Followers

Thursday, November 29, 2012

kfc time


unsure lah penah share gambar ni kat sini atau belum. gambar ni diambil di dalam restoran makanan segera KFC. ini adalah diantara cara mak saudara nak tawan hati anak saudara tersayang. KFC je dah boleh buat keduanya ceria. diorang berdua ni macam upin ipin pun ada, tengok ayam goreng terus jatuh cinta. kenyang whoaa makan ayam. sekarang ni ngan mama lynn dah tertawan dengan ayam goreng. kalau tak dapat makan KFC ayam goreng kat pasar malam pun jadi.
 
masa ni both sepupu ni balik rumah wan ngan atuk diorang. susah sangat nak suruh makan nasi. bila ditanya "nak makan KFC tak ? " cepat je jawab, "nak". semua pun maklum betapa KFC itu dapat menggoda selera kita.

tak payah nak pikir nak beli set apa. cukup sekadar set ayam 2 ketul ngan kentang putar ,sayur dan  air so dapat lah makan seketul sorang. air lak bahagi 2 (mintak cawan kecik). aqeel suka makan ngan sos tomato. sampai-sampai kat meja terus asingkan ayam sorang setul siap ngan kentang putar dan sos tomato dalam pinggan. makan dengan bersungguh-sungguh keduanya. afif pulak lebih suka meniru cara aqeel makan. dia pun turut makan ayam dengan sos tomato.
 
sabtu lepas pun mama lynn ada bawa afif ke KFC. afif ni kalau disuruh makan kadang-kadang liat jugak. hari tu sampai muntah-muntah cos lambat makan. disebabkan nak pujuk dia makan, mama lynn bawak dia makan kat KFC. ambil set nasi ayam. dapat lah mama dia ni tumpang makan ayam goreng sekali. alhamdulillah afif makan sampai habis nasi tu. berselera betul dia + dia memang kelaparan. 
 
kalau budak-budak ditanya mana lagi diorang prefer, KFC atau Mc'Donald. rasanya mungkin lebih ramai yang pilih KFC. menu KFC pun tak lah memeningkan kepala budak-budak untuk ingat dan buat pilihan. korang pulak macam mana ? KFC atau Mc Donald ?

p/s : hari ni mama lynn dah terlebih makan. so nak tak nak kena cover balik minum teh banyak-banyak. takut berat badan naik.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. mcm adik2 saye, pantang denga kfc laju jek,heheh kite suruh wat pe semua dibuat, bila dh dpt kite suroh mls,haha

    ReplyDelete
  2. norshahfeza : KFC sgt sedap kan.. hehe akak pun sgt suka kfc

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar