Followers

Wednesday, October 3, 2012

tok lang en suami meninggal

mama lynn tak sempat nak cerita panjang pagi2 ni + mama lynn baru 1st day masuk kerja setelah bercuti panjang di kampung en suami. my monthly routine, balik kg. balik kali ni sempat juga meraikan hari jadi anak2 kesayangan hati. nak upload gambar tapi usb lak tertinggal dalam travel beg. insya Allah esok mama lynn akak updated cerita-cerita indah di kampung.
 
sekali lagi mama lynn kehilangan ahli keluarga. kalau ahad minggu lepas uda mama lynn meninggal dunia, kali ini nenek saudara suami pula yang meninggal dunia. arwah tok lang meninggal hari isnin lepas (sebelum subuh) . mujur juga pagi sabtu tu, sampai je kat rumah ibu mertua mama lynn sempat menziarah tok lang di rumah. masa tu arwah masih boleh bercakap lagi. tapi arwah kelihatan agak lemah kerana tidak lagi berselera untuk makan. sedih dan terasa sangat kehilangan arwah. masakan tidak, setiap kali balik kampung mama lynn mesti akan bersembang dengan arwah. arwah tok lang dah macam tok mama lynn sendiri.
 
kebetulan juga, cucu arwah tok lang merupakan salah seorang dari kawan sekolah mama lynn semasa di GRIK dulu. tu pun mama lynn tahu dari ibunya (mak cik cung) mak cik cung menetap di felda lawin utara,grik. betul2 bersebelahan dengan kampung mak mama lynn, kg tanjung kasau. mak cik cung mengenali ahli keluarga belah mak mama lynn. kuasa Allah, kecil je dunia ni. keluarga belah en suami ada juga yang kenal dengan keluarga mak mama lynn di grik tu. bila bercerita dengan en suami malam tadi, dia bagitahu yang dia dah tahu pun. faizal (kawan sekolah mama lynn merangkap 2 pupu en suami) dah maklumkan pada en suami yang kami 1 sekolah. mama lynn masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan faizal lagi. sempat juga bersembang dengan isterinya pada petang isnin lepas. masa tu mama lynn tak tahu lagi yang itu isteri faizal.
 
untuk arwah tok lang , moga arwah tenang di sana. mama lynn sayangkan arwah macam tok mama lynn sendiri. ALFATIHAH.
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. Al Fatihah.... nasib lynn sempat jumpa arwah ms msh hidup kan...

    ReplyDelete
  2. ina : mujur diberi kesempatan itu. klu tak mesti rasa sedikit ralat

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar