Followers

Tuesday, November 6, 2012

cuti-cuti langkawi part 1

seperti yang mama lynn janjikan. yeahhh... ada juga kelapangan masa. hari-hari mama lynn 2 hari ni sangatlah padat dengan kerja. badan pun masih kurang bertenaga dan masih rasa sakit di pergelangan tangan. keletihan dengan perjalanan yang jauh, kuala perlis - shah alam . ekceli dari semalam mama lynn dah masuk kerja even baru je sampai shah alam pukul 1.30 pagi tu. memandangkan duty mama lynn di kaunter pada hari tersebut, tak sukalah nak cuti kecemasan. tak pasal-pasal menyusahkan orang.
 
kisah langkawi ni mama lynn akan cerita by part. untuk part 1 ni biarlah mama lynn ceritakan detik perjalanan dari shah alam ke langkawi. seterusnya mama lynn nak perkenalkan lokasi mama lynn dan rakan-rakan sekerja menginap untuk 3 hari 2 malam tu.
 
kami bertolak dari shah alam, khamis malam jumaat yang lepas lebih kurang pukul 10.30 malam. perjalanan dari shah alam ke kuala perlis mengambil masa lebih kurang 7 jam. tu termasuklah dekat 3-4 kali bas berhenti rehat. pukul 5.30 pagi kami dah sampai di jeti kuala perlis. memandangkan feri ke kuah adalah pada pukul 8.15 pagi , so pagi tu agak bosan jugak lah. kebetulan ada masjid berdekatan jeti tersebut dapat lah kami menunaikan solat subuh secara berjamaah. pengalaman pertama juga melakukan solat subuh dengan sujud sajaddah. alhamdulillah rezeki kami di negeri orang.
 
selepas solat tu sempat lah juga ambil breakfast di restoran berhadapan dengan jeti kuala perlis. lebih kurang pukul 8.20 kami bertolak menaiki feri ke jeti kuah. perjalanan dari kuala perlis ke kuah lebih kurang sejam ++. mama lynn sendiri tak berapa nak ingat.

 dalam feri =)
 reah jeti kuah, langkawi
 
hanya pada waktu tengahari kami check in ke resort. untuk pengetahuan semua mama lynn dan semua ahli rombongan bermalam di aseania resort. sementara menunggu diberikan kunci bilik kami sempat makan tengahari di resort.


 baru sampai resort
 
mama lynn kira beruntung bila dapat tidur sorang-sorang atas katil kelamin ni. ekceli ahli rombongan wanita hanya 3 orang dan bilik untuk kami tu boleh memuatkan 4 orang. mama lynn request nak tidur sorang, bukan apa mama lynn ni jenis lasak di tempat tidur. takut je akak-akak tu tak selesa nanti.

katil dia tinggi, haha x cukup tinggi untuk panjat
 

kunci bilik
pandangan aseania resort dari dalam bas
kemudahan kolam renang yang cukup selesa
 
 
panjangnya entri... penat dah membebel petang-petang ni. rasanya cukuplah untuk kali ni. nanti mama lynn sambung dengan destinasi kunjungan kami pada hari pertama di langkawi. buat yang rasa gambar tu kecik sangat ley la besarkan eh.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 pesanan kasih sayang:

  1. Bestnya :-)
    Wilma teringin nak ke Langkawi :-)

    ReplyDelete
  2. aida pi langkawi dulu pasal lawatan sambil belajar tu pun terpaksa duduk di mrsm langkawi tak silap.. tmpt berhantu. haha.. tapi langkawi memang best kan mama lynn :)

    ReplyDelete
  3. wilma : huhuhu not too bad. hapenning je

    aida : hehe berhantu ke. sure seram nak titon malam kan. prasan gak mrsm kat sana.

    ummi L jom la holiday ke sana

    ReplyDelete
  4. Jika berminat melawat ke kilim geoforest Park pm or click wb www.langkawigeoparkcruise.Com

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar