Followers

Wednesday, October 24, 2012

program di karangkraf

 semalam, mama lynn sempat meluangkan masa hampir setengah hari di studio karangkraf, seksyen 15, shah alam bagi menghadiri program "diskusi untukmu wanita". diskusi tersebut terbahagi kepada 2 slot. slot pertama disampaikan oleh Tn Hj Azman bin Amat yang merupakan Ketua Eksekutif,Pusat Kaunseling MANIS. disini ada diselitkan sesi soal jawab berkenaan "Dilema Antara Kerjaya dan Keluarga". slot 1 ni memang buat mama lynn gelak tak hingat dunia. penceramah berkongsi pengalaman yang beliau pernah tempuhi sebagai kaunselor. sungguh buat kami tak kering gusi bila mendengar perkongsian beliau. sangat tidak membosankan kupasan isu rumahtangga dari beliau.

slot kedua pula ada 2 orang panel iaitu Y.Bhg. Ustazah Hajah Zawiyah bt Hassan dan Yatt Hamzah. semua sedia maklum mengenai Yatt Hamzah yang sudah berhijrah kepada menutup aurat. moderatornya pula ada Ustaz Rizal bin Ramli daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor (maaf tak dapat nak ambil gambar panel dari jarak dekat cos mama lynn duduk 5-6 baris dari depan). slot keduanya sebenarnya adalah diskusi wanita "Wanita Ceria, Keluarga Bahagia Kerja Berjaya".

yang bestnya yatt hamzah memberikan sedikit perkongsian yang amat berguna untuk semua muslimat yang hadir. bagaimana dia berhijrah, apakah langkah yang diambil untuk beliau berdakwah. semua itu diceritakan tanpa rasa silu. mama lynn suka andai industi seni di Malaysia ni lebih menitik beratkan soal agama Islam dalam berkarya.

novel yang menjadi pilihan hati mama lynn
dah sampai kat karangkraf tu tak sah kalau tak beli apa-apa kan. mama lynn berkira2 jugak bajet yang ada. memandangkan ada diberikan diskaun 15% rasa nak jugak beli sebuah dua buku. the end dapat juga lah membeli buku idaman hati "cucur bawang & kopi 'o'  " karya hasrudi jawawi. penulis novel ni adalah merupakan sahabat mama lynn di facebook juga + selalu jugak bersembang dengan beliau. jujur penulisan dari rudi memang best. sebelum ni mama lynn pernah membaca karya pertama beliau secara online iaitu "gol & lip gloss " .rasanya macam tu lah bunyi tajuk novel online beliau. 2 buah novel lagi tu mama lynn beli pada harga RM5.00 setiap satu. boleh la kutip sedikit semangat dari penulisan H.M Tuah Iskandar. penulis buku motivasi yang sangat terkenal tu.

door gift dari jabatan agama islam selangor
jangan tak tahu, kami dapat goodiest jugak dari JAIS tau. sijil penyertaan pun ada disertakan sekali. mama lynn amat suka membaca so bila dapat gift dalam bentuk bahan bacaan memang lah mama lynn happy sangat.

gambar terakhir ni pulak adalah gambar mama lynn bersama rakan sepejabat yang hadir sama ke program tersebut. kak faezah ni merupakan teman satu bahagian dengan mama lynn di jabatan tempat mama lynn bekerja. kalau nak tahu nilah gerangan yang mama lynn kena tanggung kerja haritu.
 
entri panjang berjela... semangat di hari rabu yang tak berapa nak bisu. =) hehe hari ni takde entri wordless wednesday dari mama lynn. seronok nak berkongsi apa yang mama lynn lakukan semalam bersama teman-teman blogger.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. Waahh dpt sijil.
    Syok Bila dpt duk dlm mjlis ilmu mcmni..
    Tmbah2 utk wanita..

    ReplyDelete
  2. best la akak..karangkraf,isu yg dibincangkan,jumpa yatt,buku yg dibeli..memang complete...

    jeles la pula

    ReplyDelete
  3. wah jumpa yatt ker...bestnyer...
    banyak novel akak beli..wani pun suka novel gak eheee

    ReplyDelete
  4. misz uzmy : yup betul tu. dapat byk panduan utk lalui hidup ini dengan cara yg lebih baik

    jue jaynee : sgt complete kan. pertemuan di majlis ilmu. ada barakah kan =)

    waniey : hehe tak byk mana pun. 3 buah je pun..hhee yatt sgt cantik tau bila jmp di luar ni

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar