Followers

Monday, November 12, 2012

cuti-cuti langkawi part 5

part 5
bagi korang cuci mata dulu =)
 
 











the end, selepas sehari tak bukak blog ada lagi kisah sambungan cerita langkawi mama lynn kan. wahh dah lebih seminggu pulang dari langkawi masih tak abis2 lagi bercerita. dah macam drama tv lak, siap ada sambungan. sekadar berkongsi untuk panduan teman-teman blogger yang ingin ke langkawi. at least dengan adanya entri bersiri ini korang akan tahu destinasi-destinasi menarik di langkawi.
 
di hari kedua di langkawi selepas je pulang dari boating tu kami sempat ke under water world .. dulu masa honeymoon tak dapat masuk so bila pergi kali ni nak jugak la tengok apa yang best kat dalam tu. kan best kalau bawak budak-budak bila datang sini. hidupan di air, mostly pameran-pameran ikan lah kan. tapi paling best adalah penguin. bukan senang nak jumpa penguin kat malaysia ni. comel sangat lah... rasa nak bawak balik pun ada.
 
mama lynn tak ambil masa yang lama kat dalam tu. setakat jalan pusing-pusing tengok indahnya ciptaan Allah SWT yang pelbagai rupa. nak shopping kat situ memang tak lah kan.. MAHAL sikit kot. destinasi seterusnya yang mama lynn tunggu-tunggu tapi ke IDAMAN SURI tu kami pergi berempat je. naik kereta sewa one of mama lynn punya penolong jurutera kat opis tu.








 
masuk je IDAMAN SURI ni jadi tak keruan dibuatnya. lebih-lebih lagi bila tengok pinggan mangkuk. kalau ikutkan hati nak lah beli set pinggan tapi bila fikir nak bawak balik pun susah , mama lynn batalkan sahaja hasrat hati. sempat lah beli kuali berpemegang leper untuk mak mama lynn. then beli senduk lauk yang kecil-kecil tu.
 
mama lynn seriau tengok orang shopping kat sini. kalau diikutkan harga-harga barang kat sini jauh lebih murah dari di tanah besar. patutlah semua orang memborong sakan. insya Allah next time mama lynn nak ke sini lagi. nak juga beli koleksi periuk dan kuali memasak untuk rumah sendiri. even tak memasak pun boleh je disimpan. so bila sesekali nak ke dapur tu rasa nak memasak tu berkobar-kobar sikit.

ekceli di hari terakhir ke langkawi pun sempat singgah lagi ke IDAMAN SURI tapi mama lynn tak shopping sangat pun. cuma beli sudu garpu untuk rumah mama lynn + sudu besi tu tebal baru rm 2.50 untuk 6 batang sudu. murah sangat kan. mama lynn beli rm 10.00 je, dapat la 18 batang sudu dan 6 garpu. (penjodoh bilangan sudu = batang  ? haha abaikan je)
 
entri langkawi part 5 ni kira ENDING kisah mama lynn bercuti di sana. hari ketiga kami sekadar buat aktiviti shopping untuk terakhir kali di pekan kuah. mama lynn rasa tak rugi join trip ke langkawi ni. paling best dapat tunaikan hasrat hati yang tak tercapai masa berhoneymoon ngan en suami dulu. korang bila lagi ? langkawi antara pulau yang tercantik di malaysia + masih lagi terpelihara keindahan alam semulajadinya. daripada berbelanja besar melancong di luar negara, tak salah kalau spend sedikit untuk melancong di langkawi. pada yang gilakan barang-barang dapur seperti pinggang mangkuk, set cawan, set tempat berlauk tu... langkawilah tempatnya. =)

cuti-cuti MALAYSIA


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. heheeh bes kan,, saye paling seram tgk ikn besar2 kt sane, takut akuarium pecah,haha da bygkan bukan2,,

    ReplyDelete
  2. fiza : hehe klu fikir mcm tu mmg sy pun rasa seram

    ReplyDelete
  3. MumMe : sama-sama.. selamat bercuti MumMe

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar