Followers

Wednesday, December 5, 2012

kenapa mama lynn kurang bersemangat ?

rindu kat blog tapi takde cerita menarik yang dapat mama lynn updated. dah la dengan selera pulak berubah. mama lynn jadi berselera untuk makan lately ni. hilang kejap diet.. issshh kenapa la dengan diri ni. emosi pun macam feel tak best je even depan orang lain senyuman tu boleh meleret-leret.
 
kenapa mama lynn kurang ada semangat dis week ?
 
pertama
mama lynn diarahkan untuk tidak lagi menjaga aduan jabatan. ekceli mama lynn cukup enjoy ngan kerja mama lynn ni tetapi memandangkan bos nak pantau aduan dengan lebih dekat, dia request bahagian pentadbiran yang jaga aduan jabatan. ni pun masih menunggu hitam putih (memo). even sedih mama lynn terima dengan hati terbuka. kalau membabitkan kerja kena jugak la merelakan. insya Allah lepas ni boleh la mama lynn bantu kerja-kerja di bahagian jalan. kalau tak sebelum ni hanya kak faezah (rakan seunit) yang buat sorang kerja-kerja perkeranian bahagian jalan. urmmm need to start from zero. tapi dengan pengalaman menanggung kerja kak faezah 2 bulan sebelum ni insya Allah mama lynn boleh lakukan.
 
kedua
boleh plak ada sorang makcik ni gtahu yang mama lynn kena tukar jabatan dari jabatan kewangan ke jabatan kejuruteraan atas permintaan sorang hamba Allah ni. alasannya dia tak suka ngan mama lynn dan dia mintak tolong someone untuk tukarkan mama lynn ke jabatan lain. bila fikir balik kenapa la ada manusia macam ni. benda dah lepas tapi bila timbul cerita kurang senang macam ni rasa terkilan. kita ni punya lah ikhlas dengan semua even kadang-kadang mulut ni pun lancang tapi mama lynn tak pernah rasa nak menganiya orang lain. urmm takpelah mama lynn rasa dah cukup gembira dengan position mama lynn di jabatan kejuruteraan ni. mama lynn tak suka nak jadi berat sebelah kat mana-mana pihak. kat sini mama lynn rasa mama lynn lebih suka untuk bersendiri. means takde la nak ada bff nak ke hulu ke hilir. sekali sekala tu ok tapi takut bila terlalu rapat dengan seseorang the end hubungan tu berkecai. mama lynn rasa kalau orang nak bercakap benda buruk tentang diri ni pun lantak lah. mama lynn tak kisah cos yang tanggung dosa orang tu, bukan diri ni.
 
ketiga
kulit mama lynn lately ni sensitif sikit. ni kelmarin kena gigit nyamuk terus jadi bengkak kat lengan ngan jari. kadang-kadang rasa gatal je. mama lynn just sapu ngan calamine cream cos itu je ubat yang ada. nak je jumpa doktor kenapa jadi macam ni. dah la gatal-gatal yang mama lynn kena dalam bas haritu ada tinggalkan parut kat lengan. sabar...sabar ..
 
 
hope hari-hari mendatang membolehkan diri ni untuk tersenyum. penat kot nak rasa sedih-sedih, moody macam ni. tak best pun rasa cos takut-takut jugak bila takde mood tempias katorang keliling. mama lynn ni bukanlah perfect sangat. moga Allah memberikan rasa sabar untuk diri ni. insya Allah. mama lynn nak share cerita yang best-best je kalau diizinkan. =) tak nak orang bosan bila singgah sini.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. sabar je lah mama..semoga segala kesulitan yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya ok..=)

    ReplyDelete
  2. Sabar mama lynn..mmg dah suasana kerje dimana2 pun sama.. nama pun manusia kan.. xde yg sempurna.. kdg baik depan kita tapi belakang nauzubillah.. hanya Allah je lah yg tahu.. anggap lah itu semua sebagai ujian.. dan setiap ujian yg Allah beri tu menunjukkan Dia sayang dengan kita.. semoga harini mama lynn terus ceria ye.. saya doakan yg terbaik buat mama lynn (^___^)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah...moga Mama Lynn terus tabah dlm mengharungi liku2 hidup... kadang2 kita ni ada pasang surutnya kan.. apa pun teruskan hidup dgn senyuman... chaiyok2 Mama lynn ;)

    ReplyDelete
  4. marlia marble : thanks tau.. moga2 mcm tu lah hendaknya. kehidupan ni kt kena tempuh even pahit r manis


    iena_gie : alhamdulillah rasa marah tu xde cuma biasalah ada sedikit rasa terkilan .. lagi2 bila cerita ni timbul setelah setahun lebih sy keluar dr jabatan lama tu.. urmmm takpelah sy jadikan semua ni sebagai pengajaran dalam kehidupan ni

    atie : thanks.... sangat happy bila ada sahabat blogger yg sgt support sy dari blkang + sentiasa mbuat sy fikir lebih positif

    ReplyDelete
  5. sabar ye lynn... baca yg kedua tu rs mcm nape lh dorg ni sampai camtu sekali kn... pelik

    ReplyDelete
  6. intan : ina, takpelah... sy sedar sy pun penah buat salah tp apa yg hamba Allah tu buat perit utk sy ingat. mujurlah skrg da tak perlu nak berdepan ngan dia...

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar