Followers

Wednesday, November 28, 2012

mama jaga afif fikri dan aiman faliq

sabtu lepas memandangkan mood untuk OT ke laut mama lynn decide untuk menjaga dua orang anak buah kesayangan hati ni. anak adik mama lynn , ahmad firdaus. rasanya korang masih ingat lagi kan afif fikri dan aiman faliq. double AF ,same goes to daddy diorang.
 
senang atau tak menjaga keduanya serentak ?
mula-mula rasa macam putus asa jugak lah.  lagi-lagi bila aiman menangis dan dalam masa yang sama afif tak reti nak duduk diam. aiman kalau nak tidur memang akan buat perangai. jenuh jugak nak memujuknya, kalau tak kena gaya pujuk korang lak yang meraung. hik hik.. teruji keimanan mama lynn. bila dah masuk buai tu, tidurkan dia sampai dia betul-betul nyenyak baru boleh tarik nafas lega.
 
 
bila aiman dah tidur baru dapat concentrate buat kerja rumah. sambil buat kerja rumah afif tak banyak mengganggu cuma mulut dia non stop bertanya. sikit-sikit "mama, mama, mama" ... kadang terfikir jugak kenapa afif jadi suka bertanya. ada jugak kawan-kawan suggest nak void dia terlalu banyak bertanya dengan bagi balik persoalan pada diri dia. barulah dia dapat explore sikit. ape pun afif anak yang bijak. kalau merajuk tu kejap je dah ok. kalau mama lynn tercuit sikit afif sebab marahkan dia rasa bersalah sangat-sangat. tapi afif tahu mama dia ni sayang sangat kat dia. even kena marah pun dia still boleh buat selamba.
 


sambil iron baju kerja aritu , mama lynn suruh afif tidur atas katil. hehe jahat mama dia ni. kejap-kejap intai dia pejam mata tak. dah penat bermain the end tidur lena dia. dari pukul 11.30 pagi till 2.00 petang.


aiman dan afif, keduanya cinta hati mama lynn. to be honest bila lama tak jumpa dua beradik ni mula lah rindu mengetuk pintu hati ni. mungkin sebab mama lynn melihat mereka membesar depan mata.

anak-anak mama lynn jauh dari mata. mungkin sebab tu mama lynn jadi rapat dengan anak-anak saudara. kalau zahir dan diana ada kat sini dulu mama lynn memang kerap ke rumah mereka. mama lynn dah 3 tahun 4 bulan bergelar mak kepada zahir dan 2 tahun 2 bulan kepada diana. mungkin orang melihat kehidupan mama lynn ni sukar untuk difahami namun dalam segala yang tersirat tu mama lynn redha dengan ujian dari Nya. walaupun jauh dari anak-anak , keduanya bijak menilai kasih sayang mak diorang ni. mungkin suatu hari nanti mama lynn akan berpeluang merasakan nikmat melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri, namun kasih sayang untuk zahir dan diana takkan pernah padam. mereka berdua adalah tunjang kehidupan mama lynn sekarang.

kalau bercerita pasal anak ni kan dah meleret-leret. hehe tiba-tiba lak cerita afif dan aiman dicaras oleh zahir dan diana. doa mama lynn mereka membesar menjadi anak yang soleh serta solehah. insya Allah.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

8 pesanan kasih sayang:

  1. takpe kak :) satu hari nanti Allah pasti akan makbulkan doa akak :) nati ada lah rezeki akak..

    ReplyDelete
  2. iima : thanks iima cos sentiasa positifkan akak ni.. amin. moga2 Allah perkenankan impian akak ni

    ReplyDelete
  3. Kak lynn, fie ingatkan zahir dan diana tu anak kandung akak. maaf lah fie tersilpa tafsir. Maaf sanagt. Fie harap akak sabar semoga Allah percepatkan rezeki kak lynn. In shaa Allah

    ReplyDelete
  4. hehe comel jek,,kak lynn budak2 memg suke tanye kan, same cm adik saye, kalau tdur je bru senyap..

    amin,mudh2an doa akk nk dpt zuriat kabul, amin YaAllah ,,

    ReplyDelete
  5. Jaga budak2 ni memang tension ....it normal.
    Tapi saya salute warga ibu yang sabar ler...
    Serius..sebab saya nak jaga dua ketul anak aku yang umur 5 dan 9 tahun tu pun tension..hehehehe

    ReplyDelete
  6. fifie : takpe la both of them my step son & dotter. tapi to be honest dah macam anak kandung pun. keduanya sgt rapat ngan mama lynn. dulu masa mama dia deliver diana bkn ayah dia yg tgk dulu tp mak dia ni yg tgk.. hehe excited sgt

    norshahfeza : heheh time tdo je lah baru nak tgk dia senyap. afif tu bkn sekadar banyak mulut tp hyper dia pun boleh tahan jugak. klu awk jmp barulah tahu gaya dak sorang ni

    hanif : heheh kuasa Allah kan. seorang ibu boleh jaga sampai berbelas anak. tp bila ayah take over jaga anak comfirm ada yg menggelabah

    ReplyDelete
  7. seronok sebenrya bila dpt layan karenah ank2 ni... sbb dorg ni pghbur kita sbnarnya kan..

    ReplyDelete
  8. intan : hehe tau xpe. tgk diorng hati yg tadi gundah gulana terus jadi ok.. alahai rindu kat anak2

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar