Followers

Friday, November 30, 2012

menu sepanjang minggu

 
jom intai apa je makanan berat yang mama lynn ambil sepanjang minggu ni. mama lynn ni jenis ambil makanan berat waktu siang je. samada makan waktu breakfast atau lunch. minggu ni pilihan mama lynn lebih kepada  makanan panas. bila makan lunch pagi mesti ambil kuih dulu. begitu juga sebaliknya.
 
 



 



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

syria in my own style

dalam bertudung memang mama lynn lebih prefer kepada sesuatu yang mudah dan praktikal. kalau sebelum ni terikut-ikut gaya bertudung orang, lately ni mama lynn lebih prefer kepada memakai syria. dalam minggu ni dah 3 hari kot mengenakan tudung syria untuk ke pejabat.
 
tudung syria rasanya lebih praktikal dan suai untuk wajah mama lynn ni. takdelah nak nampak gemuk sangat pun. pernah juga mama lynn dengar pendapat orang yang mengatakan bila pakai tudung syria ni wajah kita akan kelihatan lebih bulat dari kebiasaan. tetapi mama lynn tak pulak rasakan begitu. malah mama lynn lebih yakin memakai tudung syria berbanding tudung ada awning. nampak lebih kemas.
 
mungkin bila korang menggayakan syria perkara paling penting adalah cara korang memakai anak tudung tu. mama lynn suggest korang tetas skit kat hujung anak tudung tu. so dapat la dipakai dengan kemas dan cantik. paling best pakai syria ni adalah korang boleh match tudung ngan anak tudung mengikut baju. tak perlu kot tudung pink, anak tudung pun pink. sesekali ubah gaya dan bermain dengan warna tak salah rasanya.
 
korang pulak macam mana. hehe bagi mama lynn yang tak mampu nak beli tudung fareeda ni, syria lebih meyakinkan diri ni. rasanya nak lengkapkan lagi koleksi yang ada dengan lebih banyak pilihan warna. insya Allah.
 
:: wajah model tudung syria tak berbayar ::



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Sunnah-Sunnah Hari Jumaat



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

nurul nadiana najwa

perkembangan anak dara kesayangan hati mama lynn. nurul nadiana najwa day by day.... kejap je diana membesar walau badan tak besar-besar. diana tak ikut baka ayah tapi lebih kepada mama dia. maintain je tak naik-naik berat tu. even diana ni bertubuh kecil, alhamdulillah Allah berikan kesihatan yang baik untuk buah hati mak ni.

dah pandai naik walker .... sangat keletah. at dis time diana baru je masuk 9 bulan ++
masa ni diana baru 11 bulan, geram mak tengok adik ni la
 
 1 tahun 8 bulan, dah pandai bercakap pun. tapi still pelat
 
 1 tahun 10 bulan, da makin pandai beraksi . keletah makin menjadi-jadi
 
2 tahun, yuppp dah besar jantung hati mak ni
 
 2 tahun 2 bulan, makin terserlah kemanjaan anak dara sorang ni.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, November 29, 2012

First Giveaway by Gulai Tempoyak Ikan Patin

dah lama tak bersegmen. bila terpandang segmen yang  syiera salleh join ni rasa nak turut serta jugak. cam best je adiah2 dia. kalau nak tahu lebih lanjut ley la klik banner kat bawah ni ha...  segala terma dan syarat turut disertakan. moga adalah tuah diri ni kan =) wink wink .


 senarai sponsor :
nisakay.com || [facebook page]

aderakukeysah.blogspot.com || [twitter]

nurulnamasaya.blogspot.com



penmerah.com || [facebook page]

pabilajejarikumulaberbicara.blogspot.com


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

kfc time


unsure lah penah share gambar ni kat sini atau belum. gambar ni diambil di dalam restoran makanan segera KFC. ini adalah diantara cara mak saudara nak tawan hati anak saudara tersayang. KFC je dah boleh buat keduanya ceria. diorang berdua ni macam upin ipin pun ada, tengok ayam goreng terus jatuh cinta. kenyang whoaa makan ayam. sekarang ni ngan mama lynn dah tertawan dengan ayam goreng. kalau tak dapat makan KFC ayam goreng kat pasar malam pun jadi.
 
masa ni both sepupu ni balik rumah wan ngan atuk diorang. susah sangat nak suruh makan nasi. bila ditanya "nak makan KFC tak ? " cepat je jawab, "nak". semua pun maklum betapa KFC itu dapat menggoda selera kita.

tak payah nak pikir nak beli set apa. cukup sekadar set ayam 2 ketul ngan kentang putar ,sayur dan  air so dapat lah makan seketul sorang. air lak bahagi 2 (mintak cawan kecik). aqeel suka makan ngan sos tomato. sampai-sampai kat meja terus asingkan ayam sorang setul siap ngan kentang putar dan sos tomato dalam pinggan. makan dengan bersungguh-sungguh keduanya. afif pulak lebih suka meniru cara aqeel makan. dia pun turut makan ayam dengan sos tomato.
 
sabtu lepas pun mama lynn ada bawa afif ke KFC. afif ni kalau disuruh makan kadang-kadang liat jugak. hari tu sampai muntah-muntah cos lambat makan. disebabkan nak pujuk dia makan, mama lynn bawak dia makan kat KFC. ambil set nasi ayam. dapat lah mama dia ni tumpang makan ayam goreng sekali. alhamdulillah afif makan sampai habis nasi tu. berselera betul dia + dia memang kelaparan. 
 
kalau budak-budak ditanya mana lagi diorang prefer, KFC atau Mc'Donald. rasanya mungkin lebih ramai yang pilih KFC. menu KFC pun tak lah memeningkan kepala budak-budak untuk ingat dan buat pilihan. korang pulak macam mana ? KFC atau Mc Donald ?

p/s : hari ni mama lynn dah terlebih makan. so nak tak nak kena cover balik minum teh banyak-banyak. takut berat badan naik.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

demam crepe durian


dah lama nak tulis tentang crepe durian ni tetapi selagi tak rasa , macam tak lengkap pulak kan entri tu. kasi test dulu then baru lah boleh bercerita tentang makanan suka ramai ni. mama lynn pasti semua kawan-kawan blogger pernah dengar tentang crepe durian. mama lynn sendiri teringin sangat-sangat nak rasa. hari ni barulah dapat realisasikan impian mama lynn tu.
kebetulan terbaca kat fesbuk sorang kawan ni. dia nak hantar crepe durian, so mama lynn tanyalah kalau-kalau boleh hantar ke MBSA ni. bila dia kata boleh terus mama lynn order 1 pack. ngan dia 1 pack cuma rm10.00. ada 5 biji kesemuanya. saiznya jga besar-besar. 1st time makan crepe durian terasa jatuh cinta. lepas ni comfirm nak makan lagi. tapi mama lynn cuma dapat makan sebiji. share ngan kawan-kawan opis.. seyes x puas. rasa nak lagi dan lagi. cuma mama lynn tak suka creme dia kot, hehe tekak mama lynn cepat loya ngan creme. ape pun keenakan crepe durian tadi masih terasa. sape nak belanja mama lynn pun dialu-alukan.


supplier crepe durian yang mama lynn kenal ada 2 orang. both kenal kat fesbuk. so kalau korang berminat try la singgah kat link diorang. ada disertakan dalam gambar kat bawah ni.
urmmm tak boleh la makan selalu. takut hilang ke laut semangat diet mama lynn nanti. sekali sekala makan tu ok lah kan.. hehe pada yang belum pernah rasa jangan tak try. nak buat sendiri pun senang kot (pada yg rajin memasak).


yang ni copy paste dari laman fesbuk Noormie Eryn

deliver by atie daut



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 29



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, November 28, 2012

mama jaga afif fikri dan aiman faliq

sabtu lepas memandangkan mood untuk OT ke laut mama lynn decide untuk menjaga dua orang anak buah kesayangan hati ni. anak adik mama lynn , ahmad firdaus. rasanya korang masih ingat lagi kan afif fikri dan aiman faliq. double AF ,same goes to daddy diorang.
 
senang atau tak menjaga keduanya serentak ?
mula-mula rasa macam putus asa jugak lah.  lagi-lagi bila aiman menangis dan dalam masa yang sama afif tak reti nak duduk diam. aiman kalau nak tidur memang akan buat perangai. jenuh jugak nak memujuknya, kalau tak kena gaya pujuk korang lak yang meraung. hik hik.. teruji keimanan mama lynn. bila dah masuk buai tu, tidurkan dia sampai dia betul-betul nyenyak baru boleh tarik nafas lega.
 
 
bila aiman dah tidur baru dapat concentrate buat kerja rumah. sambil buat kerja rumah afif tak banyak mengganggu cuma mulut dia non stop bertanya. sikit-sikit "mama, mama, mama" ... kadang terfikir jugak kenapa afif jadi suka bertanya. ada jugak kawan-kawan suggest nak void dia terlalu banyak bertanya dengan bagi balik persoalan pada diri dia. barulah dia dapat explore sikit. ape pun afif anak yang bijak. kalau merajuk tu kejap je dah ok. kalau mama lynn tercuit sikit afif sebab marahkan dia rasa bersalah sangat-sangat. tapi afif tahu mama dia ni sayang sangat kat dia. even kena marah pun dia still boleh buat selamba.
 


sambil iron baju kerja aritu , mama lynn suruh afif tidur atas katil. hehe jahat mama dia ni. kejap-kejap intai dia pejam mata tak. dah penat bermain the end tidur lena dia. dari pukul 11.30 pagi till 2.00 petang.


aiman dan afif, keduanya cinta hati mama lynn. to be honest bila lama tak jumpa dua beradik ni mula lah rindu mengetuk pintu hati ni. mungkin sebab mama lynn melihat mereka membesar depan mata.

anak-anak mama lynn jauh dari mata. mungkin sebab tu mama lynn jadi rapat dengan anak-anak saudara. kalau zahir dan diana ada kat sini dulu mama lynn memang kerap ke rumah mereka. mama lynn dah 3 tahun 4 bulan bergelar mak kepada zahir dan 2 tahun 2 bulan kepada diana. mungkin orang melihat kehidupan mama lynn ni sukar untuk difahami namun dalam segala yang tersirat tu mama lynn redha dengan ujian dari Nya. walaupun jauh dari anak-anak , keduanya bijak menilai kasih sayang mak diorang ni. mungkin suatu hari nanti mama lynn akan berpeluang merasakan nikmat melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri, namun kasih sayang untuk zahir dan diana takkan pernah padam. mereka berdua adalah tunjang kehidupan mama lynn sekarang.

kalau bercerita pasal anak ni kan dah meleret-leret. hehe tiba-tiba lak cerita afif dan aiman dicaras oleh zahir dan diana. doa mama lynn mereka membesar menjadi anak yang soleh serta solehah. insya Allah.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

‎9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


 


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


 BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Solat Sunat Isyraq

 
 
Solat sunat Isyraq ialah solat dua rakaat yang dikerjakan pada pagi hari sebaik sahaja terbit matahari di mana tingginya kira-kira 3 meter (10 kaki)pada jam antara 7.00 hingga 7.30 pagi. Solat sunat ini memberi ganjaran pahala yang besar bagi seseiapa yang menunaikannya. Sabda Rasulullah saw (maksudnya) :

"Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga naik matahari dan mengerjakan soalt dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna".

Lafaz dan niatnya :


"Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala".

a) Pada rakaat pertama, selepas membaca al-Fatihah disunatkan membaca surah al-Kafiruun hingga akhir.

b) Pada rakaat kedua pula, disunatkan membaca surah al-Ikhlas hingga akhir selepas membaca surah al-Fatihah.

Selepas memberi salam, baca doa berikut :

"Segala puji bagi Allah yang menjadikan hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakan aku rezeki yang baik pada hari ini dan jauhkan daripada aku keburukan. Ya Allah, kurniakan cahaya pada hati aku dengan nur hidayah, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sunat Isyraq bila mana kita mempunyai kelapangan, khususnya pada waktu pagi. Rebutlah peluang semasa hayat kita dikandung badan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan menuju ke akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Dan carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa".

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 35



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, November 27, 2012

sahabat

memiliki sahabat baik menjadi idaman semua insan di bumi Allah ini tetapi bukan semua orang bertuah untuk didampingi sahabat yang sudi bersama-sama dengan kita susah atau senang. mungkin sahabat tatkala gembira ramai bilangannya tetapi adakah mereka masih bersama kita tatkala duka.

dalam usia 29 tahun 4 bulan 1 minggu dan 5 hari ni mama lynn dah merasa bertemu dengan pelbagai ragam manusia. ada yang sempurna sebagai sahabat dan ada juga yang bersahabat kerna mengkehendaki sesuatu daripada diri kita atau lebih dikenali dengan frasa"ada udang disebalik batu". dari mama lynn di sekolah, universiti dan di tempat kerja rasanya terlalu banyak peristiwa pahit manis bersama sahabat.
 
mama lynn bukanlah insan bertuah yang memiliki sahabat karib yang ramai. boleh dikira siapa yang betul-betul ada tatkala diri ini diuji dengan perit jerih kehidupan. tak mahu menuding jari pada sesiapa cuma sedikit sebanyak ia mengajar diri ini lebih berhati-hati dalam memilih sahabat.
 
mungkin juga apa yang berlaku atas kesilapan dan kekurangan diri ini. ya, tak dapat dinafikan mama lynn juga bukanlah seorang sahabat yang baik. mungkin atas dasar itu juga sahabat mama lynn cepat-cepat melarikan diri. mungkin dahulu mama lynn terlalu sensitif  dan cepat melenting apabila diusik tetapi itu diri mama lynn yang dulu. kekurangan itu cuba mama lynn perbaiki. mama lynn bukan seorang yang sempurna tetapi mama lynn masih mahu berusaha memperbaiki diri.

mama lynn juga pernah ditikam dari belakang oleh insan yang bergelar sahabat tetapi layakkah orang seperti ini digelar sahabat ?  keaiban diri mama lynn dijaja dan kadangkala kekurangan diri mama lynn dipersenda. sedar tak sedar mereka sebenarnya membuka aib mereka sendiri. bila difikirkan balik apa yang pernah dilalui rasanya terlalu pahit dan perit. hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui rahsia hati ini.
 
memaafkan kesalahan orang lain adalah permulaan untuk hidup yang lebih sejahtera. sekarang mama lynn lebih suka bersikap terbuka dalam bersahabat. serik mahu ada kawan baik yang berkepit dengan diri ini selalu. lebih baik bersikap terbuka dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja. mama lynn tak mahu terikat dengan seorang sahaja. biar berkawan sama rata kerana bila kita terlalu rapat dengan seseorang hati kita kan lebih cepat terasa bila dikhianati.
 
"terima kasih buat sahabat-sahabat yang masih ada bersama dengan diri ini tatkala susah dan senang. paling mama lynn hargai adalah kerelaan anda semua menghulurkan bantuan ketika mama lynn dihimpit kesusahan. mama lynn tak kan pernah lupakan jasa kalian. hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. sahabat hatiku. insya Allah sampai bila-bila pun kalian kan berada di hati ini. "

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, November 26, 2012

mak rindu adik

 
 
rindu kat budak kecik dalam pic ni. anak dara kesayangan hati mama lynn. nurul nadiana najwa. kalau mak dia ni balik kampung, tak sah nak berkepit je. ngan mama dia pun dia tak nak kecuali bila nak menyusu dan tidur. diana ni even dah 2 tahun 2 bulan masih menyusu badan tau.
 
" adik, mak rasa tak mampu untuk meneruskan kehidupan ni andai adik tiada dalam hidup mak. mak sentiasa kuat untuk adik dan along. mak tak mahu nikmat yang Allah berikan pada mak hilang begitu sahaja. walaupun mak tak lahirkan adik, adik tetap anak mak sampai bila-bila. "
 
touching.... rindu sangat-sangat. ni baru 7 hari tak jumpa. rindu kat en suami jugak. tak sabar nak habiskan cuti hujung tahun bersama keluarga tercinta. insya Allah kalau tiada aral dan halangan , lama lah mama lynn dapat spend time ngan en suami dan keluarga.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, November 23, 2012

anda kategori yang mana ?



entri basi kot.... semua dah penah tengokkan gambar yang mama lynn kongsikan ni. urmm kat mana agaknya letaknya diri korang dalam gambar di atas ni.
 
mama lynn tak kisah orang nak kutuk mama lynn andai suka je letak post cam naif atau baik sangat kat facebook atau twitter. bukan lah nak kata kita ni alim atau arif sangat tentang agama tetapi sekurang-kurangnya niat mama lynn ikhlas untuk kongsikan apa yang mama lynn baru tahu atau dah tahu. lagipun itu kan lebih baik dari status yang berbaur emosi dan marah-marah.
 
berkongsi ilmu bukan setakat secara berdepan tetapi di alam maya pun kita boleh share kan. mama lynn suka je orang post gambar-gambar yang sarat dengan mesej samada untuk dijadikan panduan hidup atau diamalkan. insya Allah kalau niat kita KERANA ALLAH, semuanya kan dipermudahkan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, November 22, 2012

sudah jatuh ditimpa tangga



kalau boleh mama lynn tak nak tunjuk gambar ni , aurat kan tapi mama lynn rela jugak la kuarkan untuk buktikan betapa sakitnya badan mama lynn masa kena gatal-gatal aritu. al-kisah otw balik kampung dari klang mama lynn tak lena tidur dalam bas. tak penah-penah badan mama lynn gatal-gatal bila duduk dalam bas ERA MESRA tu. tergaru-garu jugak la diri ni. sampai je kat slim river (bas berhenti rehat) mama lynn terus ke toilet untuk check 1 badan. alahai sedihnya , bukan takat kat lengan tapi kat pinggang pun gatal-gatal. kebetulan ada sorang girl ni tanya "akak kena gatal-gatal ke ? saya pun sama" .girl tu naik 1 bas ngan mama lynn. dia siap tunjuk lagi kaki dia kena gatal-gatal.
 
sebelum perjalanan diteruskan , mama lynn decide untuk duduk kat seat lain. mujur juga ada extra seat. means bas tak la penuh malam tu. alhamdulillah feel better sikit la tapi still ada rasa gatal-gatal. esoknya baru perasan badan mama lynn naik lebam-lebam dan macam bengkak pun ada. kebetulan ada bawak clobet cream. mama lynn sapu ngan cream tu dulu. tapi gatal tu makin menjadi-jadi. mama lynn try guna bedak berubat yang berangin tu pun tak lega jugak. the end lepas zuhur isnin tu mama lynn pergi jugak la klinik. mula-mula g kinik kesihatan karangan. dia just bagi ubat ngan time sleep je. disebabkan rasa tak boleh nak tahan mama lynn g klinik swasta kat pekan sg kob untuk dapatkan injection. dah lama tak kena cucuk. seyes rasa nak menangis cos rasa sakit sangat kat tempat kena cucuk tu. tangan pun rasa tak leh nak angkat.

kalau ditanya sekarang ni dah ok ke tak alhamdulillah beransur baik. tapi yang buat mama lynn sedih still ada parut kat lengan mama lynn. urmmm nak cari cream untuk hilangkan parut. kalau sikit takpe ni banyak lak tu.
 
alkisah petang tu pulak mama lynn terjatuh masa nak keluar dari pintu dapur untuk ke belakang rumah. kebetulan paip kat mesin basuh tu tercabut dan tertolak ke belakang. nak tarik tak lepas so mama lynn panggil la en suami untuk pasangkan balik sementara mama lynn ke belakang rumah untuk tolak paip tu masuk balik. nak dijadikan cerita masa tu baru lepas hujang so lantai simen kat belakang tu basah. gedebuk mama lynn jatuh macam nangka busuk. takde la rasa sakit pun masa tu tapi risaulah jugak. en suami mula-mula tu takde cakap ape cuma bila tengok mama lynn ngan satu badan kotor , boleh lak gelak-gelak. then suruh mama lynn mandi.

sedihnya... benda nak jadi kan. bukan kita mintak. mama lynn tak la kata nasib diri ni malang cuma bila kita jatuh sakit mesti la kita tak suka. sekarang semuanya bertambah baik. dah sihat macam biasa cuma bila pandang parut kat tangan ni rasa kecewa je hati. makin buruk la diri ni. sob sob. dugaan Allah untuk mama lynn. kena banyak sabar kan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

cerita sedim

 
curi-curi masa untuk blogging sebelum attend metting aduan. ada lebih kurang setengah jam je lagi. kena taip laju-laju ni.
 
sekarang ni kat sedim tengah musim durian, mama lynn punya diet lari tune sikit jugak la. bukan sebab makan nasi atau makan tak ingat dunia tapi sebab mama lynn pulun makan durian. dari hari pertama sampai hari ketiga kat sedim mama lynn asyik la melantak durian. kalau dihitung adalah lebih kurang 2 biji kot mama lynn balun. alamak, bukan tinggi kolestrol dan gula kah ?? lupa kejap diet bila durian ada depan mata. lagi-lagi fresh dari pokok.
mama lynn sampai pagi tu , en suami da request nak makan cucur durian. alahai, permintaan suami tak kan tak nak dipenuhi pulak + bukan selalu dapat layan makan minum en suami. demi suami tersayang even penat travel belum hilang, mama lynn masakkan jugak. sedap atau tak belakang kira, yang penting air tangan seorang isteri.
 
rambutan pun ada tau. meriah pokok rambutan depan rumah tu. disebabkan payah nak kait so en suami kena lah panjat. siap tebang dahan tu cos lebih senang nak kutip buah dia. jangan tak percaya ngan mama lynn sekali kena panjat tangga untuk bantu suami patahkan dahan tu. takut-takut jugak la kena panjat tangga. sebelah tangan pegang batang buluh, sebelah lagi duk tarik dahan tu. zura merangkap mama kepada anak-anak tersayang kami tolong pegang tangga kat bawah. kalau balik kampung lifestyle pun jadi macam orang kampung. rasa best sangat duduk kampung.

inilah zahir dan diana. mesti korang masih ingat kan wajah-wajah kesayangan hati mama lynn ni. mereka berdualah anak-anak mama lynn yang tersayang. balik kali ni baru sempat tengok my kid diana. boleh lak en suami g letak nama nurul nadiana najwa. tersalah tulis masa isi borang nak buat surat beranak aritu. nurul diana najwa dah jadi nurul nadiana najwa.

duduk kampung memang kerja mama lynn di dapur. jarang-jarang dapat memasak untuk suami, so bila balik kampung mama lynn akan cuba jalankan tanggungjawab mama lynn semampu boleh. ini menu hari isnin lepas. kalau kat kampung, diorang panggil daging masak lada. lada tu adalah lada hitam sebenarnya. bila masak macam ni memang rasa sedap sangat tau. tak susah mana pun, just tumis bawang merah,bawang putih dan lada hitam yang dah ditumbuk. bila naik bau tu masukkan daging. goreng kejap then masukkan air . pastu bubuh la garam dan sedikit serbuk perasa. akhir sekali masukkan cili merah dan bawang besar yang telah dihiris. sekali makan comfirm nak rasa makan lagi.

balik kali ni mama lynn kurang sihat pulak. kulit mama lynn jadi gatal-gatal. bukan kena kat kampung tapi dalam bas masa on the way pulang ke kampung  haritu. mama lynn ke klinik kesihatan karangan untuk mendapatkan rawatan. dah ada kad rawatan kat klinik tu ,next time kalau balik kampung then tak sihat boleh ke sana terus.

p/s : tak sedar entri panjang berjela pulak pagi ni.insya Allah entri akan datang ada lagi cerita tentang sedim. tapi cerita tak best lah.. sian kat mama lynn tau. tunggu je apa kisahnya nanti.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, November 21, 2012

lama tak blogging

lama tak blogging.. kenapa dan mengapa ?

MAMA LYNN BALIK KAMPUNG la =) masih tersisa rasa bahagia berbunga-bunga bila jumpa en suami. tapi still ada je benda tak best berlaku. isshh malang sungguh diri ni kan.
 
malas nak bercerita panjang + mood blogging pun belum ada lagi ni. apatah lagi nak blog walking. letihnya lately ni. insya Allah nanti kalau tangan ni rajin nak menaip mama lynn kongsikan cerita-cerita terbaru dengan semua. buat masa ni M besar tu memang menjadi-jadi.




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, November 15, 2012

salam maal hijrah 1434H



selamat datang 1434H. subhanallah... macam tak percaya hari ni kita berada di tanggal permulaan tahun baru . 1 Muharram 1434H. mama lynn suka sangat dengar lagu maal hijrah masa kecik-kecik dulu . sampai sekarang masih terngiang-ngiang lagi . indah sangat liriknya.


Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
 
Ulang Chorus
 
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
 
Ulang Chorus 2X
 
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
 
 
buat teman blogger .. aida omar , mama lynn mohon share kat sini jugak eh.
 
diantara peristiwa yang berlaku di dalam bulan muharram
 
 
 
sempena awal muharram ni sama-sama kita berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik. mama lynn sendiri akui ada kealpaan yang terjadi di awal muharram kali ini tapi itu bukan penamat malah menjadi kekuatan untuk diri ini lebih mendekatkan diri dengan Nya. mama lynn mahu menjadi lebih baik. sebagai  isteri, anak, sahabat, mak, mama, adik, kakak, mak lang yang lebih baik untuk orang disekeliling diri ini. 
 
mama lynn sendiri kalau dipersoalkan etika berpakaian belum betul-betul mengikut syarak. mama lynn mahu memperbaiki etika berpakaian mama lynn sekarang. macam sekarang ni mama lynn masih menyarung baju berlengan tiga suku. niat mama lynn tak mahu lagi berpakaian sebegini. bukan sekadar dalam berpakaian semata-mata  tetapi mama lynn mahu perbaiki segala kelemahan diri yang ada. mama lynn tidak mampu untuk menjadi sempurna seperti siti khadijah tetapi sekurang-kurangnya mama lynn mahu menjadi yang lebih baik dan berkualiti. insya Allah.
 
salam maal hijrah buat semua umat ISLAM. sayangi agama kita ini. hidup dengan caranya. insya Allah kita kan rasa nikmat bahagia. insya ALLAH.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

motivasi untuk kurus



semalam baru je mama lynn bercerita tentang kritikan dari seorang teman mengenai diet mama lynn.  dia ada mengatakan yang tiada perubahan pun yang ada selepas mama lynn berdiet dalam tempoh 2 bulan ni. mama lynn tak marah pun cuma macam terkilan lah jugak. takpe ..satu motivasi diri kan.
 
pagi ni sempat menimbang berat sebelum bertolak ke pejabat. yeahhh dah kehilangan another 2 kg. means mama lynn dah berjaya kurangkan berat 6 kg dalam tempoh 2 bulan. macam tak percaya pulak. mama lynn sampai mintak tolong kat adik tengokkan angka kat penimbang tu. terasa bermimpikah daku ini ?

mungkin lah perubahan bentuk badan belum ada tetapi secara faktanya berat mama lynn dah berjaya juga dikurangkan lagi 2 kg. rasa macam excited sangat. lepas ni makin berdisiplinlah diri ini untuk mengawal pemakanan.
 
oh ya.. di entri lepas ada yang bertanyakan menu makan mama lynn sehingga boleh kurangkan 4kg  (pembetulan dah 6kg sebenarnya tau) . takde rahsia besar pun. ekceli mama lynn kena berusaha lebih lagi untuk dapatkan bentuk badan masa berumur 18 tahun dulu. mama lynn masih ada target yang mama lynn kena kejar.

apa yang mama lynn makan dalam sehari tu ?

pagi
wajib ambil sarapan. lately ni mama lynn memang ambil heavy meals utk makan pagi. kalau tak ambil heavy meals pagi mama lynn akan makan tengahari. biasanya mama lynn akan ambil bihun goreng. kalau dah takde choice baru makan kuew tiaw. yang pasti mama lynn akan ambil dengan lauk pauk  jugak. kalau tak ambil heavy meals , mama lynn akan makan biskut oat crunch.
 
lunch
kalau breakfast dah heavy lunch mama lynn just makan kudap-kudap yang ringan. such as biskut oat crunch atau roti. tapi kalau tak makan berat pada waktu sarapan mama lynn akan ambil bihun. tak kisah lah bihun masak apa pun. better ambil bihun sup, more healthy cos ada sayur.
 
malam
jangan makan malam lewat dari waktunya. sekarang ni (dah seminggu mama lynn amalkan) mama lynn akan ambil 2 keping roti honey wholemeal (gardenia). sekali sekala mama lynn akan makan ayam goreng  tak pun ambil tauhu sumbat atau kuih muih. biasanya makan malam mama lynn akan ambil diantara pukul 6 petang hingga 7 malam. lepas waktu tu mama lynn akan cuba untuk berhenti dari mengambil apa-apa jenis makanan.

.............................................................................

opppssss lupa nak bagitahu , sekarang ni mama lynn amalkan minum tea mix lemon and hibiscus dari HERBALIFE . nak ambil 1 set tak mampu so mama lynn ambil teh je la. untuk minuman memang mama lynn void minuman yang bergula. kalau minum pun mama lynn akan pastikan yang gelas mama lynn tu mesti ditambah dengan air masak. dalam sehari mama lynn amalkan minum teh tu dalam kuantiti yang banyak. kalau kat pejabat dari pagi ke petang mama lynn akan minum 1 botol besar teh. kalau kat rumah pulak (malam) mama lynn akan minum 1 jug kecil. tu je lah yang mama lynn buat. kadang-kadang bila teringin nak makan fast food tu ambil la jugak. tapi tak boleh la diamalkan selalu.
 
mama lynn minta semua kawan-kawan teruskan support mama lynn untuk melangsingkan diri. tak nak la diet sekerat jalan. bukan senang kan nak kurus. ambil masa. aizat dulu pun tak makan nasi setengah tahun jugak untuk kurus. bagi masa untuk mama lynn buktikan pada semua yang mama lynn boleh lakukannya. insya Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, November 14, 2012

tak kurus lagi ke ?

hari ni mama lynn menerima teguran berkenaan diet mama lynn yang belum menampakkan kesannya lagi. penat gak la nak susun ayat kenapa lambat badan ni nak kurus. nak buat ayat sedih takut ada yang touching la pulak. hehe sentap tak ? sabar je lah kan.
 
ya.. mama lynn mengaku sejak penurunan berat 4 kg ++ aritu lemak kat badan ni makin degil pulak nak hilang. kalau ikutkan memang la kena jauhkan diri dari mengambil makanan yang ada  karbohidrat tapi mama lynn tak mampu lah nak diet secara extreme. lagi-lagi bila da amalkan ambil bihun untuk ganti nasi. sekurang-kurangnya makanan berat mama lynn adalah bihun. cuma sesekali bila takde bihun mama lynn ambil kuew tiau . alhamdulillah sekarang dah mampu kurangkan pengambilannya.
 

menu makan malam harian
sejujurnya mama lynn masih dalam percubaan mengambil menu sihat. untuk makan malam mama lynn sekadar mengambil roti gardenia honey wholemeal 2 keping. roti ni memang sangat tinggi fibernya. mama lynn akan pastikan makan malam mama lynn adalah sebelum pukul 7.00 malam. cuma makan pada waktu pagi tu je lah yang belum fully berkhasiat. mama lynn masih mengambil bihun sebagai sarapan pagi dan kadang-kadang kuih muih. kalau pagi tak ambil heavy meals, mama lynn akan pastikan yang tengahari mama lynn mesti kena makan berat. takut lapar di malam hari nanti.
 
nak kurus tu memang ambil masa. lagi-lagi untuk orang bertubuh macam mama lynn ni. kalau badan tu berisi dengan air je mungkin lah mengambil masa yang singkat untuk kurus tetapi situasi mama lynn ni berisi dengan lemak dan daging. doa-doakanlah mama lynn jaga pantang makan. bukan senang nak jauhkan diri dari makanan yang kita suka.
 
nak kurus... tu azam mama lynn. takpelah ambil masa sekalipun. mama lynn dah lali kalau orang nak perkatakan isu ini. semua orang ada cara mereka sendiri. kalau attend kenduri atau hadir ke majlis orang sekalipun mama lynn akan cuba untuk jauhkan diri dari nasi. cuma ambil lauk pauk dan kuih muih sahaja. insya Allah mama lynn akan lebih berhati-hati untuk memilih makanan selepas ini. mama lynn nak cantik !! bukan untuk suami semata-mata tetapi untuk kesihatan yang lebih sempurna. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 34



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, November 13, 2012

rindu kat tok =)



terapandang gambar ni... ishh rindu pulak kat tok. ekceli ni tok en suami, consider tok mama lynn jugak la kan. kalau balik sedim mesti jumpa tok. dan paling best bila dapat hug dan cium tok. mama lynn dah takde nenek lagi. belah abah dan mak keduanya dah lama pergi mengadap Yang Maha Esa, yang tinggal hanya nenek saudara dan datuk saudara sebelah mak.
 
teringatkan arwah wan, atuk, tok & che. alfatihah buat mereka. tak puas menumpang kasih terutama dengan arwah che. Ya Allah, tempatkanlah mereka di kalangan hamba Mu yang beriman.
 
sabtu ni nak jumpa tok. yeahhh mama lynn happy untuk itu. kenapa wajah arwah tok lang suami terlintas di fikiran. rindunya.. alfatihah.
 
pada yang masih ada tok tu hargailah mereka. seronok tau berdamping dengan mereka. cerita-cerita mereka kan mendewasakan kita. percayalah. tiada mereka tiadalah kita.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar