Followers

Monday, October 29, 2012

hilang beg baju

INTRO
tak tahu nak mulakan macam mana. ekceli mama lynn baru sampai di shah alam dari kulim. kebetulan mak mertua dan abg ipar datang ke grik sabtu lepas. mama lynn yang ikut mak beraya di kampung terus ikut mak mertua pulang, tu pun en suami suruh + hati ni memang meronta nak jumpa suami. dah rindu sangat-sangat. so balik kampung kali ni pakej balik kampung suami sekali.
 
SEDIH
lupakan dulu tentang moment manis disamping en suami untuk 2 hari tu. pagi ni masa mama lynn nak ambil beg baju di ruang beg yang disediakan di bawah bas tu mama lynn tak nampak langsung kelibat beg baju mama lynn. mama lynn minta pihak bas carikan tapi memang dah tak ada. rasa nak menitik air mata ni. pagi-pagi isnin diuji Allah dengan keadaan macam ni. kebetulan ada satu je lagi beg yang tinggal. mama lynn rasa ada penumpang yang turun di kl salah ambil beg tu. mama lynn tak nak lah ambil hak orang. bila mama lynn bertanya dengan pihak bas, diorang cakap tu bas tambahan so diorang tak bertanggungjawab. ya Allah.... geram betul dengar ayat-ayat tu.
 
BARANG BERHARGA
dalam beg baju tu memang banyak sangat baju-baju yang mama lynn sayang. kemeja ada 2 helai (baru je beli raya lepas), jeans sehelai, seluar paloza sehelai, blouse labuh, tudung2 kesayangan, tshirt ngan baju biasa tu mama lynn tak kisah sangat. yang paling mama lynn nak meraung batik sutera yang mama lynn baru beli dari sepupu berharga RM280 ada sekali dalam beg tu. tak bayar lagi tu. belum lagi inner wear yang baru-baru. dengan pencuci muka, pencuci wanita , berus gigi dan ubat gigi lagi. mama lynn hilang semuanya sekali. tak kan hal remeh macam ni nak kena g report polis. sah-sah kena gelak lak nanti.
 
ENDING
mama lynn dah tak boleh nak pikir apa lagi sekarang ni. ni pun datang opis dengan baju biasa. apa kata orang nanti. mungkin ini dugaan ALLAH SWT untuk diri ni. mama lynn redha tapi mama lynn tetap ada rasa sedih dengan apa yang terjadi. malas nak fikir sangat, mungkin bukan rezeki diri ni. chaiyok !!! moga diri ni kuat & bersabar dengan musibah ini.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

8 pesanan kasih sayang:

  1. adui kak..sedihnya...mesti tertukar kot,,
    bukan rezeki..tapi hati tu...
    sabarlah kak

    ReplyDelete
  2. jue : akak rasa down jugak ni... urrmm tak boleh nak bercakap dah

    ReplyDelete
  3. ala..la..la...cian nya Mama Lynn...sabor je lah..
    mungkin dah bukan rezeki..
    InsyaAllah nti ada gak rezeki beli lain..:)

    ReplyDelete
  4. apelah orang ambik tak tengok tengok dulu -__-

    ReplyDelete
  5. beg org tu gn kak lynn sama kot...
    sabar ea...nty perlahan2 beli baju2 yg baru...

    ReplyDelete
  6. atie : fikir macam tu jugak... nak buat macam mana tp sepatutnya tgk la betul2 beg yg dia amik tu sure ke dia pny. serik betul rasa jadi camni

    farhana : akak sampai dah tak boleh nak bercakap lagi.. hilang kata2. hari ni sedih2 pun buat mcm takde pape je

    cempaka : beg dia totally different dr beg akak. ni nk kena beli jugak la cos khamis ni nk travel ke langkawi lak

    ReplyDelete
  7. baju2 ja ek dlm beg tu..hana kadang2 risau gak masa nak naik bas. kot2 orag tersilap ambil beg or segaja ambik beg

    ReplyDelete
  8. hana : yup.. ada la brg2 lain gak. stakat ni akak dah boleh accept kejadian ni. akak niat halalkan je even sape pun amik barang2 akak tu

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar