Followers

Thursday, November 22, 2012

cerita sedim

 
curi-curi masa untuk blogging sebelum attend metting aduan. ada lebih kurang setengah jam je lagi. kena taip laju-laju ni.
 
sekarang ni kat sedim tengah musim durian, mama lynn punya diet lari tune sikit jugak la. bukan sebab makan nasi atau makan tak ingat dunia tapi sebab mama lynn pulun makan durian. dari hari pertama sampai hari ketiga kat sedim mama lynn asyik la melantak durian. kalau dihitung adalah lebih kurang 2 biji kot mama lynn balun. alamak, bukan tinggi kolestrol dan gula kah ?? lupa kejap diet bila durian ada depan mata. lagi-lagi fresh dari pokok.
mama lynn sampai pagi tu , en suami da request nak makan cucur durian. alahai, permintaan suami tak kan tak nak dipenuhi pulak + bukan selalu dapat layan makan minum en suami. demi suami tersayang even penat travel belum hilang, mama lynn masakkan jugak. sedap atau tak belakang kira, yang penting air tangan seorang isteri.
 
rambutan pun ada tau. meriah pokok rambutan depan rumah tu. disebabkan payah nak kait so en suami kena lah panjat. siap tebang dahan tu cos lebih senang nak kutip buah dia. jangan tak percaya ngan mama lynn sekali kena panjat tangga untuk bantu suami patahkan dahan tu. takut-takut jugak la kena panjat tangga. sebelah tangan pegang batang buluh, sebelah lagi duk tarik dahan tu. zura merangkap mama kepada anak-anak tersayang kami tolong pegang tangga kat bawah. kalau balik kampung lifestyle pun jadi macam orang kampung. rasa best sangat duduk kampung.

inilah zahir dan diana. mesti korang masih ingat kan wajah-wajah kesayangan hati mama lynn ni. mereka berdualah anak-anak mama lynn yang tersayang. balik kali ni baru sempat tengok my kid diana. boleh lak en suami g letak nama nurul nadiana najwa. tersalah tulis masa isi borang nak buat surat beranak aritu. nurul diana najwa dah jadi nurul nadiana najwa.

duduk kampung memang kerja mama lynn di dapur. jarang-jarang dapat memasak untuk suami, so bila balik kampung mama lynn akan cuba jalankan tanggungjawab mama lynn semampu boleh. ini menu hari isnin lepas. kalau kat kampung, diorang panggil daging masak lada. lada tu adalah lada hitam sebenarnya. bila masak macam ni memang rasa sedap sangat tau. tak susah mana pun, just tumis bawang merah,bawang putih dan lada hitam yang dah ditumbuk. bila naik bau tu masukkan daging. goreng kejap then masukkan air . pastu bubuh la garam dan sedikit serbuk perasa. akhir sekali masukkan cili merah dan bawang besar yang telah dihiris. sekali makan comfirm nak rasa makan lagi.

balik kali ni mama lynn kurang sihat pulak. kulit mama lynn jadi gatal-gatal. bukan kena kat kampung tapi dalam bas masa on the way pulang ke kampung  haritu. mama lynn ke klinik kesihatan karangan untuk mendapatkan rawatan. dah ada kad rawatan kat klinik tu ,next time kalau balik kampung then tak sihat boleh ke sana terus.

p/s : tak sedar entri panjang berjela pulak pagi ni.insya Allah entri akan datang ada lagi cerita tentang sedim. tapi cerita tak best lah.. sian kat mama lynn tau. tunggu je apa kisahnya nanti.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

11 pesanan kasih sayang:

  1. ok setia tggu ni mama lyn =)

    best kn kt kampung, happening jek buat tu ini =)

    ReplyDelete
  2. sedap2 cucur ngan dging tuh. daging tuh tak yah mkn ngn nasi ratah jee sekjap je sekuali boleh hbs hehe


    untung nyeee ada pkok durian

    ReplyDelete
  3. feza : tunggu jangan tak tunggu. kg mmg best.. suka suasana kg

    iima : hehe mmg sedap pun ratah. ley je klu nak ganti ngan ayam. mmg sedap tau

    jue jaynee : sedap la sgt.. hahaha

    ReplyDelete
  4. sy pun sk mkn cucur doyan :-)

    laaa gatai2 nape lak ni?.. mcm sy ni mmg dah kulit sensitif, selalu kalau gatai tu.. Ya Allah... Tuhan je tahu tahap kegatalan dia tu...

    *saya klik iklan nespray sbb geram tgk, menarik sgt iklan tu.. menyerlah je warna.. hihii

    ReplyDelete
  5. down nape lak ni lynn?.. jika lynn nak cite dkt sy, sy sudi dgr :-)

    ReplyDelete
  6. intan : tak tahu la knp ley jadi gatal2. tp mmg kulit sy ni sensitif sgt. kali ni kena hama dalam bas. sedih gak la bila berparut kat lengan ni. banyak lak tu

    ReplyDelete
  7. ni pengakuan ikhlas nih...sedey x tak pernah rasa pown cucur durian tu macam mana sebenarnya...

    occay...occay...kita tunggu cerita the next episode dari mama lynn. ^_^

    ReplyDelete
  8. waheeda : la ye ke x penah rasa. hehe next time ley la suruh mak awk buatkan tau. hehe tunggu je k. kalau mama lynn rajin cepat la updated baru kuar

    ReplyDelete
  9. wow..mmg bile mkn durian susah nk stop...cam lupa ingatan jap...hehehhe...

    ReplyDelete
  10. intan norhaida : haha tau takpe, sedap sangat + durian free. lagi lah lupe

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar