Followers

Tuesday, November 13, 2012

rindu kat anak-anak

lama tak bercerita tentang anak-anak mama lynn di kampung tu. last mama lynn jumpa diorang adalah pada awal oktober yang lepas. kiranya mama lynn balik kampung 28 september sehingga 2 oktober 2012 yang lepas. ini bermakna dah 42 hari mama lynn tak berjumpa dengan keduanya. "rindu betul mak pada adik ngan along"  .

kalau diikutkan raya haji lepas (raya kedua) mama lynn ada pulang ke sedim tetapi masa tu anak-anak mama lynn pulang ke kampung sebelah mama mereka di thailand untuk menyambut aidiladha. to be fair, aidiladha lepas kami bertiga (ayah , mama dan mak ) raya di rumah keluarga masing-masing cuma bila dah ikut family pulang ke grik (kg belah mak mama lynn) , kesempatan yang ada digunakan untuk pulang ke sedim. dapat la bermalam semalam di sedim sebelum bertolak pulang ke shah alam semula cos isnin tu mama lynn bekerja.
 
jarang-jarang sekali lama x berjumpa dengan anak-anak. mahu balik sabtu ni adik lari-lari kejap dari mak dia ni. to be honest mama lynn sangat-sangat merindui keduanya terutama adik (nurul diana). we both close sangat bila berjumpa. semua ahli keluarga pun sedia maklum betapa kasihnya mama lynn pada kedua anak-anak mama lynn ni. rindu sangat nak dengar along ngan adik panggil "mak". hope tiada rasa janggal antara kami tetapi kerisauan tetap bertandang di hati. mungkin makan masa nak ambil hati adik nanti. "adik, jangan pernah lupa pada mak tau" .

gambar hujung september lepas

insya Allah petang ni mama lynn nak beli tiket pulang ke sana. kalau diikutkan perancangan asal mama lynn nak balik kampung jumaat lepas tetapi memadangkan ada rezeki lain yang datang mama lynn tangguhkan ke minggu ini. sangat berdbar-debar bila nak balik kampung. bukan rindu nak jumpa en suami semata-mata tapi rindu nak tatap wajah anak-anak jugak.

"adik dan along, tunggu mak eh sayang. kalau mak telefon tu susah sangat nak bercakap kan. takpe mak paham anak-anak mak.  kita jumpa sabtu ni  tau. " 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. alala...rindu rasanya bila anak xsebut `mak` dlm sehari kan?

    ReplyDelete
  2. semoga selamat pulang dan dapat jumpa anak-anak yang dirindui tu... ^_^ happy untuk akak sebab nak jumpa anak-anak...

    ReplyDelete
  3. ismi iman : sangat rindu. x puas klu dgr kat telefon + kat phone ckp pun nak tak nak

    farahwaheda : insya Allah moga dipermudahkan pertemuan tu nanti. rindu betul kat keduanya

    ReplyDelete
  4. mesti lynn xsabar2 nak tunggu hari sabtu kan.. :-) blh lpskan rindu...

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar