Followers

Tuesday, November 27, 2012

sahabat

memiliki sahabat baik menjadi idaman semua insan di bumi Allah ini tetapi bukan semua orang bertuah untuk didampingi sahabat yang sudi bersama-sama dengan kita susah atau senang. mungkin sahabat tatkala gembira ramai bilangannya tetapi adakah mereka masih bersama kita tatkala duka.

dalam usia 29 tahun 4 bulan 1 minggu dan 5 hari ni mama lynn dah merasa bertemu dengan pelbagai ragam manusia. ada yang sempurna sebagai sahabat dan ada juga yang bersahabat kerna mengkehendaki sesuatu daripada diri kita atau lebih dikenali dengan frasa"ada udang disebalik batu". dari mama lynn di sekolah, universiti dan di tempat kerja rasanya terlalu banyak peristiwa pahit manis bersama sahabat.
 
mama lynn bukanlah insan bertuah yang memiliki sahabat karib yang ramai. boleh dikira siapa yang betul-betul ada tatkala diri ini diuji dengan perit jerih kehidupan. tak mahu menuding jari pada sesiapa cuma sedikit sebanyak ia mengajar diri ini lebih berhati-hati dalam memilih sahabat.
 
mungkin juga apa yang berlaku atas kesilapan dan kekurangan diri ini. ya, tak dapat dinafikan mama lynn juga bukanlah seorang sahabat yang baik. mungkin atas dasar itu juga sahabat mama lynn cepat-cepat melarikan diri. mungkin dahulu mama lynn terlalu sensitif  dan cepat melenting apabila diusik tetapi itu diri mama lynn yang dulu. kekurangan itu cuba mama lynn perbaiki. mama lynn bukan seorang yang sempurna tetapi mama lynn masih mahu berusaha memperbaiki diri.

mama lynn juga pernah ditikam dari belakang oleh insan yang bergelar sahabat tetapi layakkah orang seperti ini digelar sahabat ?  keaiban diri mama lynn dijaja dan kadangkala kekurangan diri mama lynn dipersenda. sedar tak sedar mereka sebenarnya membuka aib mereka sendiri. bila difikirkan balik apa yang pernah dilalui rasanya terlalu pahit dan perit. hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui rahsia hati ini.
 
memaafkan kesalahan orang lain adalah permulaan untuk hidup yang lebih sejahtera. sekarang mama lynn lebih suka bersikap terbuka dalam bersahabat. serik mahu ada kawan baik yang berkepit dengan diri ini selalu. lebih baik bersikap terbuka dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja. mama lynn tak mahu terikat dengan seorang sahaja. biar berkawan sama rata kerana bila kita terlalu rapat dengan seseorang hati kita kan lebih cepat terasa bila dikhianati.
 
"terima kasih buat sahabat-sahabat yang masih ada bersama dengan diri ini tatkala susah dan senang. paling mama lynn hargai adalah kerelaan anda semua menghulurkan bantuan ketika mama lynn dihimpit kesusahan. mama lynn tak kan pernah lupakan jasa kalian. hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. sahabat hatiku. insya Allah sampai bila-bila pun kalian kan berada di hati ini. "

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

10 pesanan kasih sayang:

  1. kak lynn, sekarang susah nk cari sahabat yg betol2 mcm sahabat,,yg nk ambik kesempatan ats kelebihan kite pon ramai,,

    ReplyDelete
  2. norshahfeza : tu lah , mmg susah kot nak jmp sahabat yg berkualiti tp kita pun kena gandakan usaha utk jadi sahabat yg baik jugak kan


    p/s : klu dikira amik kesempatan pd diri ni takde apa pun yg istimewa atau terlebih

    ReplyDelete
  3. Rasanya tidak salah memiliki seorang sahabat rapat, tapi dia dan kita harus tahu batasan keakraban itu.
    bila dah beranak pinak ni, kak zan pun memang tsk ada bff...mana ada masa nak berkepit dgn bff kalau urusan rumahtangga tidak pernah berkesudahan tapi bila ada waktu senggang, melepak di tepi tsman bersama beberapa org teman sangat menyeronokkan!

    ReplyDelete
  4. sebenarnya kepahitan bersahabat tu adalah satu dr proses pembelajaran kita dalam kehidupan,mama lyn...

    ReplyDelete
  5. zaman skrg ni,xde dah kot shabat..tgl 2,3 kerat je

    ReplyDelete
  6. norhaizan : sgt setuju... + klu da kawin ni nak spend masa ngna kwn da x boleh sgt mcm waktu kt bujang.. hehe tp sesekali bersua dan spend masa ngan bff mmg best dan menghiburkan

    mumme : insya Allah yg baik dijadikan pengajaran yg buruk tu kt ambil jadikan sempadan

    farisha : yg tinggal 2-3 kerat tu la kt kena hargai kan

    ReplyDelete
  7. Mama Lynn..
    sy pun pernah melalui saat2 itu..
    memang tak dapat di nafikan susah nak cari sahabat susah senang.. ada tu kdg2 nampak baik di depan tapi di belakang sibuk menceritakan keburukan kita.. apa pun berhati2 dlm memilih sahabat.. moga bertemu dgn sahabt yg betul2 sejati...amin...:)

    ReplyDelete
  8. Itulah lumrah bila bersahabat....saya pun tak dikurniakan mempunyai ramai sahabat yang baik...
    But that life..betul tak...

    ReplyDelete
  9. suka baca entry sis.. sahabat nie susah nak kata kan sis? ada yang suka berkawan dengan kita hanya lepas kan kebosanan dia.. kemarahan dia, kebosanan dia.. kadang2 rasa macam malas nak ambik port sangat.. huhu

    ReplyDelete
  10. atie : urmm kadang2 rasa serik utk terlalu rapat ngan org. the end salah kt yang dia nampak tapi salah sendiri langsung tak nak kaji

    hanif : betul betul betul =) takpelah yang penting kita sendiri kena didik diri kt utk mjadi sahabat yg baik

    aida : thanks dear, bukan istimewa pun entri kat sini. sekadar luahan rasa hati.. lately ni terasa ngan kawan2 rapat. ntah lah

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar