Followers

Wednesday, November 28, 2012

Solat Sunat Isyraq

 
 
Solat sunat Isyraq ialah solat dua rakaat yang dikerjakan pada pagi hari sebaik sahaja terbit matahari di mana tingginya kira-kira 3 meter (10 kaki)pada jam antara 7.00 hingga 7.30 pagi. Solat sunat ini memberi ganjaran pahala yang besar bagi seseiapa yang menunaikannya. Sabda Rasulullah saw (maksudnya) :

"Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga naik matahari dan mengerjakan soalt dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna".

Lafaz dan niatnya :


"Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala".

a) Pada rakaat pertama, selepas membaca al-Fatihah disunatkan membaca surah al-Kafiruun hingga akhir.

b) Pada rakaat kedua pula, disunatkan membaca surah al-Ikhlas hingga akhir selepas membaca surah al-Fatihah.

Selepas memberi salam, baca doa berikut :

"Segala puji bagi Allah yang menjadikan hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakan aku rezeki yang baik pada hari ini dan jauhkan daripada aku keburukan. Ya Allah, kurniakan cahaya pada hati aku dengan nur hidayah, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sunat Isyraq bila mana kita mempunyai kelapangan, khususnya pada waktu pagi. Rebutlah peluang semasa hayat kita dikandung badan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan menuju ke akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Dan carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa".

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

7 pesanan kasih sayang:

  1. kejap2 buat kejap tinggal bab solat2 sunat ni..huhu

    ReplyDelete
  2. cikgu ma : sy pun baru tahu ttg solat sunat ni.. tu yg share kat sini jugak . insya Allah andai ada kesempatan nak jugak buat kan

    ReplyDelete
  3. bila baca ada niat nak buat...sampai waktunya...ada jer alasan untuk tak buat!

    ReplyDelete
  4. thanx kak lynn, baru twu solat sunat ni,,selalu tahu yg Dhuha tu,,=) in shaa Allah akn diamalkan

    ReplyDelete
  5. norhaizan : huhuhu sama la ngan diri ni. mmg niat nak buat tp sampai masa ... semua tertangguh tp klu kt usaha perbaiki diri insya Allah boleh buat

    norshahfeza : sama lah, mama lynn tahu solat sunat dhuha je sebelum ni. tu pun ada la buat sekali dua.... teruk kan mama lynn ni. doakan mama lynn rajin beribadah kepada Nya k

    ReplyDelete
  6. thanks kongsi lynn... malunya saya, baru tahu ada solat sunat irsyad

    ReplyDelete
  7. intan : ina, to be honest sy pun baru tahu hari ni.. dah tahu tu yg sy cepat2 share kat blog. supaya lebih ramai tahu ada solat sunat ni. insya Allah yg baik kt boleh jadikan panduan dan amalan bersama

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar