Followers

Monday, October 22, 2012

jumpa sahabat lama

10 tahun
ya, sepanjang tempoh 10 tahun ni lah mama lynn tidak pernah bertemu sahabat mama lynn masa buat pra perdagangan di UiTM jengka dulu. kali terakhir bertemu dengannya adalah pada cuti semester part 1 dulu. selepas itu memang kami tidak pernah bertemu walaupun zita pernah bekerja di bukit jelutong, shah alam. kami pernah berhubung melalui telefon sebelum ini tapi kesudahannya terputus di tengah jalan (macam orang bercinta pula).
 
blog ini membantu
zita ezura ada  memberitahu mama lynn dia pernah singgah di blog ini untuk menjejak mama lynn tetapi dia tak tahu bagaimana untuk menghubungi diri ini. akhirnya melalui link FB yang ada di blog dia dapat menjejak mama lynn. di situ kami mula bertukar nombor telefon. sudah berkali2 kami plan untuk bertemu. mungkin baru jumaat lepas rezeki kami untuk bersua kembali. zita ezura tetap seperti dulu, cantik & maintain kurus.
 
anak
zita dah ada anak pun sekarang ni. ibu kepada alisha yang berusia 1 tahun ++ . tak susah untuk get close dengan alisha. satu jam setengah masa bersama dua beranak ini amat menyenangkan . alisha juga mudah mesra dengan orang yang baru dikenalinya.
 
jujur perasan gembira masih lagi berbunga dalam hati ini. hikmah adalah laman sosial dan blog telah mempertemukan kami. mungkin masa kami bersahabat di jengka dulu agak singkat (6 bulan) tetapi persahabatan itu masih dapat diteruskan selepas lebih 10 tahun tidak bertemu. terima kasih ALLAH.


nak kenal BFF mama lynn tu tak, ada sedikit gambar yang mama lynn ingin kongsikan.









♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. waa bestnya..jue nk ingat juga la sape la kwn jue 10tahun yg lalu.. atau pun tggu 5tahun lg la

    ReplyDelete
  2. bestnye..mesti banyak cerita yg dikongsikan ^^

    ReplyDelete
  3. Mama Lynn;
    sama mcm atie... FB banyak menemukan dgn sahabat2 lama... terutama teman2 kampus..
    kira2 jejak kasih lah kan..ramai dh terjumpa..Alhamdulillah...:)

    ReplyDelete
  4. jue : hehe tempoh yg agak lama kan... pertemua ini pun dengan izin ALLAH

    mrs rongoks : byk jugak la tp byk hal family. x puas sembang tp mula2 tu macam janggal jugak la cos da lama sgt tak jmp

    atie : alhamdulillah kemudahan mcm ni klu dimanfaatkan ada gunanya jugak

    ReplyDelete
  5. bestkan dapat jumpa balik mula2 mesti agak kekok pastu lama2 mula la rancak sembang

    ReplyDelete
  6. syiela ; seronok sangat.. insya Allah ada masa nk buat 2nd date ngan bff lak

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar