Followers

Friday, October 19, 2012

wajah jumaat


wajah jumaat. dari malam tadi mama lynn fikirkan bagaimana nak gayakan selendang coklat ini. mama lynn bukan seorang yang fashionista. menyarung hijab seadanya yang mama lynn tahu. andai bertudung sarung , sekadar menyarung dan pin di kanan kiri bahu. memakai selendang begini buat mama lynn terfikir untuk memakainya dengan lebih rapi tetapi gaya apakah yang sesuai buat seorang isteri berusia 29 tahun ini.
 
jalan penyudah begini sahaja yang mampu mama lynn lakukan. cukuplah dengan gaya yang sederhana ini. ohhh ramai yang tertanya kenapa di dalam setiap gambar, bibir mama lynn pucat dan tidak pernah dioles lipstik ? bibir ini allergic 2 tahun kebelakangan ini. sepanjang 2 tahun ini juga tiada lagi olesan warna di bibir. cukuplah dengan solekan nipis diwajah. kerana kecantikan yang BERLEBIHAN hanya untuk pandangan suami.
 
mama lynn mahu berubah menjadi lebih baik. tetapi mama lynn belum berani untuk kelihatan berubah secara drastik. terkadang mama lynn renungkan dalam diri apa yang mama lynn pernah lakukan dalam hidup ini. mama lynn mahu kelihatan lebih islami. bukan setakat pada penampilan diri tetapi juga dalaman. banyak lagi yang perlu mama lynn belajar. tutup aurat sendiri pun kadang-kadang tak sempurna.

di hari jumaat yang mulia ini, mama lynn mohon sama2 doakan mama lynn untuk menjadi lebih baik. dengan doa kalian mungkin dapat membantu diri ini. insya Allah.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

11 pesanan kasih sayang:

  1. hhehe sama..jue kalu pakai selendang..binggung sangat2...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    pandai gak Mama Lynn pakai selendang..
    klu sy mmg failed pkai shawl2 ni..hehe
    Sama2 lah kita memperbaiki diri..amin :)

    ReplyDelete
  3. hi.. jalan jalan ke belog mama lynn :)

    ReplyDelete
  4. JOM LUANGKAN MASA DI sini ^_^

    http://musyuxmusyux95.blogspot.com/2012/10/giveaway.html

    ReplyDelete
  5. jue : hehe tau xpe. klu tgk org lain pakai lawa je kan. org kata stylo lagi

    aida : alahai malunya sy.. nak sorok muka kejap

    atie : hehe bolehla pusing2.. thanks sudi doakan sy

    intan : da jalan ke blog awk jugak

    zatty : tq invite

    ReplyDelete
  6. dah lama xpakai selendang ...

    ^___^ SINGGAH SINI..

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah.. moga dipermudahkan apa yg lynn hajati tu...

    ReplyDelete
  8. misz uzmy : hehe dah lama x pakai boleh la pakai blk pasni

    intan : tq ina.. moga dipermudahkan hendaknya

    ReplyDelete
  9. ok per akak pakai shawl mcm tu..cantik n simple...
    semoga apa yg akak hajatkan akan dipermudahkan...Insyaallah

    ReplyDelete
  10. waniey : terima kasih mendoakan akak.. huhu tapi tu la nak jadi yg lebih baik ni byk kan dugaannya

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar