Followers

Friday, December 21, 2012

happy holiday

hari terakhir bekerja sebelum bercuti panjang. in sha Allah esok (sabtu) mama lynn akan bertolak pulang ke sedim, kulim. mama lynn akan naiki bas era mesra pada jam 2.00 petang dari stesen bas klang sentral ke kulim. sangat teruja untuk bercuti panjang. dapat lah melarikan diri dari kerja untuk seminggu.

kebiasaannya mama lynn akan pulang ke sedim pada jumaat malam sabtu tetapi kali ni terpaksa ambil bas pada petang sabtu. tu pun sebab mama lynn tak booking tiket awal-awal. kebetulan 25hb nanti cuti umum, tiket bas cepat je habis.

susah hati jugak even nak bercuti cos SKT masih belum dilengkapkan lagi. tu pun kerana sistem HRMIS yang tengah down sekarang ni. mama lynn dimaklumkan yang bahagian HR akan edarkan borang untuk diisi secara manual. tetapi sehingga sekarang borang SKT masih belum diterima. urmm a bit risau cos kalau borang tu diedar minggu hadapan, macam mana mama lynn nak isi. mama lynn kurang setuju bila SKT nak kena key ini by sistem. rasa melambatkan lagi proses adalah. memang teknologi tu penting tetapi ada perkara yang kita tak boleh praktiskan dengan teknologi.

berbalik pada cuti, mujur jugalah mama lynn balik esok cos malam ni kan ada MAHARAJA LAWAK MEGA. sebagai penyokong tegar JOZAN, mama lynn sebolehnya tak nak terlepas menonton. persembahan JOZAN memang terbaek. tak sabar nak tunggu malam. even program ni diadakan di MBSA iaitu lokasi mama lynn bekerja namun untuk menonton terus dari auditorium tu masih belum berkesempatan. malas nak bersesak-sesak sebenarnya + tengok dari TV lagi puas cos dapat tatap wajah diorang dari dekat. chaiyok JOZAN. both of you are the best.

en suami .... tak sabar nak spend masa sama-sama. get my old life back. miss that moment la sayang. bila tinggal berjauhan ni , asyik jadi perindu je lah + rumah pun sunyi. in sha Allah untuk seminggu ni takkan sayang persiakan. moga semuanya berjalan lancar. amin. 

untuk kawan-kawan blogger, mama lynn akan ambil leave jugak dari blogging. in sha Allah, balik sini semula mama lynn akan kembali dengan entri-entri baru. selamat bercuti juga buat kawan-kawan yang akan menghabiskan cuti tahunan korang. tak care. luv ya....

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

happy birthday sahabat

 19 disember lepas sempat mama lynn dan kawan-kawan pejabat meraikan sambutan hari lahir sahabat kami iaitu  haidir azhar dan faezah yang kebetulan jatuh pada hari yang sama iaitu 18 disember 2012. kami celebrate lambat sehari, kiranya last minute plan. buat sedikit collection then beli kek di secret recepie.

"happy birthday to both of you. moga dipermudahkan kehidupan kamu berdua sehari-hari disamping pasangan dan anak masing-masing. in sha Allah ". 

hilang diet mama lynn bila jumpa choc indulgence. sangat yummy. bukan selalu dapat makan kek secret recepie ni. mama lynn bukan lah addict sangat ngan kek tapi bila dah ada depan mata, memang akan makan dan makan.

:: pic on the day ::

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, December 20, 2012

sahabat baru mama lynn

kalau dulu mama lynn sekadar mengamalkan tea mix HL. sekarang ni mama lynn dah ada sahabat baru. felinna beauty inch loss lotion & vitamin c. wahhh sangat la nak menitik beratkan soal kecantikan sekarang ni kan.
 
2 sahabat baru mama lynn ni merupakan 2 produk suka ramai sekarang ni. alhamdulillah bulan ni ada extra bajet so mama lynn gagahkan diri jugak berbelanja lebih untuk kesihatan diri. both produk ada kelebihan masing-masing.
 
nak kurus + nak cantik so gabungan 2 produk suka ramai ni in sha Allah dapat merealisasikan impian semua. tetapi... kena la ada usaha jugak kan. jangan beli sahaja tapi tak guna. chaiyok!! semoga sahabat baru mama lynn ni dapat membantu mama lynn dari soal kesihatan dan kecantikan diri. tahun depan dah nak masuk 3 series, tak nak la nampak tua dari usia.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 32

"smile !! and the whole world smile with you !! "

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, December 19, 2012

wordless wednesday 37

abu yazli + azlina = yazlynn

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, December 18, 2012

melayan mimpi

pernah tak korang mimpikan sesuatu yang indah. rasa nak bawa apa yang korang mimpikan tu ke alam realiti ? mama lynn cukup terusik dengan mimpi indah yang mama lynn lalui malam tadi. mimpi sebelum subuh. urmmm mungkin juga mainan syaitan tetapi mimpi tetap mimpi. sekadar mainan tidur.
 
baru-baru ni baru mama lynn ketahui berkenaan mimpikan ular ada kaitan dengan perbuatan sihir. mama lynn akui pernah bermimpikan tentang ular sebelum ni. tetapi mama lynn tidak begitu jelas kesahihahnya. bila fikirkan tentang tafsir mimpi yang seorang sahabat maklumkan pada diri ni, rasa gusar dan takut bersarang dalam diri. moga Allah menjauhkan segala keburukan dari diri ini.
 
wanita berkahwin seperti mama lynn tetapi masih belum dikurniakan zuriat, bila mimpikan bersalin, dapat anak seolah berada di alam realiti. bila tersedar dari tidur mula lah rasa sebak tu datang. tetapi mimpi yang sebentar itu cukup mengujakan dan sedikit sebanyak mengubat kelukaan diri.
 
mama lynn tak kata kita tak boleh percaya 100% pada mimpi. mimpi mainan tidur tetapi ada juga manusia yang dikurniakan Allah petunjuk melalui mimpi. pesanan mama lynn untuk semua jika takut bermimpi yang buruk-buruk, sebelum tidur tu ambil lah wuduk dan jangan lupa baca doa sebelum tidur dan ayatul kursi. in sya Allah tidur anda kan lena.
 
p/s : mimpi, mimpi indah sungguh malam tadi =)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Saturday, December 15, 2012

BEUTSKIN ESSENCE & SNE CAPSULE

MENAKJUBKAN!!!!!! CEPAT2 JANGAN LEPASKAN PELUANG. KEAHLIAN&PENGHANTARAN PERCUMA

1 KOTAK BE = (60 BIJI ) = RM206.FREE POST&AHLI
2 KOTAK BE = RM406 FREE POST&AHLI
TRIAL PACK BE (30 BIJI )=RM110(FREE POST)
...
SNE CAPSULE(1KOTAK)+ BE(1KOTAK) RM 386, FREE POST&AHLI...
TRIAL PACK 30BIJI SNE+30BIJI BE = RM200 FREE AHLI&POSTAGE

untuk Kulit Lebih Cerah, Mulus, Gebu dan Awet Muda selalu.. Efektif, Selamat dan Tanpa Sebarang Keraguan..

 5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR.
1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan
3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan
4. Metabolik - Metabolisma stabil
5. Anti-Pengoksidaan - awet muda
6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara.

Beutskin Essence
* Antara artis yg mengamalkan BE ini ialah Adira AF, Isma AF, Saida AF (Kakak Dato Siti) dan Rozie (Kakak ipar Dato Siti) , Heliza Helmi, Khai AF, Zul Fazli (jurumekap artis) dan lain2 lagi...

500mg x 60 capsules
No.Pendaftaran KKM: MAL08031430TR

HALAL
Boleh: Diambil seawal umur 13 tahun
Tidak Boleh: Wanita mengandung
 Cara makan: 2 biji sehari (sblm tidur) & 2 kapsul ( selepas bangun tidur)
: 4 biji sehari (siang & malam)
Tiada pantang larang, tiada kesan yg merbahaya, tidak merosakkan buah pinggang, selamat diambil dan jika mengambil sebarang supplement hendaklah makan 1jam sebelum makan supplement/mkn (Diambil semasa perut kosong)

UNTUK PERTANYAAN &BTEMPAHAN SILA INBOX ATAU :

 SMS :01796666468, 01119407848, 0199241984
WHATSAPP:01119407848
FB: virgo84_jue@yahoo.com
FANPAGE: Beautskin Essence ( Stokist Kelantan )

 STOKIST DI SERATA MALAYSIA. BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA..

NO BANK A/C BANK UNTUK URUSAN PEMBAYARAN:

MAYBANK : 103052050297 (KHAIRUL HAFIZAN BIN MOHD ZAHARI)

CIMB : 03040079541525 (JURAIDAH BINTI MOHAMAD AMIN)

BSN : 03004-41-00001136-0 (JURAIDAH BINTI MOHAMAD AMIN)

RHB : 1-18076-0001660-6 (KHAIRUL HAFIZAN BIN MOHD ZAHARI

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

bila dah mula tulis entri

nak menulis tapi takde idea. hahah pening la nak pikir apa entri menarik yang mama lynn nak kongsikan bersama-sama rakan blogger dan semua pembaca. mama lynn tak nak cerita pasal gosip artis atau cerita-cerita yang terlalu sensasi. blog mama lynn memang 100 % tak berkaitan dengan dunia hiburan. kalau cari berita tentang gossip artis kat sini memang susah sangat la nak jumpa.
 
hari ni mama lynn datang jugak ke pejabat. buat overtime cos ada kerja yang perlu mama lynn selesaikan sebelum isnin. isnin ni mama lynn kena jaga kaunter jabatan. dalam sebulan adalah 2x mama lynn kena jaga kaunter. tak susah mana pun bertugas di kaunter.
 
di jabatan mama lynn ni kebanyakan yang datang samada nak hantar permohonan, semak pelan, discussion ngan TA atau technician. petugas kaunter hanya perlu telefon TA atau technician untuk berhubung dengan public. selebihnya hanya merekod surat dan membuat pengesahan terima surat samada dari luar atau dalam pejabat. bila turn kena jaga kaunter ni lah rasa lapang kejap. dapat jugak berehat dari kerja pejabat.
 
hari cuti macam ni bukan mama lynn tak suka berehat di rumah tetapi memandangkan en suami jauh, rasa bosan bila tinggal sendiri. sebab tu mama lynn lebih suka habiskan waktu cuti macam ni di pejabat. dapat jugak siapkan kerja + tak la sunyi sendirian di rumah. urmm insya Allah jumaat depan mama lynn akan pulang ke kampung dan bercuti selama seminggu di sana. setiap hari asyik menghitung masa supaya cepat berlalu. hati ni dah terlalu rindukan en suami. dapatlah spend masa yang lama bersama suami dan keluarga. insya Allah.
 
mama lynn tak sabar juga untuk spend masa dengan anak-anak kesayangan. rindu pada keduanya menggunung tinggi. hanya Dia sahaja yang tahu betapa kuatnya kasih sayang mama lynn pada keduanya. insya Allah kalau tiada aral mama lynn nak menziarahi teman blogger intan berlian. teruja nak jumpa ina dan kedua puterinya. ni pun tak maklumkan lagi pada ina cos takut plan awal then tak jadi. last minute nanti baru nak calling2 ina. insya Allah kalau jadi dapat lah jumpa alisha dan aqilah. actually blogger intan berlian ni menetap di sungai petani. kebetulan kakak ipar dan abang ipar mama lynn pun tinggal di sungai petani. kiranya sungai petani tak lah terlalu asing di mata mama lynn. ade jugak lah saudara mara di sana.
 
insya Allah family belah mama lynn akan bercuti ke port dickson mulai 29 disember ni. kalau tak salah mama lynn akan stay di sana sehingga 30 disember. kalau takde halangan, mama lynn akan pulang ke klang dari kulim 28hb disember dan akan tiba pagi 29hb. tengahari tu jugak akan bertolak ke port dickson. urmmm lama x bercuti dengan adik-beradik. dah tua2 macam sekarang ni takde lah excited sangat berjalan. yang penting dapat berkumpul adik-beradik dan semua pun happy.
 
takde idea nak menulis pun panjang jugak entri ni. mesti korang dah bosan nak baca. maafkanlah diri ni, mama lynn akui yang mama lynn memang suka bercerita. meleret-leret jadinya bila dah mula buka cerita ni. insya Allah minggu hadapan nak pulun dengan entri baru sebelum bercuti dari blogging. kalau tidak nanti rindunya nak blogging. nantikan entri-entri dari diri ni.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, December 14, 2012

prosperity burger kembali

baru balik dari lunch bersama kakak dan adik mama lynn yang kebetulan dari rabu lepas berkursus di pejabat pos besar shah alam. ekceli adik mama lynn merupakan staff pos malaysia di cawangan one utama shopping centre. jenuh nak pikir nak lunch kat mana, the end mama lynn ajak kakak dan adik makan kat mc donald je.

 mama lynn bukan lah tidak menyokong tindakan memboikot restoran makanan segera mc donald ni cuma kali ni selera tekak ni betul-betul teringin nak makan prosperity burger. alhamdulillah kebetulan hari ni duit ot pun dah masuk , ley la makan mahal-mahal sikit. sesekali nak jugak la makan yang sedap-sedap. set prosperity medium ni harga after tax adalah rm12.40. lunch value meals dapat jugak la berjimat. kalau tak harga 1 set dekat rm 15.00 jugak. 

pada yang teringin nak makan... tak salah rasanya makan di sana + disahkan halal pun. urmmm banyak jugak godaan dalam berusaha memboikot produk mc donald ni kan. mama lynn pun teruji jugak rupanya. pada yang tak suka dengan tindakan mama lynn, maaf mama lynn pinta. dalam hati ni tak terdetik pun nak menyokong rejim zionis.

salam kemaafan. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

comel ?? nak guling-guling lak rasa hati

 :: perbezaan dengan kaca mata & tidak berkaca mata :: 

:: komen dari adik kawan sekolah mama lynn  (zoom in untuk lebih jelas) ::

adakah wajah mama lynn dengan tidak berkaca mata adalah seperti mama lynn sekolah dulu-dulu. aisehh nak gelak guling-guling ngan komen dari dak erin ni. mama lynn masa zaman sekolah menengah berat badan tak pernah cecah 60kg. sekarang ni dah naik berpuluh kg tau. dah tentulah sangat-sangat berbeza. lagi-lagi bila ambil gambar close up muka je, bam bam je pipi tu.
kalau nak suruh mama lynn pakai contact lens memang tidak sesekali akan dipenuhi oleh mama lynn. sangat selesa dengan penampilan sekarang. takpelah kalau tak cantik pun. tak suka nak memudaratkan kesihatan dengan contact lens + mata ni sangat la sensitif. cukuplah zaman blajar kat uitm dulu dah puas melaram ngan contact lens berwarna.
tadi pun ditegur oleh seorang sahabat. "akak dah gemuk la "..... bagai kena tembakan rasanya . pedih menghiris sanubari ini. masih dalam usaha menurunkan berat badan. jujur tak pernah ada rasa putus asa. dalam masa sebulan ni memang takde perubahan yang menggembirakan cuma bila ingat pesan kakak mama lynn " ko nak berat ko naik ke atau maintain "... sedikit sebanyak tak la menggusarkan hati ni. takpe lah.. tak nak beria-ia , takut jadi bahan kutukan orang lak nanti. selesa dengan diri sendiri dan sangat-sangat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. insya Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, December 13, 2012

sifat mahmudah (terpuji)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 31

Menggemari dunia itu, akan meletihkan penggemarnya, di dunia & akhirat ,
Sedangkan zuhudkan dunia itu, akan merehatkan tuannya di dunia & akhirat ..

(Ibn. Sammak)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, December 12, 2012

rezeki datang bergolek tapi terpaksa ditolak

yummy.... sape penah makan crepe durian sila angkat tangan.. kalau korang tak angkat pun mama lynn bukan nampak. saje nak mulakan entri dengan ayat-ayat menguji diri dahulu. entri ketiga berkaitan crepe durian. huhuhu sangat la rajin kan menulis tentang makanan kudap-kudap suka ramai ni.

semalam mama lynn telah dihubungi oleh 3 orang teman yang bertanyakan tentang crepe durian. kali ni order yang mama lynn terima lebih dari 100 pcs. wahh banyak tu namun bukan rezeki mama lynn kot. bukan tak nak ambil order on behalf orang ni. cuma nak kena modalkan duit sendiri. aisehh dalam keadaan tengah bulan macam ni comfirmlah poket ni dah hampir-hampir kering. kalau 5 pcs dah rm10.00. 100 pcs dah kena dulukan rm200.00. TIDAK... tak dapat nak membantu kawan-kawan yang kepingin sangat makan crepe durian.tetapi mama lynn dah mudahkan jalan untuk diorang berhubung dengan kak shida eysha terus. mama lynn tak cukup bajet nak mendulukan untuk korang. maafkan mama lynn eh.

mama lynn bukan dealer crepe durian tapi tolong belikan untuk kawan-kawan. kalau masa tu poket ni ada isi lebih , xde masalah nak mendulukan duit sendiri tapi kalau dalam keadaan tengah bulan macam ni agak susah la. 

untuk kawan-kawan blogger yang tinggal di area klang atau shah alam boleh la contact direct ke kak shida eysha. kak shida tinggal kat taman meru indah, meru. so kalau korang tahu lokasi taman perumahan ni lagi senang untuk korang collect sendiri. mama lynn dah seminggu tak makan crepe durian. resepi pun dah ada cuma tak berkesempatan untuk buat sendiri. insya Allah nanti mama lynn nak cuba buat jugak.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, December 11, 2012

Etika Berpakaian Muslimah

terpandang gambar ni di internet. rasa adalah baik untuk dikongsikan bersama bagaimana cara yang seharusnya wanita ISLAM menutup aurat. mungkin juga kita ada berbuat kesalahan seperti gambar THIS IS NOT HIJJAB. segala kesalahan yang ada sama-sama kita perbaiki untuk kebaikan diri. insya Allah . 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

"Year End Giveaway By Cik Bunny"

lama tak ber "giveaway". hari ni mood tu dah ada so as a blogger kena la support kawan2 kan. pada yang nak join sila KLIK SINI  . kedatangan u all sangat-sangat dinanti oleh cik bunny yang shomel tu. gud luck ya...

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

suka sangat ngan rupa baru di sini

alhamdulillah , akhirnya hasil kerja tangan aida omar siap sepenuhnya semalam. puas hati sangat-sangat. the end result ni buat mama lynn tersenyum lebar. inilah design blog impian mama lynn. kalau nak design sendiri memang takde skill,so better serahkan pada yang pakar.

senang rasanya bekerjasama ngan aida omar ni. even mama lynn ni banyak sangat request, dia tetap memberi perkhidmatan yang terbaek. mama lynn suggest if korang nak tukar design blog, bolehlah minta aida omar buatkan. yang pasti tak mahal dan korang boleh bagi idea jugak. kiranya dengan idea korang tu sedikit sebanyak dapat membantu penghasilan design blog idaman korang.

design baru ni sempena nak masuk tahun baru 2013. even baru berada di hari ke sebelas di bulan disember tak salah rasanya nak guna design ni awal sikit kan. moga dengan design baru ni akan mengilhamkan entri yang lebih berkualiti dan orang pun suka nak singgah. insya Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, December 10, 2012

mandi kolam @ pusat akuatik shah alam

sabtu lepas sempat meluangkan masa membawa anak buah mama lynn ke pusat akuatik shah alam yang terletak di seksyen 13 berhampiran dengan calton hotel & pasaraya besar tesco. kebetulan kakak mama lynn perlu bertugas di pusat akuatik so mama lynn join sekali untuk memantau anak teruna kakak mama lynn mandi kolam. mama lynn bawa afif fikri sekali. saja nak dedahkan afif untuk mandi kolam. insya Allah hujung bulan ni family mama lynn nak bercuti ke PD so takde lah afif takut nak mandi dalam pool.
 
best atau tak itu hal budak-budak. mama lynn sebagai ibu saudara tumpang seronok melihat keduanya begitu gembira dapat mandi kolam. pengalaman baru untuk afif sebenarnya. sangat seronok mandi sampai tak nak naik atas. kena paksa barulah dia naik. mama lynn pun tak larat nak memantau diorang mandi lama sangat. dapat sejam ++ tu pun kira ok.
 
cakap pasal mandi kolam ni , kalau g holiday + hotel tempat menginap tu ada kolam renang mesti mama lynn nak mandi kolam. even tak lah pandai berenang tapi rasa puas berendam. sesekali boleh buat aktiviti menyelam dan berenang gaya orang tak berapa pandai. hehe yang pasti energy diri cepat je hilang.
 
insya Allah, next time nak bawak lagi afif dan aqeel mandi kolam. lepas ni nak carikan pelampung untuk afif. kira dengan pelampung more secure untuk dia mandi. kalau tak mata mama lynn ni setiap masa memerhatikan dia. risau takut lemas + afif baru 3 tahun je. bukan la pandai nak mandi kolam ni. lainlah aqeel yang dah pandai buat aksi dalam air.
 
:: jom intai gambar anak-anak buah mama lynn yang sangat seronok dapat mandi kolam :: 
 
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Saturday, December 8, 2012

dalam modifikasi

sehari dua ni blog mama lynn masih di dalam modifikasi. saja nak cari kelainan sempena tahun baru yang bakal menjelang. mama lynn masih menggunakan khidmat aida omar. sebelum ni pun memang beliau yang bantu mama lynn dalam set up apperance blog ni. hope hasil kerja aida boleh buat mama lynn tersenyum. insya Allah... thanks aida untuk kerjasama buat kali kedua kali ni. =) untuk kawan-kawan blogger nantikan perubahan di blog mama lynn nanti okey.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, December 7, 2012

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM
oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai seles
ai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.
"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.
"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"
"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.
Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"
"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.
"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.
"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.
"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.
"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.
"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]

Oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg

bertemu dengan kak long ( pembuat durian crepe)

malam tadi mama lynn ke taman meru indah, meru untuk ambil durian crepe yang rakan sepejabat order. kali ni mama lynn ambil 11 pack. malas nak ambil order banyak-banyak cos rasa susah lak nanti nak bawak ke pejabat.

sebelum 8.15 malam mama lynn dah gerak ke rumah kak long. melilau jugak nak cari rumah dia cos ni first time mama lynn nak ke rumah dia. kalau tak sebelum ni mama lynn mintak adik ipar kak long (atie daut) deliver terus ke mbsa. mama lynn lepak kat rumah kak long sampai dekat pukul 10.00 malam. sementara menunggu kak long siapkan order mama lynn kami berbual panjang.

bukan setakat ambil durian crepe je tetapi kak long sempat menurunkan ilmu cara membuat kulit durian crepe. cara nak putar creme. kiranya mama lynn sempat la tengok cara-cara membungkus durian crepe tu. kak long memang tak kedekut ilmu. selamba je dia cerita ngan mama lynn. siap bagi resepi lagi. pasni ingat nak try buat sendiri. kalau jadi manalah tahu boleh jual sendiri kan.

mama lynn sangat seronok bertemu kak long. kak long memang rajin bercerita. even itu pengalaman pertama bersua muka dengan kak long terasa macam dah lama je kenal. kak long sedang dalam rawatan stage awal bagi kanser payudara. kak long nampak begitu tabah dan kuat dengan dugaan Allah. di wajah kak long langsung tak nampak yang dia sedang bertarung dengan kanser. mama lynn rasa timbul satu kekuatan dalam diri ini juga bila melihat kuatnya semangat kak long. dia tetap dengan gaya yang bersahaja dan tak nampak macam sakit pun.

kak long pesan amalkan solat dhuha. jangan tinggal solat dan buat amalan-amalan keagamaan. jujur mama lynn nak jadi seperti kak long yang punya semangat yang kuat. melihat kak long seperti memberikan inspirasi buat diri ini. ya... Allah beri nikmat pada kita tetapi dalam nikmat tu ada ujian. mampukah kita kuat untuk menghadapi ujian itu. seharusnya kita menjadi lebih kuat. insya Allah, yang paling penting jangan sesekali kita melupakan Dia.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, December 6, 2012

dulu dan sekarang

cuba korang bandingkan wajah mama lynn 3 tahun 4 bulan 2 minggu ++ yang lepas. mama lynn rasa masa kawin dulu badan mama lynn memang giler punya kembang. ishh rasa bulat sangat-sangat. selepas 3 tahun ni lah rupa mama lynn yang terkini. tak banyak beza tang berat badan cuma muka cam kecil la sikit dari dulu-dulu.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 30

anda pun pasti boleh melakukan apa yang orang lain mampu lakukan. chaiyok !!!

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, December 5, 2012

wordless wednesday 36

p/s : melihat dia membesar satu penghargaan terindah dalam kehidupan ini
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

kenapa mama lynn kurang bersemangat ?

rindu kat blog tapi takde cerita menarik yang dapat mama lynn updated. dah la dengan selera pulak berubah. mama lynn jadi berselera untuk makan lately ni. hilang kejap diet.. issshh kenapa la dengan diri ni. emosi pun macam feel tak best je even depan orang lain senyuman tu boleh meleret-leret.
 
kenapa mama lynn kurang ada semangat dis week ?
 
pertama
mama lynn diarahkan untuk tidak lagi menjaga aduan jabatan. ekceli mama lynn cukup enjoy ngan kerja mama lynn ni tetapi memandangkan bos nak pantau aduan dengan lebih dekat, dia request bahagian pentadbiran yang jaga aduan jabatan. ni pun masih menunggu hitam putih (memo). even sedih mama lynn terima dengan hati terbuka. kalau membabitkan kerja kena jugak la merelakan. insya Allah lepas ni boleh la mama lynn bantu kerja-kerja di bahagian jalan. kalau tak sebelum ni hanya kak faezah (rakan seunit) yang buat sorang kerja-kerja perkeranian bahagian jalan. urmmm need to start from zero. tapi dengan pengalaman menanggung kerja kak faezah 2 bulan sebelum ni insya Allah mama lynn boleh lakukan.
 
kedua
boleh plak ada sorang makcik ni gtahu yang mama lynn kena tukar jabatan dari jabatan kewangan ke jabatan kejuruteraan atas permintaan sorang hamba Allah ni. alasannya dia tak suka ngan mama lynn dan dia mintak tolong someone untuk tukarkan mama lynn ke jabatan lain. bila fikir balik kenapa la ada manusia macam ni. benda dah lepas tapi bila timbul cerita kurang senang macam ni rasa terkilan. kita ni punya lah ikhlas dengan semua even kadang-kadang mulut ni pun lancang tapi mama lynn tak pernah rasa nak menganiya orang lain. urmm takpelah mama lynn rasa dah cukup gembira dengan position mama lynn di jabatan kejuruteraan ni. mama lynn tak suka nak jadi berat sebelah kat mana-mana pihak. kat sini mama lynn rasa mama lynn lebih suka untuk bersendiri. means takde la nak ada bff nak ke hulu ke hilir. sekali sekala tu ok tapi takut bila terlalu rapat dengan seseorang the end hubungan tu berkecai. mama lynn rasa kalau orang nak bercakap benda buruk tentang diri ni pun lantak lah. mama lynn tak kisah cos yang tanggung dosa orang tu, bukan diri ni.
 
ketiga
kulit mama lynn lately ni sensitif sikit. ni kelmarin kena gigit nyamuk terus jadi bengkak kat lengan ngan jari. kadang-kadang rasa gatal je. mama lynn just sapu ngan calamine cream cos itu je ubat yang ada. nak je jumpa doktor kenapa jadi macam ni. dah la gatal-gatal yang mama lynn kena dalam bas haritu ada tinggalkan parut kat lengan. sabar...sabar ..
 
hope hari-hari mendatang membolehkan diri ni untuk tersenyum. penat kot nak rasa sedih-sedih, moody macam ni. tak best pun rasa cos takut-takut jugak bila takde mood tempias katorang keliling. mama lynn ni bukanlah perfect sangat. moga Allah memberikan rasa sabar untuk diri ni. insya Allah. mama lynn nak share cerita yang best-best je kalau diizinkan. =) tak nak orang bosan bila singgah sini.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, December 3, 2012

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa) - Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
 
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
 
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:
 
 “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
 
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.
 
Firman Allah:
Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
 
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
 
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  •  
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  •  
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  •  
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  •  
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar,
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
 
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Saturday, December 1, 2012

menu balas dendam

seyes sehari dua ni mama lynn stress sangat-sangat. tu yang semalam mama lynn even da breakfast heavy meal (mee hailam) tengahari tu still lagi kuar lunch. dapat pulak KFC snack plate lupa segala masalah. berat sangat ke masalah diri ni ? hehe jangan gelakkan mama lynn pulak k. ekceli bila timbang berat kelmarin mama lynn dapati berat badan ni naik 2 kg. huh !!!!!!!!!!!! seyes sedih.
 
pasni memang nak void makan kuew tiaw atau mee. never !!! mungkin dis week 2x mama lynn ambil mee tu yang berat badan naik. mungkin juga mama lynn ada makan jajan. makan jajan pun berat boleh naik kan.
 
takpelah sesekali nak makan fast food cam KFC ni. menu lepas geram. cuma pasni kena minum teh HL banyak2. risaunya......... dalam duk ramai yang tegur badan mama lynn susut berat mama lynn boleh naik pulak. ehhh ada ke badan nampak dah kecik tapi berat tak berubah sangat ? situasi yang agak pelik kot.
 
mula-mula dulu bila orang tegur da susut la, diet ker ? masa tu pikir diorang tu perli ke puji. tetapi mama lynn akui jugak baju yang biasalah mama lynn pakai sendat dah rasa comfort bila disarung kat badan ni cuma bila berat badan naik menggelabah betul dibuatnya. mama lynn takut tak mampu kejar berat yang mama lynn impikan dalam sebulan dua lagi ni... urmmm silap sendiri kot cos still ambil carbo, tapi mama lynn tak nak la terlalu memaksa diri.
 
"untuk diri sendiri....... jangan pernah give up k. takpe ada masa lagi, tak perlu kot nak menggelabah. biarlah ambil masa janji ada usaha. ingat tu "

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar