Followers

Tuesday, December 24, 2013

seharian di PD

port dickson merupakan pusat pelancongan kat Malaysia yang saban tahun mama lynn wajib pergi. tak bosan pun kalau repeat ke PD banyak kali. mama lynn paling suka lepak kat teluk kemang tu.. ada memori PAHIT jugak kat situ. kalau ingatkan balik memang sentap. KUDA oh KUDA !!!!!!!
 
kali ni follow family en asben jalan-jalan. diorg bermalam kat bay view apartment. betul-betul belakang round bout kecil kat simpang nak ke teluk kemang tu. so far apartment tu biasa2 je la. janji family en asben dapat bermalam dengan selesa, tu pun cukup baik. ekceli mama lynn da booking homestay tapi memandangkan jauh sangat dari pekan adik ipar carikan tempat menginap lain. kat bay view ni ada kolam renang.. boleh la tumpang sekaki sekali nanti. mama lynn pernah menginap kat bay view hujung tahun lepas tapi kat rest house MBSA yang sememangnya jauh lebih selesa dari yang mereka check in ni.
 
sampai je PD kami settlekan check in dulu pastu baru cari port untuk lunch.. yeayy dapat jugak makan kat kedai makan koboi tu. betul2 kat sebelah MARINA. sedap sangat ker ??? hehe boleh la . mama lynn makan ayam bakar ngan air tembikai. sos black paper dia agak likat tetapi kurang gelap warnanya. kira ok lah dapat makan sekali kat situ. makan pun pakai pinggan ngan cawan polistrin u alls. 1 set nasi ngan ayam panggang tu takdelah mahal sangat, baru rm5.00.
 
lepas lunch kami bali ke apartment dulu. nak mandi manda kat pool dulu baru ronda-ronda ke teluk kemang. mama lynn memang pantang jumpa kolam renang. heheh excited sungguh jumpa air kolam . ekceli lagi prefer mandi kolam dari laut. kalau mandi laut berpasir + cuaca pun membahang. berjam-jam jugak la mandi kat kolam bawah apartment tu. dah puas baru reti naik atas.
 
lewat petang tu barulah kami ke teluk kemang. mama lynn tak berjalan sampai ke pantai pun. lepak-lepak kat balloon park tu je. orang jauh memang seronok la berjalan then shopping kat bazaar area teluk kemang tu. maklumlah bukan selalu orang kedah dapat turun PD.. . anak-anak je yang excited dapat main basikal (zahir) dan balloon park (diana) . nak kena pantau diorang so memang x dapat nak ke mana.
 
sebelum bertolak pulang malam tu singgah dinner kat "jimat seafood". lokasi seberang jalan dari pantai teluk kemang tu.. jalan ke depan sikit je bila keluar dari situ dah nampak restoran ni. makan kat situ sedap + murah.. betul la jimat, lagi jimat dari makan kat kedai makan koboi tepi MARINA tu. memandangkan yang lain bermalam kat PD , agak berat hati jugalah nak berpisah. ahli keluarga yang lain nak berjalan ke pantai timur pulak lepas PD. kami nak join pun cuti both asben & wife memang takde. next time in shaa Allah. target mama lynn bulan 3 next year nak turun terengganu plak. kakak ipar kat sana so penginapan xde problem sangat.  
 
 
untuk u alls mama lynn tinggalkan gambar kami untuk tatapan. hehe macam comell je. suka ambil gambar dalam kedai makan koboi tu.
 



























♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, December 23, 2013

i-city buat ke sekian kali

alkisah isnin minggu lepas sempat jugak ke i-city, shah alam. again buat sekian kalinya. kali ni acara as a tourist guide bawak family en asben jalan-jalan. setiap kali pegi ada je yang berubah. i-city sangat-sangat suka buat pembaharuan. sekarang ni da ada muzium lilin kot.. haha tapi x masuk pun. entah berapa ringgit la ongkosnya kan. nama pun i-city. kalau takde duit jangan berangan la nak have fun sangat.
 
bagi mama lynn takde apa yang mama lynn excited sangat nak enjoy kat dalam ni + pegi pun belum bergaji. so kami lepak2 santai je lah layan orang jauh. anak-anak je la yang paling excited pun. menangis-nangis nak main itu dan nak beli ini. yang termampu bolehla diturutkan... hehe rabak poket ayah.
 
yang penting family hav fun together. even da lewat malam then esok pagi nak kerja pun redah jugak. bahagia melihat mereka di depan mata. itulah nilai kekeluargaan. nak berkumpul ramai-ramai macam ni memang susah. teringat pulak dengan arwah ayah mertua. sempat jugak arwah ke i-city. al-fatihah .. moga arwah tenang di sana.
 
puas meronda kat i-city sambung plak shopping kat uptown , shah alam. kali ni mama lynn surrender. esok nak kerja+ badan rasa flat kepenatan. join anak bujang tidur dalam kereta sementara menunggu yang lain shopping sakan. terpisat-pisat jugak la menahan mengantuk.
 
next entri jalan-jalan PD pulak ye. best x best holiday PD seharian tanpa bermalam. tu pun sebab kehabisan cuti mama lynn + en asben pun dapat cuti sehari je.
 
 


















♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

suke tengok perubahan jarum timbang

selepas 28 hari tanpa nasi dan dengan bantuan teh HL berat badan mama lynn turun 4kg. yeayyy macam tak percaya je. boleh dikatakan mama lynn ni memang hantu timbang  cos hari2 nak timbang berat. sampai adik mama lynn jadi meluat. haha x kisah la kan, sekurang-kurangnya mama lynn notice yang diet mama lynn konsisten atau tidak. bukan sengaja pun nak timbang berat selalu , kerana bagi mama lynn bila timbang then tahu berat terkini mama lynn akan lebih struggle jaga makan.
 
kalau u alls nak tahu berat badan mama lynn sebelum berdiet ni 88kg. semalam timbang dah 84kg. semakin excited diri ni nak kurus. memandangkan mama lynn ni memang GEMUK xde la nampak sangat perubahannya. kalau cakap pun orang mesti kata mama lynn tipu. timbang semalam pun mama lynn minta adik mama lynn yang perhatikan jarum timbang tu.
 
semalam mama lynn makan tak hingat dunia. comfirm akan naik balik berat badan ni. xpe lah.. mama lynn akan bilas balik dengan teh HL. mama lynn takdelah beria jaga makan. cuma tak makan nasi je pun. biasanya pagi till petang mama lynn akan makan bihun dan kuih muih. sesekali selangkan dengan ayam goreng ataupun meals yang tak heavy sangat. macam pagi ni mama lynn da tapau mihun goreng dan kuih. balik kerja nanti biasanya meratah lauk takpun makan biskut atau roti. malam memang pantang makan heavy. adalah sesekali amik jugak la heavy meals malam tapi kena make sure esoknya kena minum teh HL extra.
 
misi diteruskan. tak peduli pun orang nak judge mama lynn poyo ke ape ke. yang penting mama lynn ada effort untuk turunkan berat badan. mama lynn takde diet ngan healthy food sangat cuma KUANTITI tu memang kena ambil berat.
 
target mama lynn dalam masa 2 bulan lagi berat badan mama lynn boleh turun ke 80kg. cukuplah setakat tu dulu cos xnak la beria sangat takut diet tak ke mana. doakan mama lynn terus bersemangat untuk meneruskan misi mama lynn ni.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, December 16, 2013

hidup untuk Dia


cahaya kehidupan
cahaya itu hadir dari punca yang malap
cahaya itu menjadi terang tanpa kita sedari
kerana yang malap itu masih mampu terang
kerana yang malap itu tak selamanya malap

itulah kehidupan
orang kata hidup umpama roda
terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah
tapi apa yang kita kan rasa
bila kita di bawah dan selamanya kita terus di bawah

hidup itu tak perlu disesalkan
hidup itu tak perlu kita gusarkan
walau sakit walau perit
kerana hidup yang sakit dan perit itu mengajar kita erti kedewasaan

terima kasih Allah
di atas segala-gala yang Kau limpahkan
aku tetap kan bersyukur walau di bawah walau di atas ku berada
kerana bagiku
hidup aku untuk akhirat.. yang hakiki
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

inspirasi

me 2013
me 2002
bila tengok gambar mama lynn di awal tahun 2000 dulu memang sangat-sangat berbeza dengan sekarang. rasanya masa ni berat mama lynn baru 60kg ++ . sekarang jangan tanyalah berapa. memang berpuluh kg naik. lagi-lagi lepas kawin, bagai dipam-pam.
 
memandangkan mama lynn dalam proses menurunkan berat badan gambar mama lynn sebelas tahun yang lepas ni akan menjadi sumber inspirasi buat diri ni. orang kata kalau nak gemuk memang senang kan. kalau nak kurus bertahun jugak la kena tunggu.
 
ahamdulillah diet mama lynn berjalan dengan lancar. nasi memang dah takde dalam menu harian. kalau ambil heavy meal pun yang selalu mama lynn ambil adalah bihun. cuma sesekali kalau teringin nak makan mee atau kuew tiau tu makan jugak la. kadang-kadang teringin nak makan fast food. mama lynn takde la pantang sangat cuma mama lynn akan pastikan yang malam memang no heavy meal. setakat meratah sayur atau lauk. air teh HL tu WAJIB minum more than 3 liter /day. BILAS balik lemak2 tu. bagi mama lynn nak diet ni tak boleh nak poyo sangat cos nanti tak ke mana. take time pun takpe dari tak buat apa-apa.
 
GEMUK tu takde la hina cuma kalau orang asyik tegur tu sentap la jugak. kalau dah nak cari baju pun susah xkan nak biar diri terus bersaiz XXXL kan. kalau dapat capai XL pun dah cukup bersyukur. lagipun kalau kita tak gemuk , in shaa Allah penyakit pun susah nak dekat.
 
in shaa Allah by ujung bulan ni mama lynn akan kongsi update terkini perubahan selepas genap sebulan mama lynn ber DIET. dapat turun 2kg pun dah cukup puas hati. doakan mama lynn berjaya k.  

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, December 9, 2013

cerita gerik : wedding cousinku

"pengantin baru khabil & mus"
alkisah 29 november lepas mama lynn join mak abah dan adik beradik balik grik. balik kali ni cos anak menakan ibunda mama lynn kawin. majlis menyambut menantu lah kan cos cousin mama lynn ni lelaki. 3 hari 2 malam berkampung di gerik. balik kali ni kami check in hotel. bukan apa, abah mama lynn kerap ke tandas waktu malam. kalau tidur umah sedara toilet jauh la pulak. x larat abah mama lynn nak berulang.
 
kami check in kat hotel gerik. rate per nite murah sangat-sangat. rm70 pernite untuk bilik yang ada 2 katil kelamin. 2 malam baru rm140 kan. berbaloi-baloi. hotel mak mama lynn belanja. penuh jugak la kami anak-beranak stay kat bilik hotel tu. by turn jugak la tidur atas toto ngan katil. mujur jugak la cousin mama lynn hantar toto ngan bantal buat back up.
 
ikutkan memang la banyak rumah sedara mara yang kami boleh tumpang tapi sesekali amik angin pekan gerik pun best jugak. heaven sangat lepak kampung. cuma pengalaman yg da x boleh dapat sekarang "mandi sungai". kalau dulu pantang balik kampung. sungai akan jadi port kami adik-beradik beraksi.
 
g wedding cousin x amik pun gambar ngan pengantin. mujur la adik mama lynn sempat snap sekeping gambar pengantin baru tu. hehe manakan tidak masa pengantin berarak dan bersanding , mama lynn sibuk membantu mak cik mama lynn edar door gift kepada tetamu. hehe ni je la yang mama lynn rajin nak tolong. balik jauh-jauh ni M besar mama lynn pun boleh tahan jugak.
 
panjang berjela pulak entri ni. jom intai-intai gambar kami adik-beradik yang bajet comell . in shaa Allah kalau rajin, cepat la mama lynn updated blog ni. kesian sangat sawang pun dah penuh ni.
 
 























p/s : baru perasan gambar puteri bongsu xde..
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar