Followers

Monday, October 15, 2012

weekend untuk family

kakak sulung paling kecil dalam family kami =)

she's 5th in family

aiman faliq with mama

 kanan : along & kakak  kiri : aiman & mama (sama hijau kan)
 
kembali bekerja setelah 2 hari bercuti. alhamdulillah melalui 2 hari ini dengan aktiviti yang agak padat. sabtu lepas seperti yang mama lynn maklumkan dalam entri lepas, mama lynn menjadi baby sitter untuk aiman dan afif. seronok melayan kerenah 2 beradik tetapi agak keletihan juga cos mama lynn kena siapkan order 15 nasi bungkus. penat jugak la dari mula memasak hingga la packing. mujur juga mak mama lynn ada membantu menjaga aiman ketika mama lynn sibuk di dapur.
 
aqeel dan ibunya juga balik ke rumah mak sabtu lepas. so 2 hari ni agak meriah jugak la bila adik-beradik berkumpul. tengahari semalam sempat menghadiri majlis kenduri kahwin keluarga abah mama lynn. dan petang semalam pula kami berkonvoi 3 buah kereta ke kuala selangor. lokasi pilihan membawa budak-budak a.k.a destinasi bajet. tengok monyet beraksi di bukit melawati. insya Allah akan updated cerita kuala selangor di dalam entri akan datang.
 
perasan tak baju kurung purple yang kakak dan adik mama lynn pakai kat atas tu. sama kan. ekceli baju tu kami pakai masa majlis perkahwinan adik mama lynn tahun 2008 yang lepas. mama lynn punya ntah mana lah letaknya + muat lagi ke tak. lepas ni nak kena cari 2 pasang baju untuk majlis perkahwinan adik lelaki mama lynn yang akan berlangsung awal tahun hadapan. masih dalam perbincangan warna tema majlis tu nanti.
 
KERJA !!! sebelum ada mata yang melirik baik mama lynn sambung buat kerja pejabat (padahal takde kerja pun pepagi ni). nak bancuh air dulu. sarapan orang diet : oat krunch ngan tea mix lemon hibiscus dari HL. hehe masih dalam usaha menurunkan berat badan. wish me luck ...... dah sebulan x makan nasi tapi berat mama lynn baru turun 3-4 kg. boleh la dari membesarkan badan je kan. chaiyok !!

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. teruskan usaha diet tu...jgn putus asa..!
    selamat bekerja lynn...

    ReplyDelete
  2. insya Allah.. bila da start ni rasa wajib diteruskan. take time takpe janji ada usaha

    ReplyDelete
  3. kecik molek je kakak sulung lynn kan.. comel :-)

    *lynn dah ada kat bloglist saya dah lama.. :-)

    ReplyDelete
  4. intan : tau xpe.. dia mmg kecik dan rendah

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar