Followers

Friday, December 7, 2012

bertemu dengan kak long ( pembuat durian crepe)


malam tadi mama lynn ke taman meru indah, meru untuk ambil durian crepe yang rakan sepejabat order. kali ni mama lynn ambil 11 pack. malas nak ambil order banyak-banyak cos rasa susah lak nanti nak bawak ke pejabat.

sebelum 8.15 malam mama lynn dah gerak ke rumah kak long. melilau jugak nak cari rumah dia cos ni first time mama lynn nak ke rumah dia. kalau tak sebelum ni mama lynn mintak adik ipar kak long (atie daut) deliver terus ke mbsa. mama lynn lepak kat rumah kak long sampai dekat pukul 10.00 malam. sementara menunggu kak long siapkan order mama lynn kami berbual panjang.

bukan setakat ambil durian crepe je tetapi kak long sempat menurunkan ilmu cara membuat kulit durian crepe. cara nak putar creme. kiranya mama lynn sempat la tengok cara-cara membungkus durian crepe tu. kak long memang tak kedekut ilmu. selamba je dia cerita ngan mama lynn. siap bagi resepi lagi. pasni ingat nak try buat sendiri. kalau jadi manalah tahu boleh jual sendiri kan.

mama lynn sangat seronok bertemu kak long. kak long memang rajin bercerita. even itu pengalaman pertama bersua muka dengan kak long terasa macam dah lama je kenal. kak long sedang dalam rawatan stage awal bagi kanser payudara. kak long nampak begitu tabah dan kuat dengan dugaan Allah. di wajah kak long langsung tak nampak yang dia sedang bertarung dengan kanser. mama lynn rasa timbul satu kekuatan dalam diri ini juga bila melihat kuatnya semangat kak long. dia tetap dengan gaya yang bersahaja dan tak nampak macam sakit pun.

kak long pesan amalkan solat dhuha. jangan tinggal solat dan buat amalan-amalan keagamaan. jujur mama lynn nak jadi seperti kak long yang punya semangat yang kuat. melihat kak long seperti memberikan inspirasi buat diri ini. ya... Allah beri nikmat pada kita tetapi dalam nikmat tu ada ujian. mampukah kita kuat untuk menghadapi ujian itu. seharusnya kita menjadi lebih kuat. insya Allah, yang paling penting jangan sesekali kita melupakan Dia.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. semoga kak long tabah dalam menghadapi ujian..terkenang arwah ibu..('-')

    ReplyDelete
  2. maaf klu entri ni buat awk sedih.. yup moga kak long tabah dan kuat

    ReplyDelete
  3. Aida tak pernah lagi rasa durian crepe nie.. tapi tahu dah cara nak buatnya.. nanti dapat gaji ingat nak buat sendiri. hehe.. Moga kak long tabah menghadapi dugaan dari Allah dan moga kak long cepat2 sembuh dari sakitnya..

    ReplyDelete
  4. aida : ye ke, pasni ley la buat sendiri kan.... akak nak try buat tp modal dia mula2 tu byk gak barang nk beli.. kena tunggu gaji la

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar