Followers

Thursday, November 8, 2012

cuti-cuti langkawi part 2

part 2
menyusul selepas sehari tiada sebarang entri. jujur mama lynn masih di dalam kesibukan kerja di pejabat. dengan aduan daripada penduduk shah alam yang boleh dikatakan agak banyak juga sejak musim hujan ni. kerja tetap kerja. ni pun ambil masa kejap untuk blogging + sistem aduan tengah down. jom intai-intai cerita langkawi mama lynn.
 
 
 @ gamat nusantara. 2 lagi ahli rombongan wanita yang turut serta. kak ina dan kak ana.
bergambar bersama kak ana di gamat nusantara. lupa lak nak bagitahu. kat sini merupakan destinasi lawatan kami yang pertama. kilang gamat yang agak terkenal di langkawi.

 model iklan gamat.... hehe gambar kurang cantik cos cameraman tidak memenuhi kriteria mama lynn. takpe lah janji ada jugak kenangan kan. 

sekali lagi ngan tredmark kat sini. sangatlah suka bergambar kat sini. rasa best je ada banner besar botol gamat kat blakang tu.

 diantara hasil produk gamat nusantara. mama lynn beli beli minyak gamat, balm gamat & sabun gamat. mama lynn tak borong banyak mana pun. sekadar beli untuk keperluan dan sebagai tanda mata untuk ahli keluarga.

 penghasilan gamat. seronok lak tengok diorang memasak gamat. yang ni rasanya untuk dijadikan minyak. kalau di sesetengah tempat siap boleh celup tangan dalam kuali panas tapi kat sini tak boleh buat macam tu.

 ramuan yang diguna pakai oleh gamat nusantara. mama lynn tak perasan details ramuan-ramuan dia.

 display rempah ratus gamat

 boating time.... i'm ready. ekceli petang lepas check in bilik kami terus ngan aktiviti luar. ke beras basah island dan tasik dayang bunting. bersama mama lynn ni ialah dhia, hehe antara PRA yang boleh la masuk ngan jiwa mama lynn. untuk 1st trip mama lynn duduk tepi sekali. sangat extreme la naik bot ni.

 beras basah island resort, pantai kat sini pendek je.  kawasan pun agak terhad. adelah jugak pengunjung yang bermandi-manda di kawasan ni tapi mama lynn sekadar menjadi pemerhati je. tak sesuai la.. hehe..

 another sign kat beras basah island. penatlah mamat-mamat tu melayan kerenah mama lynn yang sakan nak bergambar. tapi tulah kalau dah ke sana rugi tak ambil gambar buat kenangan.

 sandal crocodile ni la jadi peneman mama lynn + jeans baru. malas nak bawak sandal lebih. ni pun dah cukup comfort. motif nak tayang kaki yang tak cantik ni ?
 
the only woman . tak kira nak ikut jugak g pulau-pulau even semua yang join guys. tak ambil pun view kat pulau ni sangat.
 
 ada pulak private area dalam pulau kecik ni. hehe siap ada tali penghalang lagi.  harta persendirian siapa ntah.

 dah nak balik pun dari beras basah island. sekali lagi melepaskan sakan bergambar.kami nak ke destinasi idaman mama lynn selepas ni.

 
 dah sampai pun. ni lah jeti menuju ke pulau yang menempatkan tasik dayang bunting. happy sangat-sangat dapat jejakkan kaki kat sini. dah lama berangan nak sampai sini.

 nampak tak kat belakang tu ? percaya tak ? hehe silalah percaya yang mama lynn dah ke sini. masa ni cuaca ok lagi cuma bila dah nak sampai ke tanah pulau hujan turun dengan lebatnya.

 kat pondok belakang signage tu lah tempat mama lynn dan kawan-kawan berteduh sebelum ke tasik dayang bunting. masing-masing dah give up cos hujan lebat sangat tetapi atas nekad dan keinginan yang tinggi dapat juga mama lynn ke tasik tersebut.

 tasik dayang bunting. view yang cukup indah di sini. tak tergambar perasaan hati bila berada di sini. rasa hebatnya alam ciptaan Yang Maha Esa.
 
 pelantar yang disediakan agak selesa kat sini. senang juga untuk kami mengambil air tasik atau turun ke dalam tasik untuk mandi.

my turn. mama lynn berikhtiar kepada Nya. dapatlah bawak balik air tasik dayang bunting ni sebotol kecil. ada lagi baki kat rumah tu 1/4 botol. mama lynn tidaklah meletakkan kepercayaan pada kata-kata orang lama. takut jatuh syirik nanti tapi tak salah kita sebagai manusia berikhtiar.
 
 sempat lagi nak pandang kamera kan. berani jugak diri ni ambil air tasik tu. mula-mula takut jugak. the end berani lah juga.
 gambar terakhir sebelum pulang ke bilik.
 
makan malam . menu kami seafood di salah sebuah restoran yang agak terkenal di langkawi, bamboo beach restoran. destinasi terakhir untuk hari pertama di langkawi. isi perut dulu sebelum balik bilik. kalau tak mahu berlagu keroncong.

p/s :
part 3..... akan datang di sini. maaf di atas kelewatan entri. this week mama lynn masih tidak berkesempatan untuk blog walking. maaf buat semua yang singgah di sini. insya Allah ada masa nanti mama lynn akan reply semua kunjungan.
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar