Followers

Thursday, November 15, 2012

motivasi untuk kurus



semalam baru je mama lynn bercerita tentang kritikan dari seorang teman mengenai diet mama lynn.  dia ada mengatakan yang tiada perubahan pun yang ada selepas mama lynn berdiet dalam tempoh 2 bulan ni. mama lynn tak marah pun cuma macam terkilan lah jugak. takpe ..satu motivasi diri kan.
 
pagi ni sempat menimbang berat sebelum bertolak ke pejabat. yeahhh dah kehilangan another 2 kg. means mama lynn dah berjaya kurangkan berat 6 kg dalam tempoh 2 bulan. macam tak percaya pulak. mama lynn sampai mintak tolong kat adik tengokkan angka kat penimbang tu. terasa bermimpikah daku ini ?

mungkin lah perubahan bentuk badan belum ada tetapi secara faktanya berat mama lynn dah berjaya juga dikurangkan lagi 2 kg. rasa macam excited sangat. lepas ni makin berdisiplinlah diri ini untuk mengawal pemakanan.
 
oh ya.. di entri lepas ada yang bertanyakan menu makan mama lynn sehingga boleh kurangkan 4kg  (pembetulan dah 6kg sebenarnya tau) . takde rahsia besar pun. ekceli mama lynn kena berusaha lebih lagi untuk dapatkan bentuk badan masa berumur 18 tahun dulu. mama lynn masih ada target yang mama lynn kena kejar.

apa yang mama lynn makan dalam sehari tu ?

pagi
wajib ambil sarapan. lately ni mama lynn memang ambil heavy meals utk makan pagi. kalau tak ambil heavy meals pagi mama lynn akan makan tengahari. biasanya mama lynn akan ambil bihun goreng. kalau dah takde choice baru makan kuew tiaw. yang pasti mama lynn akan ambil dengan lauk pauk  jugak. kalau tak ambil heavy meals , mama lynn akan makan biskut oat crunch.
 
lunch
kalau breakfast dah heavy lunch mama lynn just makan kudap-kudap yang ringan. such as biskut oat crunch atau roti. tapi kalau tak makan berat pada waktu sarapan mama lynn akan ambil bihun. tak kisah lah bihun masak apa pun. better ambil bihun sup, more healthy cos ada sayur.
 
malam
jangan makan malam lewat dari waktunya. sekarang ni (dah seminggu mama lynn amalkan) mama lynn akan ambil 2 keping roti honey wholemeal (gardenia). sekali sekala mama lynn akan makan ayam goreng  tak pun ambil tauhu sumbat atau kuih muih. biasanya makan malam mama lynn akan ambil diantara pukul 6 petang hingga 7 malam. lepas waktu tu mama lynn akan cuba untuk berhenti dari mengambil apa-apa jenis makanan.

.............................................................................

opppssss lupa nak bagitahu , sekarang ni mama lynn amalkan minum tea mix lemon and hibiscus dari HERBALIFE . nak ambil 1 set tak mampu so mama lynn ambil teh je la. untuk minuman memang mama lynn void minuman yang bergula. kalau minum pun mama lynn akan pastikan yang gelas mama lynn tu mesti ditambah dengan air masak. dalam sehari mama lynn amalkan minum teh tu dalam kuantiti yang banyak. kalau kat pejabat dari pagi ke petang mama lynn akan minum 1 botol besar teh. kalau kat rumah pulak (malam) mama lynn akan minum 1 jug kecil. tu je lah yang mama lynn buat. kadang-kadang bila teringin nak makan fast food tu ambil la jugak. tapi tak boleh la diamalkan selalu.
 
mama lynn minta semua kawan-kawan teruskan support mama lynn untuk melangsingkan diri. tak nak la diet sekerat jalan. bukan senang kan nak kurus. ambil masa. aizat dulu pun tak makan nasi setengah tahun jugak untuk kurus. bagi masa untuk mama lynn buktikan pada semua yang mama lynn boleh lakukannya. insya Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

7 pesanan kasih sayang:

  1. wahh...tahiah...bersemangat nye dia!!!
    cayok! cayok! awk mesti bolehnye lynn..kuat kan semangat awk..moga2 dapat kembalikan bentuk badan yg awk idamkan tu yer..tak sabar nak tggu saat2 tu...mesti awk kiut miut nnti kan...

    pada sy..diet sgt mudah...sy biasa mkn berat sekali sehari..iaitu waktu pagi..ambil la nasi ke makanan goreng2 ke..selebihnya kalu lapar waktu tghr atau ptg ambil biskut, roti dan ape2 aje kecuali makanan berat..jgn biarkn perut kosong...nnti penyakit lain dtg plak..mlm mmg sy tak mkn...kalu makan pun akan ambil sayur yg byk terutama sayur hijau...mkn sayur ni pentig utk pelawasan dan untuk kulit kite...

    ReplyDelete
  2. aida pun gemuks jugak sekarang nie.. kerja banyak jadinya waktu makan tak menentu dengan tak banyak keluar peluhnya.. Mungkin tips2 mama lynn nie akan membantu aida dan insan lain yg nak turun kan berat badan secara teratur.. apa2 pun mama lynn chaiyok2.. moga mendapat badan yg diinginkan :)

    ReplyDelete
  3. ena : mudah bg org yg ada disiplin kan... sy ni sejak balik dr langkawi stok coklat byk so tetiap hari mengunyah coklah. taukut2 jugak berat naik tp alhamdulillah tak lah memberi kesan sangat cuma kena ambil tu berpada2 lah kan. wahh awk yg excited nk tengok sy kurus.. hehe tapi tu lah takut jugak semangat berkobar2 ni ilang. jgn la jd mcm tu kan. risau gak ...

    aida : takde la membantu sgt pun aida.. cuma tu je la guide yg mama lynn guna pakai. mama lynn masih dalam nk mdidik diri supaya lebih mkn sayur cuma ssh skit la.. hehe makan tu makan tp tak selalu

    ReplyDelete
  4. wahh..Tahniah Mama Lynn..moga2 nti dapat berat badan ideal ye..
    teruskan usaha..:)

    ReplyDelete
  5. atie : thanks... sy harapkan sokongan dr org sekeliling

    ReplyDelete
  6. tahniah lynn!!

    herbalie tu pun ok.. ada tgk org dh berjaya.. :-)

    lynn try tgk blog ni.. http://shilashower.blogspot.com/

    moga dia akn jd semangat utk lynn.. try godek2 gambar2 lama dia n bandingkan dgn yg skrg :-)

    ReplyDelete
  7. intan : thanks ina... ni pun baru blk dr kg. risau gak diet tak terjaga.. huhuhu tp boleh gak la jaga makan tu cuma termakan durian lebih

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar