Followers

Monday, December 10, 2012

mandi kolam @ pusat akuatik shah alam

sabtu lepas sempat meluangkan masa membawa anak buah mama lynn ke pusat akuatik shah alam yang terletak di seksyen 13 berhampiran dengan calton hotel & pasaraya besar tesco. kebetulan kakak mama lynn perlu bertugas di pusat akuatik so mama lynn join sekali untuk memantau anak teruna kakak mama lynn mandi kolam. mama lynn bawa afif fikri sekali. saja nak dedahkan afif untuk mandi kolam. insya Allah hujung bulan ni family mama lynn nak bercuti ke PD so takde lah afif takut nak mandi dalam pool.
 
best atau tak itu hal budak-budak. mama lynn sebagai ibu saudara tumpang seronok melihat keduanya begitu gembira dapat mandi kolam. pengalaman baru untuk afif sebenarnya. sangat seronok mandi sampai tak nak naik atas. kena paksa barulah dia naik. mama lynn pun tak larat nak memantau diorang mandi lama sangat. dapat sejam ++ tu pun kira ok.
 
cakap pasal mandi kolam ni , kalau g holiday + hotel tempat menginap tu ada kolam renang mesti mama lynn nak mandi kolam. even tak lah pandai berenang tapi rasa puas berendam. sesekali boleh buat aktiviti menyelam dan berenang gaya orang tak berapa pandai. hehe yang pasti energy diri cepat je hilang.
 
insya Allah, next time nak bawak lagi afif dan aqeel mandi kolam. lepas ni nak carikan pelampung untuk afif. kira dengan pelampung more secure untuk dia mandi. kalau tak mata mama lynn ni setiap masa memerhatikan dia. risau takut lemas + afif baru 3 tahun je. bukan la pandai nak mandi kolam ni. lainlah aqeel yang dah pandai buat aksi dalam air.
 
:: jom intai gambar anak-anak buah mama lynn yang sangat seronok dapat mandi kolam :: 
 








♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. hiii bestnya dapat berenang..lama nya xberenang ni..

    ps: kak ..cantiknya blog...hihkkk lama jue xdtg kan...awesome

    ReplyDelete
  2. syoknye mandi kolam, beslah budak2 ni kn =)

    ReplyDelete
  3. jue jaynee : pasni ley la g swimming, kat kolam renang ke sungai ke laut ke... thanks utk pujian ttg blog akak ni... hehe surprise tak. hasil kerja tgn aida omar mmg terbaek

    norshahfeza : yupp.. seronok sgt siorg berddua sampai tak nak naik

    ReplyDelete
  4. Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Sunway, Alam Sentral, Kota Kemuning, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    p/s: perkhidmatan sewa harian juga disediakan

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar