Followers

Saturday, November 10, 2012

cucti-cuti langkawi part 4

part 4
hari ni melapangkan diri untuk bercerita lagi kisah di langkawi. ingat tak cerita part 3 yang lepas . pada yang tak tahu cerita boleh singgah dahulu di entri lepas. balik je dari tempat cable car tu kami terus ke pekan kuah semula. tu pun untuk singgah makan tengahari di restoran wan thai. berdekatan dengan KAMDAR. pada sesiapa yang dah biasa dengan langkawi mesti korang tahu lokasi restoran ni. makanan orang thai memang dah biasa menjadi kegemaran orang kita. mama lynn suka dengan menu thai ala-ala kerabu tu.
 
 ternyata restoran wan thai ni banyak menerima pengiktirafan umum. siap ada sudut yang display sijil-sijil yang mereka terima.
 
 tak tertinggal di tingkat atas ada gambar pembesar thai. rasanya raja diorang lah kot.
 
 kami makan kat tingkat 2. selesa jugak makan kat sini + siap dimainkan melodi lagu-lagu thai. sangat lah felling masa tengah makan. rasa macam dah sampai thailand pulak. kebanyakkan pelayan restoran pun memang pure thai.
 
 sempat juga ambil gambar signage restoran. manalah tahu lepas ni boleh singgah sini lagi.
 
perut dah kenyang kami pun ke destinasi seterusnya. KILIM GEOFOREST PARK. kilim ni pun bolehjadi bahan ketawa kami. okeyyhh ingat ya , kilim tu bukan kulim (wahh rindu en suami) bukan juga iklim. issh korang ni suka sangat menyakat.
 
 keselamatan perlu diutamakan. lagi-lagi bila nak kena naik bot. jangan dilupa pakai jaket keselamatan. hehe siap ada kempen keselamatan lagi kat sini. pada yang berdegil tu, kalau jadi apa-apa jangan salahkan orang lain pulak.
 
 tunggu turn untuk naik bot. serious suka je tengok bot yang banyak kat sini. kalau la mama lynn ada sebuah kan best.
 
 pikca time.. yeeehaaa  nampak sangat tak kurus-kurus lagi badan tu. pakai jaket pun kemain jauh jarak nak ikatnya.
 
 hehe sempat cekak pinggang... well still me rite.
 
 on the way dah ni....sangat feel bila naik bot. nak kata takut tu adalah jugak tapi rasa sangat seronok dan excited.
 
 dah sampai dah.. berlabuh kejap untuk tengok ikan.
 
 mama lynn tak berapa kenal ikan sangat tapi kat sini ada banyak sangkar-sangkar ikan. ada diantara ikan yang pandai menyumpit. mula-mula tu tak percaya juga tapi bila dah tengok sendiri rasa , SUNGGUH INDAH CIPTAAN ALLAH.
 
 kenal tak ngan fatimah & mansor. 2 ikan pari yang ada di sini. tak sure yang ni fatimah atau mansor. bila dimaklumkan nama 2 ekor ikan pari tu fatimah dan mansor rasa nak tergelak pulak. nama mak mama lynn lak tu + mansor pulak nama adik kepada mak mama lynn.
 
 cantik view belakang tu kan..
 
 sangat la berani berdiri dekat macam tu ngan air.. hehe =)
 
 sekali korang pakai baju lebih kurang je, dhia dan afizi
 
 
 cuba perhatikan 2 gambar kat atas ni. kalau korang perasan tebing kat bawah tu macam muka budak kecil kan.
 
 
 ...dan 2 gambar ni pulak kalau diperhatikan betul-betul ada persis wajah manusia dari jarak tepi. kalau komfius yang mana satu cuba perhati yang macam ada shape hidung ngan dagu tu.
 
 
 
 yeahhh .. lokasi ni lah yang mama lynn rasa paling best. lagi2 bila dapat ambil gambat mercu tanda KILIM tu. dah sila perhatikan betul-betul kat atas tu, ada macam bentuk kura-kura tak ?
 
 
destinasi seterusnya adalah gua kelawar. kat dalam gua ni memang tak boleh nak snap gambar cos takut lampu flash akan membuatkan kelawar terjaga. takut-takut jugak nak masuk dalam ni. bukan apa manalah tahu kelawar duk terbang atas kepala. mahu meraung mama lynn nanti.

p/s : penatnya mengarang.... insya Allah part 5 akan menyusul nanti. jangan bosan dengar cerita tentang langkawi eh... =) mama lynn pasti korang pun akan turut teruja nak ke sana.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. wah! seronoknya m.lyn g jalan2 lawat langkawi =)

    ReplyDelete
  2. cik arina : nak tahu lagi lanjut ley singgah di part 1,2 & 3 pulak.. hee best holiday kat sana

    ReplyDelete
  3. amboii..cuti2 mesia yer...seronoknye
    sy baru je pergi bulan 4 aritu..tp tak singgah plak restoran wan thai tu..next time prgi nk try la

    ReplyDelete
  4. Best aih pergi Langkawi..rasa nak pergi lagi..!

    ReplyDelete
  5. sy tgk gambar yg snap dr ats bot tu, rs cam gayat.. hihi

    ReplyDelete
  6. ena : ye ke.. pasni ley la try singgah. so far makan kat situ best jugak +suasana dia pun selesa

    marlia : pergi jangan tak pergi

    intan : ina, gayat eh.. sy lak rasa best sgt2. rasa teruji diri bila naik bot tu.. sangat mencabar dan pengalaman yg cukup best

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar