Followers

Wednesday, December 12, 2012

rezeki datang bergolek tapi terpaksa ditolak



yummy.... sape penah makan crepe durian sila angkat tangan.. kalau korang tak angkat pun mama lynn bukan nampak. saje nak mulakan entri dengan ayat-ayat menguji diri dahulu. entri ketiga berkaitan crepe durian. huhuhu sangat la rajin kan menulis tentang makanan kudap-kudap suka ramai ni.

semalam mama lynn telah dihubungi oleh 3 orang teman yang bertanyakan tentang crepe durian. kali ni order yang mama lynn terima lebih dari 100 pcs. wahh banyak tu namun bukan rezeki mama lynn kot. bukan tak nak ambil order on behalf orang ni. cuma nak kena modalkan duit sendiri. aisehh dalam keadaan tengah bulan macam ni comfirmlah poket ni dah hampir-hampir kering. kalau 5 pcs dah rm10.00. 100 pcs dah kena dulukan rm200.00. TIDAK... tak dapat nak membantu kawan-kawan yang kepingin sangat makan crepe durian.tetapi mama lynn dah mudahkan jalan untuk diorang berhubung dengan kak shida eysha terus. mama lynn tak cukup bajet nak mendulukan untuk korang. maafkan mama lynn eh.

mama lynn bukan dealer crepe durian tapi tolong belikan untuk kawan-kawan. kalau masa tu poket ni ada isi lebih , xde masalah nak mendulukan duit sendiri tapi kalau dalam keadaan tengah bulan macam ni agak susah la. 

untuk kawan-kawan blogger yang tinggal di area klang atau shah alam boleh la contact direct ke kak shida eysha. kak shida tinggal kat taman meru indah, meru. so kalau korang tahu lokasi taman perumahan ni lagi senang untuk korang collect sendiri. mama lynn dah seminggu tak makan crepe durian. resepi pun dah ada cuma tak berkesempatan untuk buat sendiri. insya Allah nanti mama lynn nak cuba buat jugak.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. nk wat cmne kan kak lynn, hehe belum ade rezeki,,dahulukan yg penting =)

    ReplyDelete
  2. aida pun tak pernah makan lagi durian crepe nie.. ingat nak buat sendiri. haha.. tertelan air liur ha. :P

    ReplyDelete
  3. yup, betul tu..... bukan rezeki la tu kan.

    ReplyDelete
  4. aida : hhahah buat jgn tak buat. bg akak rasa air tangan aida. mesti sedap kan

    ReplyDelete
  5. Wahh..mcm lama tak datang sini..dah berubah wajah blog ni..hehe
    Mama Lynn sihat?
    sedap je durian crepe tu..sy pun belum berkesempatan nak makan..huhu..:)

    ReplyDelete
  6. atie : lain tak ?? hehe alhamdulillah sihat2 je. x sabar nak bercuti panjang . blk kg jmp family .... xpe lpas ni ley blajar buat sndiri je .. x susah pun

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar