Followers

Thursday, January 31, 2013

spontaneous thursday 35

Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
 
 #MutiaraKata

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

ceritera keluarga di kulim part 2

alhamdulillah mood blogging tu masih segar di pagi hari ni. nak sambung kisah balik kampung mama lynn. masa shopping kat baling aritu, terpandang seluar ala-ala jeans ketat ngan color blog. baru-baru ni mama lynn ada beli sehelai di jalan tar , color biru  tapi the end jual kat adik cos segan nak pakai. nampak ketat sangat kot, dah nak masuk 3 series ni rasa dah tak patut berpakaian macam tu. tak sesuai untuk diri ni.
ape pun berbalik pada seluar ngan color blog tu memang buat mata ni terpanah. hehe ada hikmah badan mama lynn bam bam lagi macam ni (diet pun dah makin ke laut). kalau la mama lynn kurus mesti mama lynn ngan berani sarung seluar tu. pada yang skinny tu cantik la bila pakai tapi untuk yang ada badan bam bam , mama lynn rasa tak payah la nak ikut orang sangat cos tak sesuai pun. hehe rasanya kalau korang pakai skirt labuh macam yang mama lynn share di entri ceritera keluarga di kulim lagi lah cantik dipandang.

color blog, menarik
kalau nak tahu trend kardigan yang ada sekarang yang transperent di bahagian belakang tu pun ada di jual jugak. memang banyak sangat pilihan warna dan corak. harganya pulak sangat-sangat berpatutan. kenapa mama lynn gunakan word "sangat-sangat" tu. mana korang nak dapat dengan harga rm 15.90 kalau kat bandar kan. kira murah sangat lah tu. haritu mama lynn tgk kat AEON bukit raja pun sehelai rm25.00. mintak kurang pun tak dapat.
murah !!! paling murah rm15.90.

banyak sangat pilihan,tp saiz besar takde lah pulak
hehe sempat jugak keluar ngan mak mertua ahad 27 januari lepas.kebetulan mak mertua nak withdraw duit dan mama anak-anak (zura)  nak beli ubi keledek. jangan tak tahu zura  tu sangat expert dalam buat kuih ni. memang tiap2-tiap hari dia hantar kuih kat warung untuk jualan. kalau dahulu hantar kat satu warung je, sekarang dah 2 warung. tu belum kira tempahan dari resort yang ada kat sedim tu. kiranya dapat lah menambah pendapatan keluarga + cari duit sendiri ni lagi best dari mengharap gaji suami semata-mata. dapat jugak meningkatkan ekonomi keluarga. mama lynn sangat respek dengan kebolehan zura. kebolehan zura di dapur memang tak dapat dinafikan. Allah bagi kelebihan tu untuk dia dalam mencari rezeki.

sekali lagi sempat singgah shopping sekali lagi. cawangan kedai yang sama yang mama lynn pergi kat baling aritu. tak sangka rupanya kat kulim pun ada kedai tu. kali ni mama lynn beli blouse. dah publish pun kat entri sebelum ni. blouse biru plain tu la. murah jugak harganya, baru rm16.90 tapi sampai sekarang tak guna lagi untuk outing. nak pakai blouse tu mesti ngan inner cos dada dia terbuka agak luas jugak.


diana macam biasa, kalau dah nampak je mainan budak2 tu mesti nak main. mujur jugak la hanya kena rm0.50. outing ahad lepas zahir tak ikut cos hari sekolah. kat kedah kan hari sekolah diorang ahad- khamis. tak merasa lagi hantar zahir ke sekolah. tapi suka je tengok anak teruna mama lynn tu dah mula minat belajar. moga zahir berjaya dalam pelajaran. in shaa Allah.
cuti raya cina ni tak plan pun nak balik kampung cos masa tu dah nak masuk tengah bulan. kebetulan jugak en suami dan keluarga nak ke hatyai dan seterusnya ke rumah keluarga zura di thailand. kalau ikutkan mama lynn dah pernah bersua muka dengan ayah tiri dan ibu zura. masa tu arwah ayah mertua buat kenduri korban. mama lynn sentiasa mendoakan yang terbaik dalam perhubungan keluarga besar kami. Allah tahu apa yang ada di dalam setiap hati hamba Nya.
kalau dah start menulis, entri ni mesti jadi berderet-deret. wahhh sangat la banyak idea nak dicurahkan. next entri mama lynn nak share 1 produk kecantikan baru yang sedang mama lynn gunakan. dah ada kesan dari penggunaannya tetapi memandangkan baru seminggu digunakan tidaklah begitu ketara. apa produknya kita sama-sama tunggu di entri akan datang.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, January 30, 2013

"Hansel and Gretel" Witch Hunters

 
 
Filem ‘Hansel and Gretel’ mengisahkan tentang sepasang adik beradik yang dikenali sebagai Hansel dan Gretel lakonan Jeremy Renner serta Gemma Arterton. Filem bergenra aksi, komedi dan seram ini merupakan arahan Tommy Wirkola dan untuk makluman Tommy sebelum ini pernah mengarahkan beberapa filem komedi seram seperti ‘Norwegian Nazi Zombie’ serta ‘Dead Snow.’
 
Secara umumnya filem ’Hansel and Gretel’ ini merupakan kesinambungan kepada kisah dongeng Hansel dan Gretel oleh Brothers Grimm, di mana ia menceritakan tentang Hansel dan Gretel yang ditinggalkan oleh bapa mereka di dalam sebuah hutan dan pada ketika itu mereka telah memasuki sebuah rumah yang dikenali sebagai ‘Gingerbread.’
 
Sewaktu berada di dalam rumah tersebut, adik beradik ini telah ditahan oleh seorang ahli sihir tua dan mereka nyaris di makan oleh ahli sihir tersebut. Namun begitu, sebelum menjadi makanan kepada ahli sihir tersebut, Hansel dan Gretel telah sempat menyelamatkan diri mereka dengan mancampakkan ahli sihir jahat itu ke dalam sebuah ketuhar. Selepas daripada insiden tersebut, adik beradik ini telah menjadi berani dan menjalankan aktiviti memburu serta menghapuskan ahli sihir.
 
Segala konflik bermula apabila Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ahli-ahli sihir bakal mengadakan ‘Perayaan Bulan Darah,’ yang mana mereka perlu mengorbankan 12 orang kanak-kanak, di mana masing-masing merupakan enam orang lelaki dan enam orang perempuan yang lahir pada bulan yang berlainan. Mampukah Hansel dan Gretel menyelamatkan kanak-kanak tersebut?
 
 
Dalam usaha untuk menumpaskan ahli-ahli sihir, tiba-tiba Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ibu mereka juga merupakan seorang ahli sihir yang bernama Adrianna dan disebabkan itu bapa mereka meninggalkan adik beradik ini di dalam hutan pada suatu ketika dahulu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Ingin ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton filem ‘Hansel and Gretel’ di pawagam berhampiran anda sekarang!
 
 
 
bukti mama lynn dan suami baru pas layan movie ni isnin lepas , sangat best =)
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 39



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

ceritera keluarga di kulim

masa berblog agak terhad lately ni. mama lynn balik kampung (kulim) rabu minggu lepas. naik bas kul 10 malam. kul 4.00 pagi (khamis, 24.1.2013) tu dah sampai di perhentian bas kulim. kalau nak tunggu en suami datang jemput memang bercinta jugak lah. hehe lambat-lambat pun en suami mesti datang jemput.
 
balik kali ni dapat la bersantai kat kampung lama sedikit. dapat lah luangkan lebih banyak masa ngan suami dan keluarga. alhamdulillah sepanjang berada 4 hari 3 malam di kulim, segalanya berjalan lancar. dapat la masakkan untuk suami (walaupun mama lynn bukan hebat di dapur). sekurang-kurangnya dapat juga suami mama lynn makan dari air tangan isteri dia ni. terlunas jugak tanggungjawab yang sering tertangguh.

mama lynn akui sampai sekarang kemahiran memasak mama lynn agak terhad. mujur juga suami lebih sukakan juadah yang berbentuk sambal. setakat ni kalau mama lynn masak tak sedap pun suami jarang bersungut tapi bila dengar dari mulut orang lain sure lah mama lynn kena lebih berusaha untuk belajar memasak. nak jaga makan minum suami ni bukanlah semudah yang disangka.  
 
balik kepada cerita hari khamis lepas sempat ke pekan sg kob bersama suami, anak-anak dan mama diorang untuk tukar karpet kereta mama lynn. rm70.00 , tak sure lah  mahal ke tak tapi memandangkan kena beli jugak bayar je lah. mama lynn beli kereta second baru-baru ni. iswara aeroback warna putih. memandangkan body meter dia warna merah, mama lynn pasang karpet warna merah jugak. puas hati jugak la ngan kereta ni. tak mampu nak pakai kereta baru so bila dapat beli 2nd ni dah rasa bersyukur sangat. abis dekat rm8,000.00 jugak la untuk kereta. beli kat tangan orang + kos repair, tukar itu ini buat angka yang keluar makin bertambah. syukur segalanya dah settle. cuma lepas ni kena jugak la stand by untuk belanja kecemasan.


 mak dan mama zahir & diana (zahir yang tlg snap)

anak-anak kesayangan hati
 
lepas g tukar karpet acara jalan-jalan ke pekan baling. mula-mula ingat nak ke pekan kulim tapi bila en suami kata dah cemuh (bosan) kami decide ke baling. en suami belanja kami anak-beranak lunch di kfc. lepas makan terus singgah kat kedai baju sebelah kfc kulim. kedai ni lah yang buat mama lynn terjebak untuk shopping skirt labuh. to be honest memang murah sangat-sangat skirt labuh kat kedai tu. mama lynn siap tolong belikan on behalf adik-adik. untuk diri sendiri dapat jugaklah sehelai. jadilah daripada tak dapat langsung.
 
tak dapat nak shopping lama pun, lepas tu kami terus ke kupang. rumah bapa saudara en suami. mama lynn memang suka sangat dapat balik kupang. jumpa family besar yang ramah-ramah memang menggembirakan hati ni. en suami sambung ngan aktiviti memancing, mama lynn buat plan shopping. sekali lagi ke pekan baling untuk shopping. kali ni pergi ngan anak-anak, mama diorang, mak su & sepupu en suami. sakan berjalan kat pekan baling. dekat pukul 7 baru balik rumah. ade je yang berkenan di mata ni.
 
 
:: hasil shopping kat baling ::








panjang sangat entri ni. haha kena stop kat sini dulu. ada masa nanti mama lynn sambung balik kisah balik kampung mama lynn ni. in shaa Allah, andai ada kelapangan masa cepatlah mama lynn keluar ngan entri baru.  


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

al- fatihah buat mak cik shidah



mengenang pemergiaan arwah ibu saudara mama lynn pada sabtu lepas. gambar kat atas ni mama lynn copy dari facebook group, Haji Mahmud Family . arwah merupakan ibu saudara mama lynn merangkap adik kepada ibunda mama lynn. arwah adalah  anak kesembilan dari 10 adik-beradik. walaupun arwah adik kandung ibunda mama lynn tetapi dari kecil arwah dipelihara oleh arwah che pak cu & tok cu. arwah che pak cu adalah adik kepada arwah nenda mama lynn ( wan mas bt abdullah). begitulah serba ringkas tentang latar belakang arwah mak cik shidah.
 
sabtu pagi (26 januari 2013) yang lepas, mama lynn dikejutkan dengan berita pemergiaan mak cik shidah. arwah meninggal dunia di dalam tidur (itu yang mama lynn dengar dari cerita keluarga). memandangkan ketika tu mama lynn berada di kulim, ibunda minta mama lynn pulang ke grik dahulu.  kalau ibunda tak suruh pun dah jadi kewajiban untuk mama lynn pergi menziarah apatah lagi yang meninggal tu mak cik mama lynn sendiri. keluarga kami dari kapar pulang ke grik dengan 2 buah kereta. mama lynn ke grik bersama mak mertua, anak-anak dan mama kepada anak-anak mama lynn.
 
sempat juga bersua muka dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa. mama lynn cuma mampu sedekahkan bacaan surah yasin untuk arwah mak cik sidah. wajah mak cik shidah sempat mama lynn tatap. wajah arwah nampak tenang. setenang cara arwah pergi mengadap Ilahi. mama lynn tak sempat nak singgah lama memandangkan mak mertua dan keluarga turut ada sama. sebelum pukul 1.00 tgh mama lynn dah beransur pulang dari grik.

mungkin mama lynn tidak terlalu akrab dengan arwah tetapi sebagai anak menakan (saudara), mama lynn tak lupa untuk berdoa untuk arwah. terasa kehilangan besar dalam keluarga ibunda mama lynn. apatah lagi adik-beradik perempuan ibunda berkurang seorang lagi. hanya yang tinggal ibunda dan mak cik hanah. 5 yang lain adalah adik-beradik lelaki. Allah lebih sayangkan arwah. moga arwah mak cik shidah tenang di sana dan moga arwah di tempatkan di jannah. in shaa Allah.
 
ajal maut semua di tangan DIA. jangan kita terlalu leka dengan dunia sehingga kita lupakan kewajiban kita sebagai hamba Nya. moga Allah SWT melimpahkan cahaya keimanan buat kita semua.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, January 29, 2013

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam
 
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
 
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
 
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
 
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
 
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
 
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
 
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
 
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
 
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
 
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
 
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
 
Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

en suami

Photo: cinta hati da blk kg, gonna miss u sweetheart
 
p/s : esok mama lynn akan kembali dengan entri baru. bercuti panjang di kulim dari khamis lepas. apa cerita sepanjang di kampung  ? tunggu saja entri baru dari mama lynn.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, January 22, 2013

Jom Naikkan Trafik Blog Korang

Betul ke info nak naikkan trafik blog. mama lynn nak cuba jugak lah..... pada anda yang lain, selamat mencuba jugak. manalah tahu kita sama-sama berjaya menaikkan rating trafik kat blog memasing kan. tak cuba tak tahu. mama lynn copy paste dari blog eira aikawa  

 

Ok..
Jom kita cuba sama2..


Cara nya begini :-
1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.
3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).



1. mizz shizu 
3. Blog Hanz 
4. BeMie's WoRLd   
6. Qila Razak 
7. CekLa 
8 . Miss Yaty
13.  Nurul 'Ain

15. Mama Lynn



PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya ok….
Selamat mencuba!!!

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat traffic yang banyak... Pastu Jangan Lupa promote link entry ni.. kat member-member korang.. lagi banyak lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yang buat 10% jer maknanya dalam 10 orang yang buat... ingat lagi banyak backlink kita... lagi tinggi rating kita kat google..


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

aku mahu kurus

3-4 hari meninggalkan blog rasa rindu menghimpit jiwa. semalam mood blogging nan hado, sekadar approved komen dari kawan2 blogger je. hari ni rasa kena bangkitkan semangat tu balik. tak mahu malas-malas.

lately ni ramai suara-suara menegur yang mengatakan mama lynn dah kurus sikit. ada yang tanya kenapa badan ni susut ?  mama lynn masih berdiet tapi tak la se "extreme" dahulu. mama lynn cuma diet sendiri. nasi memang mama lynn dah ambil balik tapi tu pun mama lynn ambil 2-3 hari sekali. kalau boleh nak maintain dengan berat sekarang. hajat hati nak turunkan lagi berat badan tu tapi tu semua bergantung pada disiplin diri.
buat masa sekarang mama lynn just control makan then sapu losyen felinna kat part yang buncit dan bam bam tu. kalau sebelum ni mama lynn memang ambil teh herbalife as penambah tenaga tapi memandangkan nak cut cost mama lynn tekad untuk diet sendiri. alhamdulillah mama lynn boleh jugak kontrol makan cuma bila hari yang mama lynn makan nasi tu, selera makan tu jadi bertambah-tambah.
ada sorang sahabat mama lynn ni diet sendiri boleh turun berbelas kg dalam masa 4 bulan ++. rasa teruja dengan perubahan diri dia. tapi tu la mama lynn ni tak cukup berdisiplin. hope semangat ni tak luntur. dari bulan september 2012 till sekarang, mama lynn baru kurangkan 7kg. tu pun kadang-kadang berat badan mama lynn naik 1-2 kg kalau tak kontrol makan.
mama lynn rasa zaman mama lynn di sekolah menengah dahulu sangat-sangat berbeza dengan sekarang. dulu berat badan tak pernah cecah 60kg. mesti 50 ++. sekarang ni jangan cakaplah, nak tengok diri sendiri kat cermin pun rasa segan. doakan mama lynn dapat mencapai impian mama lynn. semua wanita nak kelihatan cantik di mata suami. itu yang mama lynn mahu lakukan. in shaa Allah.

:: ni pulak gambar mama lynn yang terbaru ::



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, January 18, 2013

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen

klik sini untuk turutt serta

join segmen di hari jumaat yang mulia ni. mama lynn tag semua kawan2 yang singgah kat blog mama lynn ni k. selamat bersegmen semua .

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tanda rezeki itu berkat


KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan.

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.

Tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

* Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

* Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.

* Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

* Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang

* Sentiasa merasa cukup dan syukur


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Darjat, pangkat bukan jaminan masuk Syurga

RASULULLAH SAW bersabda bahawa orang fakir masuk syurga lebih dulu selama beberapa waktu daripada orang kaya. Boleh jadi, hal ini tidak berlaku umum kerana sebahagian orang kaya ada yang termasuk orang sentiasa bersyukur, memuji, mengabdi dan membenarkan Allah SWT. Mereka memiliki keutamaan yang besar serta konsisten dalam ketaatan dan pengabdian.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Takutlah kepada Allah dalam hal orang fakir kerana pada hari kiamat, Allah SWT berfirman: Di mana makhluk pilihan-Ku? Malaikat menjawab: Wahai Tuhanku, siapakah mereka? Allah SWT berfirman: Orang fakir yang sabar dan rela terhadap takdir-Ku. Mereka akan Aku masukkan ke dalam syurga. Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya: Kemudian orang fakir itu masuk syurga lalu makan dan minum, sementara orang kaya masih sibuk dalam penghitungan amal mereka.”
Imam Tirmizi meriwayatkan hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang fakir yang berjuang di jalan Allah akan masuk syurga sebelum orang kaya, dengan jarak 500 tahun.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang fakir akan masuk syurga terlebih dulu daripada orang kaya, selama setengah hari akhirat, iaitu 500 tahun dunia.” (Hadis riwayat Tirmizi) Ia berkata hadis ini hasan sahih.


Hadis itu menunjukkan satu makna bahawa orang fakir akan masuk syurga lebih dulu. Dengan catatan mereka termasuk orang yang sabar, mengabdi kepada Allah, rela dan sabar terhadap kefakiran mereka selama hidup di dunia sehingga dari lisan mereka keluar kata-kata pujian kepada Allah bersyukur serta menghambakan diri kepada Allah.
Mereka inilah orang yang akan memperoleh kemuliaan pada hari kiamat, ketika mereka masuk syurga. Pada hari kiamat nanti Allah akan berfirman kepada orang yang sabar terhadap kefakirannya yang bermaksud: “Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu.” (Surah Al-Haqqah, ayat 24)
Ertinya, kesusahan yang telah engkau peroleh di dunia kerana fakir, benar-benar terasa perih buat kamu. Hal itu bukan cita-cita dan keinginan kamu tetapi semata-mata kehendak Allah.
Berapa banyak ayat Allah yang mendorong orang mukmin rajin menabung dengan tabungan amal kebajikan. Allah akan melipatgandakan tabungan itu selama di dunia dan mereka dapat memetik hasilnya berupa pahala yang besar di akhirat nanti.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 245)
Banyak ayat al-Quran yang mengisyaratkan adanya kelebihan dan perbezaan darjat dalam segala sesuatu, bahkan antara para malaikat Al-Muqarrabun, Nabi dan Rasul. Demikian juga, antara manusia pada umumnya. Ini ketentuan Allah (sunnatullah) terhadap makhluk-Nya dan kesempurnaan hikmah dari Allah.
Hakikat kelebihan dan perbezaan darjat ini tidak terletak pada ketakutan seseorang kepada Allah. Hal ini terjadi semata-mata kerana ilmu dan keutamaan dari Allah. Sedangkan, kelebihan manusia adalah kerana amal, ilmu, ijtihad dan kesabarannya.
Antara nabi, ada yang dikenali sebutan Ulul Azmi, sedangkan sebahagian lain tidak memperoleh sebutan demikian. Sebahagian manusia ada yang menjadi pejuang (mujahid), mempunyai keutamaan tetapi sebahagian tidak memiliki semua itu.
Oleh itu, antara manusia ada memperoleh darjat dan kelebihan dari Allah yang berbeza dengan yang lainnya. Hal ini berdasarkan ketinggian darjat manusia dan amal perbuatannya selama di dunia.
Buku Bidadari, Syurga dan Penghuninya
kredit : islam itu indah

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, January 17, 2013

spontaneous thursday 34- aku mahu menulis

menulis itu caraku
ya menulis itu caraku melepas rasa
menulis itu caraku berkongsi cerita
aku suka menulis
aku impikan untuk menjadi penulis
 
berkata-kata puitis dalam lagu
berkata-kata indah dalam setiap tulisan
cintaku untuk menulis
tak ternilai harganya
 
andai aku menjadi penulis
aku mahu menjadi penulis yang matang
menulis bukan untuk mengejar nama
menulis bukan untuk mereka cerita
 
aku mahu terus menulis
moga apa saja yang kutulis memberi manfaat pada orang lain
aku tak mahu jadi penulis tiru dan tampal
aku mahu menulis dengan idea dari diri sendiri
 
ya... aku mahu menjadi penulis
selagi aku mampu menulis
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

~ Cute Baby Girl Hats ~

jom shopping cute baby girl hats. mama lynn dah lama terpikat tengok baby girl pakai topi. tapi nak beli kat mana tu tak berapa nak tahu. so baru-baru ni kawan mama lynn cakap dia ley tolong belikan. apa lagi, terus mama lynn order 2 . sebab 1st time mama lynn takde la decide nak design  yang macam mana sangat. better orang yang biasa beli pilihkan je. baru pagi ni mama lynn collect topi tu. rasa tak sabar nak tengok buah hati mama lynn a.k.a nurul nadiana najwa sarungkan. mesti comel.

diana dah 2 tahun 4 bulan baru mak dia ni sibuk nak pakaikan topi. masa pergi family trip ke melaka aritu memang ada belikan diana topi tapi tak la bergaya yang macam mama lynn beli kali ni. bila tanya kat mama diana, dia pakai tak topi yang mama lynn belikan sebelum ni. mama diana cakap dia suka pakai. tu yang terus tempah untuk diana. 

so far memang puas hati ngan materialnya + takde mahal sangat. hari ni mama lynn tempah lagi 3 topi untuk diana. saje tempah lain-lain warna cos boleh la match ngan baju jalan dia. mesti bertambah comel anak dara mama lynn tu. 

:: antara pilihan mama lynn untuk nurul nadiana najwa::

color ala-ala coklat, cantik ngan bunga2 melambak tu
pinky... like it cos ada bunga besar

grey, yang ni boleh pakai ngan apa2 baju

yang ni, mama lynn baru ambil pagi tadi. cantik





♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, January 16, 2013

wordless wednesday 38



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, January 15, 2013

zahir anak mak



mama lynn pernah share gambar ni dalam entri jalan2 mama lynn sebelum ni. lately ni kerinduan mama lynn sangat berbunga-bunga untuk anak bujang mama lynn ni. rindu kat ayah dia jugak tapi kali ni mama lynn nak share kisah hidup mama lynn sebagai "mak". untuk pengetahuan umum, both my step daughter & son called me "mak". sangat selesa dengan panggilan tersebut. 

sudah hampir 3 tahun 6 bulan mama lynn jadi mak kepada zahir. pertama kali bertemu zahir masa tu usianya baru 1 tahun 11 bulan. means sekarang ni usia zahir dah menjangkan 5 tahun 5 bulan.  masa tu zahir dah boleh praktis panggil mama lynn "mak". memang sedari awal mama lynn ajar dia dengan panggilan tersebut. itu lebih bagus dari panggilan yang lain. mama lynn nak dia sedar yang mama lynn juga adalah mak dia. even bukan mama lynn yang lahirkan zahir, i'm still his mom. forever and ever. in shaa Allah.

kalau dicakap sebagai seorang ibu segera (lebih manis dipanggil begini) memang orang akan kata yang ibu segera ni garang, kejam tapi bukan itu yang mama lynn terap dalam diri. mama lynn sentiasa berusaha menjadi mak yang terbaik. mama lynn dah lali dengan kata-kata orang. walaupun ada yang berpandangan negatif, bagi mama lynn pendirian mama lynn adalah tetap begini. keduanya mama lynn layan seperti anak kandung. kalau marah pun marah mak kepada anak. apa yang anak orang lain dapat , tu juga yang mama lynn mahu keduanya ada. mungkin bila dari kecil mama lynn terapkan begitu, kasih sayang antara kami juga semakin erat. 

zahir tak melihat perbezaan yang terlalu ketara antara mama dan mak nya. cuma mak dia ni kalau marah ada batasnya. mama lynn masih berjaga-jaga soal itu kerana tak nak ada hati yang terasa. dah jadi kebiasaan, ada rezeki lebih mama lynn akan belikan pakaian baru untuk zahir. mungkin kadang-kadang adiknya yang dapat perhatian lebih dari mama lynn tapi dalam lubuk hati ni, kasih sayang untuk zahir tak kan pernah pudar.

sekarang zahir dah pun masuk pra sekolah. mama lynn sebagai mak sama-sama mengadakan persiapan untuk zahir. mama lynn sempat belikan beg sekolah waktu kami ke nilai dahulu. sebagai motivasi untuk zahir rajin ke sekolah. persiapan yang lain ayah dan mamanya yang uruskan.mama lynn tak nak zahir tertinggal dalam pelajaran. sebagai mak, mama lynn nak lihat zahir berjaya.

next week mama lynn akan pulang ke sedim untuk beberapa hari. mama lynn harap ada kesempatan untuk mama lynn hantar zahir ke sekolah. bila tengok anak-anak makin membesar, mama lynn rasa mama lynn perlu segerakan pencarian kerja di kulim. sekarang bukan masa untuk bertangguh-tangguh lagi. mama lynn nak kami sekeluarga lebih dekat. in shaa Allah. itu perancangan mama lynn tahun ni. 

untuk zahir, "mak sayangkan along sangat-sangat. moga along menjadi anak yang cerdik dan soleh. kasih sayang mak pada along takkan pernah padam. tu janji mak "
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, January 14, 2013

comel tak "cucu" -komen dan share





memperkenalkan buah hati keluarga mama lynn. "cucu" ni abah mama lynn dapatkan dari seorang rakan. sangat comel dan geram je tengok bulu cucu yang gebuss tu. rasa nak peluk-peluk je cucu selalu. mama lynn bukanlah penggemar kucing tapi bila dapat kucing yang gebuss macam ni mahu tak geram.
 
cucu ni sangat senang nak jaga cuma makanan cucu bukan makanan kucing yang keras tu tapi yang dalam bentuk basah (friskies). cucu buang segala kotoran diri kat pasir yang disediakan. so tiap2 bulan abah mama lynn kena maintain belanja pasir ngan makanan cucu je la. 
 
p/s : siapa ada pets kat rumah jom lah share kat sini. nak tahu jugak pets ape yang korang bela.  jom komen dan share =)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

7 Strategi ke pasaraya secara sihat

Membeli barang-barang dapur di pasaraya kadang-kala menguji keimanan, tambah-tambah sekiranya anda sedang berusaha mengamalkan diet yang sihat untuk menurunkan berat badan. Strategi berikut boleh anda praktikkan sekiranya anda mahu diri anda tidak terlalu mengikut rentak peniaga-peniaga pasaraya yang acap kali membekalkan makanan rencah yang pelbagai jenis, juga ‘senaman-senaman kecil’ yang mungkin boleh anda lakukan ketika berkunjung ke pasaraya-pasaraya tertentu.
 
 
1.Alas perut terlebih dahulu
Secara psikologinya, anda akan cenderung untuk membeli makanan yang ‘mengarut’ apabila sedang lapar. Dengan mengalas perut sebelum bertandang ke pasaraya, kebarangkalian untuk anda membeli makanan yang ‘mengarut’ dapat dikurangkan. Sekiranya anda berkunjung ke pasaraya dalam keadaan berlapar, anda akan cenderung untuk memilih makanan yang kurang berkhasiat seperti daging burger, nugget, coklat, keropok-keropok, ais krim, dan berbagai jenis lagi makanan dan minuman ringan. Anggaplah hidangan alas perut ini sama seperti pre-workout meal sebelum anda memulakan senaman. Apa yang patut diambil? 1-2 gelas susu skim bersama sekeping roti gandum penuh sudah memadai.
2.Senaraikan barang yang hendak dibeli.
Sediakan senarai keperluan yang perlu dibeli di atas sekeping kertas sebelum anda mengunjungi sesebuah pasaraya. Ini bukan sahaja membantu anda berbelanja secara berhemah, malah ia akan membantu anda supaya tidak membeli makanan-makanan rencah yang sememangnya tidak tersenarai di dalam senarai yang disediakan.
3.Jauh lebih baik (tempat meletak kenderaan).
Letakkan kenderaan anda sedikit jauh berbanding pintu pasaraya yang hendak dituju. Kebanyakkan rakyat Malaysia akan mengambil jalan mudah dengan meletakkan kenderaan mereka sehampir yang boleh dengan pintu masuk pasaraya. Apabila sampai waktu puncak, kesesakan pasti akan berlaku, dan inilah kelebihan anda untuk meletakkan kenderaan lebih jauh berbanding pintu masuk. Selain dapat mengelakkan diri daripada kesesakan, anda juga membakar lebih kalori dengan berjalan kaki sedikit.
    4.‘Window shopping’ dahulu.
    Ketika membeli belah, jangan terburu-buru untuk membeli barang. Pantau harga-harga barang terlebih dahulu, dan bandingkan maklumat pemakanan yang terdapat pada produk yang hendak dibeli. Anda bukan sahaja lebih berhemah (dari segi ekonomi dan kesihatan) ketika berbelanja, malah secara tidak langsung juga membakar lebih kalori dengan berpusing-pusing di sekitar pasaraya.
    5.Troli dan bakul sebagai teman.
    Sesetengah individu begitu malas untuk menolak troli atau membawa bakul yang berisi barang, dengan alasan terlalu berat dan membebankan. Wanita kebiasaannya akan menyuruh si suami atau teman lelaki untuk menolak troli untuknya, namun tahukah anda menolak troli juga memerlukan daya yang lebih berbanding berjalan melenggang, sekali gus membakar lebih kalori.
    6.Elak lorong makanan ringan.
    Setiap pasaraya mempunyai sebuah lorong khas yang mana di kiri dan kanan lorong tersebut tersusunlah pelbagai jenis kudapan dan makanan-makanan ringan yang berbagai-bagai jenis. Pastikan anda mengelak dari melalui laluan ini.
    7.Cabaran terakhir.
    Bersebelahan setiap kaunter di pasaraya pasti tersedia rak untuk gula-gula, gula-gula getah, coklat, dan bermacam-macam lagi ‘cobaan’. Tatkala anda sedang beratur untuk membayar, mata dan keimanan anda akan diuji sehabis mungkin. Kebiasaanya, ‘cobaan’ yang mahal itu akan diletakkan sedikit tinggi (paras mata orang dewasa) manakala ‘cobaan’ yang murah akan diletakkan sedikit rendah agar mampu digapai kanak-kanak. Pada ketika ini, anda haruslah bersedia, jangan terlalu memandang ‘cobaan’ tersebut, sebaliknya berfikirlah tentang hal yang lain.
    Diharapkan strategi yang dilampirkan di sini sedikit sebanyak membantu anda dalam mengamalkan corak gaya hidup yang lebih sederhana. Jangan terlalu diikutkan akal fikiran dalam berbelanja, apatah lagi apabila sebahagian wang itu telah dibelanjakan untuk membeli makanan-makanan yang lemah nutrisinya. Craving for empty calorie stuffs is okay, but only once in a blue moon.
    Selamat berjaya.
    copy paste : kevin zahri

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

af-atihah

Konvoi tragedi

Konvoi berakhir tragedi

KERIAN - Kegembiraan sembilan remaja berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka maut dalam satu kemalangan di Gunung Semanggol, di sini semalam.

Kemalangan membabitkan sebuah motosikal di Kilometer 180.6 Lebuh raya Utara-Selatan (arah Utara), di sini jam 6 pagi itu mengorbankan penunggang motosikal, Muhammad Amizie Razali, 34, dari Kapar, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berpunca apabila motosikal jenis Yamaha RX-Z yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum tercampak dan jatuh di laluan kenderaan laju.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa yang juga merupakan pelajar kolej meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami pendarahan teruk di kepala manakala kaki kiri mangsa dikenal pasti patah.

“Keadaan mangsa mengejutkan lapan lagi rakannya yang lain sebelum seorang daripada mereka sempat menarik tubuh mangsa ke laluan kecemasan bagi mengelak dirempuh kenderaan lain.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat sementara menunggu waris keluarga untuk menuntut jenazah,” katanya, semalam.
 
p/s : fakta sebenar, usia arwah adalah 24 tahun dan rasanya arwah sudah bekerja dan bukanlah pelajar kolej.  arwah tinggal satu jalan yang sama dengan rumah mak mama lynn + arwah pernah menjadi pengapit abg ipar dalam resepsi persandingan kakak mama lynn hampir 7 tahun yang lalu. alfatihah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, January 10, 2013

spontaneous thursday 33

tiada insan suci yg tiada masa lampau dan tiada insan berdosa yg tiada masa depan
 
 
 
p/s : kita bukan sesiapa untuk membuat penilaian terhadap diri seseorang. jangan cepat menghukum seseorang atas kesalahan mereka yang lepas.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, January 9, 2013

makan-makan @ steamboat antarabangsa

hari ni rajin sikit nak hupdated blog + lunch hour ni takde feel nak keluar. lately ni memang mama lynn jadi lone ranger kat opis. bukan tak mahu keluar ngan kawan tapi buat masa ni selesa begini. alone tak bermakna orang tak suka. yang tak suka tu tak kisahlah, kita pun tak suka nak paksa orang suka ngan kita kan.
hik hik kan dah melalut ke laut cerita tengahari ni. mama lynn nak share port makan steamboat yang best di klang. lewat petang sabtu lepas, balik je dari shopping2 kat jalan tar kami sempat rehatkan diri kejap kat rumah kakak di seksyen 24, shah alam sebelum meneruskan misi terancang kami. mula2 plan nak makan steamboat kat bandar baru klang, sebab tak jumpa restoran tu kami tukar plan untuk ke Harbour Place, Klang.
kali ni 2 orang lagi adik perempuan mama lynn turut serta. husband dan anak tunggal kakak mama lynn pun join sama. kiranya kami berkonvoi 3 buah kereta ke Harbour Place. pengalaman pertama masuk shopping complex ni. sebelum ni pernah dengar je so kali ni berjaya jugak ke sana.
Steamboat Antarabangsa terletak di tingkat 1, Harbour Place. tak susah nak cari pun. sampai je kat tingkat 1 dah terpampang kedai makan tu depan mata korang. tu pun kalau naik by eskalator. hari tu kami naik by lif cos x berapa tahu sangat kawasan dalam mall tu.
mahal tak makan kat situ ? bagi mama lynn rm23.00/ person tak la mahal pun. budak2 baru rm12.00 je. korang boleh makan apa tanpa ada had masa. selagi perut korang mampu makan, makan je lah kerjanya. mama lynn jarang-jarang makan steamboat ni tapi bila dah ada depan mata memang mengunyah je la kerjanya. paling mama lynn suka makan adalah udang dan lala. lala tu x rebus pun tapi mama lynn bakar je. sos yang disediakan pun sedap, black paper sos rasa sweet sikit. korang boleh pilih nak kuah tomyam atau sup. disebabkan kami pergi berenam + kanak2 sorang dapatlah pilih both kuah.
ade jugak pilihan aiskrim, pelbagai jenis mee dan gula-gula. pada budak-budak memang suka lah kan. alhamdulillah, ngan bajet rm23.00/person tu kami puas makan. bersungguh-sungguh menghabiskan menu atas meja. lepas ni if korang tercari-cari port makan steamboat mama lynn suggest g lah kat situ. memang puas hati ngan harga dan menu yang disediakan.

:: complete , girls cukup corumn 5 orang, cuma 2 org adik lelaki je lah yang x join ::


intro, makan aiskrim dulu

peace yaww... ni anak ke 5 dalam family kami FILZAH nama diberi

suasana kat steamboat antarabangsa

mama lynn yang dah messy menahan lapar, hehe sanggup berlapar dari siang

baru sampai... ngeh2 jap lagi comfirm bersepah

kuah tomyam

kuah sup

sangat la candid

FILZAH dah x sabar nak makan lala tu,AMIRAH kenapa camtu lak muka ko dik?

me , hehe saje nak tayang tudung baru beli kat jalan tar

telur pun ada... hik hik makan sampai lebam la

fav, udang

along ku a.k.a NORHANA dan adik kami

peace lagi .... hujung sekali tu abg ipar mama lynn AMIR HUSSIN

baru nampak dak MUHAMMAD AQEEL AZRAEI ,hujung sebelah abah dia
 p/s : susunan gambar agak serabut... hehe malas nak susun cantik2. layankan je lah jiwa mama lynn hari ni ok.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar