even suasana di sekitar bay view marina tu ala-ala seram tapi kemudahan kolam renang dia agak memuaskan. 

3 hari 2 malam kat PD memang best cuma kami tak sempat nak ke pantai pun. plan kami petang hari kedua tu nak lah berjalan ke pantai, tetapi keluarga BF adik bongsu datang bersuai kenal keluarga kami plan asal terpaksa dibatalkan. sempat lagi family diorang datang merisik. kebetulan diorang tinggal di melaka, dan kami pula bercuti di PD, so ambil kesempatan tu untuk berkenal-kenalan. in shaa Allah bulan 6 ni adik bongsu mama lynn akan mengikat tali pertunangan pula.

sempat jugaklah ke PD waterfront. tu pun sebab nak cari CDM maybank. agak jauh jugak lah dari tempat kami menginap. dikesempatan yang ada tu mama lynn sempatlah berjumpa dengan sahabat mama lynn ain dan min yang kebetulan datang bercuti bersama dengan keluarga masing-masing.

tak banyak gambar yang dapat dikongsikan. in  shaa Allah next entri mama lynn akan share pulak gambar-gambar di PD untuk tatapan semua. balik dari PD kami sempat jugak singgah di nilai. kiranya mama lynn ke nilai 2 kali dalam tempoh 2 minggu berturut-turut. sempat la shopping bunga telur untuk pelamin 2 pahar, untuk dibawa ke majlis rumah perempuan satu pahar, bunga untuk penanggah (yang kena letak duit tu) then sempat jugak beli bantal kecil untuk diletakkan dalam kereta.

next entri mama lynn janji share gambar kat PD. ambil masa skit untuk transfer gambar dari handphone. maklum sahaja cable usb handphone da hilang. g PD aritu tak guna kamera sangat untuk ambil gambar. cuci mata skit ngan 3 gambar kat PD ni. 





aiman faliq da pandai duduk
pemandangan dari balkoni apartment

abg long afif fikri


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

8 pesanan kasih sayang:

  1. zie : la ye ke.. PD ni consider destinasi perlancongan bajet rendah. x pikir nak ada bajet byk pun.. hehe

    ReplyDelete
  2. mumme mmg memanjang ke desa lagoon dgn hotel sebelahnya tu...sbb dpt tumpang harga staf en asben...

    ReplyDelete
  3. salam sis..ok tak marina resort..ada org ckp serammmm....

    ReplyDelete
  4. MumMe : bestnya..... nk tumpang harga skali boleh ? hehe



    gya : takde lah dya, alhamdulillah g aritu semuanya ok jer

    ReplyDelete
  5. 14/10/13 decide gn usben and kwn baik nk g PD brmlm kt marina coz usben mmber ni die mmg ada blik hotel kt marina blok c,mlm2 kami decide btl2 nk cek in kt mane. Mlm 2 jgk gerak ke PD. Mengenang kn kami ni ada ank kecil 3bln dgn 1thn kami xjd g marina,cek in kt klana beach resort tmpt pn selesa. Keesokn nye aku ajak la mmber ni g marina sbb nk tgk tmpt 2 mcm mane,sampai je kt sane mmg seram dh xada penghuni dkt blok c 2 blh kira hanya 2,3 org je yg ddk. Tmpt pn dh trbiar xada ape yg menarik.

    ReplyDelete
  6. 14/10/13 decide gn usben and kwn baik nk g PD brmlm kt marina coz usben mmber ni die mmg ada blik hotel kt marina blok c,mlm2 kami decide btl2 nk cek in kt mane. Mlm 2 jgk gerak ke PD. Mengenang kn kami ni ada ank kecil 3bln dgn 1thn kami xjd g marina,cek in kt klana beach resort tmpt pn selesa. Keesokn nye aku ajak la mmber ni g marina sbb nk tgk tmpt 2 mcm mane,sampai je kt sane mmg seram dh xada penghuni dkt blok c 2 blh kira hanya 2,3 org je yg ddk. Tmpt pn dh trbiar xada ape yg menarik.

    ReplyDelete
  7. 14/10/13 decide gn usben and kwn baik nk g PD brmlm kt marina coz usben mmber ni die mmg ada blik hotel kt marina blok c,mlm2 kami decide btl2 nk cek in kt mane. Mlm 2 jgk gerak ke PD. Mengenang kn kami ni ada ank kecil 3bln dgn 1thn kami xjd g marina,cek in kt klana beach resort tmpt pn selesa. Keesokn nye aku ajak la mmber ni g marina sbb nk tgk tmpt 2 mcm mane,sampai je kt sane mmg seram dh xada penghuni dkt blok c 2 blh kira hanya 2,3 org je yg ddk. Tmpt pn dh trbiar xada ape yg menarik.

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar