Followers

Wednesday, November 14, 2012

tak kurus lagi ke ?

hari ni mama lynn menerima teguran berkenaan diet mama lynn yang belum menampakkan kesannya lagi. penat gak la nak susun ayat kenapa lambat badan ni nak kurus. nak buat ayat sedih takut ada yang touching la pulak. hehe sentap tak ? sabar je lah kan.
 
ya.. mama lynn mengaku sejak penurunan berat 4 kg ++ aritu lemak kat badan ni makin degil pulak nak hilang. kalau ikutkan memang la kena jauhkan diri dari mengambil makanan yang ada  karbohidrat tapi mama lynn tak mampu lah nak diet secara extreme. lagi-lagi bila da amalkan ambil bihun untuk ganti nasi. sekurang-kurangnya makanan berat mama lynn adalah bihun. cuma sesekali bila takde bihun mama lynn ambil kuew tiau . alhamdulillah sekarang dah mampu kurangkan pengambilannya.
 

menu makan malam harian
sejujurnya mama lynn masih dalam percubaan mengambil menu sihat. untuk makan malam mama lynn sekadar mengambil roti gardenia honey wholemeal 2 keping. roti ni memang sangat tinggi fibernya. mama lynn akan pastikan makan malam mama lynn adalah sebelum pukul 7.00 malam. cuma makan pada waktu pagi tu je lah yang belum fully berkhasiat. mama lynn masih mengambil bihun sebagai sarapan pagi dan kadang-kadang kuih muih. kalau pagi tak ambil heavy meals, mama lynn akan pastikan yang tengahari mama lynn mesti kena makan berat. takut lapar di malam hari nanti.
 
nak kurus tu memang ambil masa. lagi-lagi untuk orang bertubuh macam mama lynn ni. kalau badan tu berisi dengan air je mungkin lah mengambil masa yang singkat untuk kurus tetapi situasi mama lynn ni berisi dengan lemak dan daging. doa-doakanlah mama lynn jaga pantang makan. bukan senang nak jauhkan diri dari makanan yang kita suka.
 
nak kurus... tu azam mama lynn. takpelah ambil masa sekalipun. mama lynn dah lali kalau orang nak perkatakan isu ini. semua orang ada cara mereka sendiri. kalau attend kenduri atau hadir ke majlis orang sekalipun mama lynn akan cuba untuk jauhkan diri dari nasi. cuma ambil lauk pauk dan kuih muih sahaja. insya Allah mama lynn akan lebih berhati-hati untuk memilih makanan selepas ini. mama lynn nak cantik !! bukan untuk suami semata-mata tetapi untuk kesihatan yang lebih sempurna. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. mama Lyn ikut diet Atkins jugak ke? Kuatkan semangat ye. orang kata kalau berat statik, nanti turun kat saiz inci.. cuba try pakai baju yg dah tak boleh pakai

    ReplyDelete
  2. sian pulak dkt lynn..

    lynn apa kata makan ns guna beras faiza taj mahal.. beras ni mmg sesuai jika xnk naik berat,... nak diet.. sekurang2nya lynn dpt mkn ns jugak..

    family sy mkn blh turun berat badan.. abah sy dr buncit terus hilang.. hihii

    ReplyDelete
  3. insyaAllah mama lin kene displin mesti kurus nanti..nanti buat entri psl menu diet sampai trun 4kg banyak jgk tuhh..nty ima nak try jgk

    ReplyDelete
  4. heeh memg susah tau nk kurus ni kan,

    gudluck ye mamalynn=)

    ReplyDelete
  5. thanks semua yg mendoakan mama lynn. mana cadangan yg bernas akan mama lynn praktikkan tp buat masa ni mmg mama lynn tak ambil nasi. pagi2 ni sebelum g kerja mama lynn sempat timbang berat badan. terkejut tengok timbang tu menghala ke angka yg lebih rendah. alhamdulillah misi 2 bulan berdiet berhasil jugak. mama lynn dah berjaya menurunkan another 2 kg. means total 6 kg in 2 months. mungkin la perubahan pada shape badan belum ketara tapi tu lah pemangkin semangat utk terus berdiet.. wish me luck k =) hati sedikit berbunga

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar