Followers

Friday, October 5, 2012

sambutan hari lahir anak-anak

 
29 september (sabtu) yang lepas ketika mama lynn masih bercuti di kampung , mama lynn sempat meraikan hari lahir anak-anak kesayangan hati mama lynn. tak mampu nak buat majlis grand2. sekadar belikan sebiji kek buat keduanya.
 
walaupun hari lahir zahir jatuh pada bulan ogos , niat mama lynn untuk meraikan hari lahirnya tetap ditunaikan. kebetulan hari lahir diana jatuh pada hujung september. so sambut sekali lebih mudah. sukar juga nak mencari kedai kek di kulim. mungkin mama lynn belum cukup familiar dengan pekan kulim. biasanya kalau kat klang mama lynn terpaksa membeli di kedai kek orang cina, di kulim mama lynn dapat mencari kedai kek orang melayu.
 
zahir begitu excited nak potong kek hari lahirnya. dari petang sibuk buka tutup peti ais. penat juga nak memantau agar zahir tak merosakkan kek hari lahirnya itu. bukan apa memandangkan en suami bekerja dan balik lewat petang so kami bercadang nak sambut pada waktu malam sahaja.
 
walaupun hanya dengan menu sebiji kek dan sejug air teh o panas, itu sudah cukup memadai buat kami sekeluarga. turut serta pada malam tu adalah abang ipar mama lynn dan keluarga. seronok sangat tengok zahir dan diana happy bila dapat sambut birthday. paling mama lynn tak boleh lupa bila zahir cakap "mak BAGUS,nanti beli lagi eh " . insya Allah mak tak kan lupa abang long.
 
 
::gambar2 di majlis hari lahir putera dan puteri kesayangan hati mama lynn::
 



 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. eh depa sambut besday berdua sekali eh sis? happy birthday dear.. semoga jadi anak2 yg soleh dan solehah :)

    ReplyDelete
  2. blk raya aritu x sempat nak sambut birthday abgnya aida, so akak package 2 org skali je. jimat =)

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar