Followers

Thursday, November 15, 2012

salam maal hijrah 1434H



selamat datang 1434H. subhanallah... macam tak percaya hari ni kita berada di tanggal permulaan tahun baru . 1 Muharram 1434H. mama lynn suka sangat dengar lagu maal hijrah masa kecik-kecik dulu . sampai sekarang masih terngiang-ngiang lagi . indah sangat liriknya.


Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
 
Ulang Chorus
 
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
 
Ulang Chorus 2X
 
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
 
 
buat teman blogger .. aida omar , mama lynn mohon share kat sini jugak eh.
 
diantara peristiwa yang berlaku di dalam bulan muharram
 
 
 
sempena awal muharram ni sama-sama kita berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik. mama lynn sendiri akui ada kealpaan yang terjadi di awal muharram kali ini tapi itu bukan penamat malah menjadi kekuatan untuk diri ini lebih mendekatkan diri dengan Nya. mama lynn mahu menjadi lebih baik. sebagai  isteri, anak, sahabat, mak, mama, adik, kakak, mak lang yang lebih baik untuk orang disekeliling diri ini. 
 
mama lynn sendiri kalau dipersoalkan etika berpakaian belum betul-betul mengikut syarak. mama lynn mahu memperbaiki etika berpakaian mama lynn sekarang. macam sekarang ni mama lynn masih menyarung baju berlengan tiga suku. niat mama lynn tak mahu lagi berpakaian sebegini. bukan sekadar dalam berpakaian semata-mata  tetapi mama lynn mahu perbaiki segala kelemahan diri yang ada. mama lynn tidak mampu untuk menjadi sempurna seperti siti khadijah tetapi sekurang-kurangnya mama lynn mahu menjadi yang lebih baik dan berkualiti. insya Allah.
 
salam maal hijrah buat semua umat ISLAM. sayangi agama kita ini. hidup dengan caranya. insya Allah kita kan rasa nikmat bahagia. insya ALLAH.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

9 pesanan kasih sayang:

  1. Salam Maal Hijrah buat Mama Lyn Sekeluarga..moga2 kita menjadi insan yang lebih baik dari tahun2 sebelum nya..sama2 kita memperbaiki diri ye ..amin:)

    ReplyDelete
  2. atie : insya Allah.. moga dipermudahkanhendaknya

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah dari Fahz.semoga penghijraan tahun baru dlm islam ini memberi perubahan pd diri kita juga.Insya'Allah.. :)

    ReplyDelete
  4. salam maal hijrah kak.
    jue berhijrah juga smlm. tdo kat ruang tamu..kiikiki ayah kita renovet bilik kita

    ReplyDelete
  5. nice sharing mama lynn=)

    lagu tu dulu time sekolah wajib de psembhn nasyid,,memori=)

    ReplyDelete
  6. fahz : insya Allah moga2 mcm tu la kan

    jue : hahaa saje nk buat akak gelak. lawak sungguh kamu ni

    ReplyDelete
  7. Salam Maal hijrah!!Semoga kita menjadi lebih baik!!

    ReplyDelete
  8. salam maal hijrah utk lynn n mg impian lynn tu termkbul

    ReplyDelete
  9. intan : insya Allah, mudah -mudahan segalanya dipermudahkan

    hanif : saam maal hijarah jugak =)

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar