Followers

Saturday, October 6, 2012

cerita tak pernah basi

curi-curi masa nak hupdated blog. aiseh rindunya nak blogging tapi otak ni lak rasa lembab dan tepu semacam. M besar dah datang. kesian kat kawan2 blogger yang singgah sini. mama lynn lambat reply kunjungan semua. maafkan saya eh =) senyum bajet sweet je kan.
 
nak share gambar outing ke tesco bersama-sama anak2 tersayang sabtu lepas. mak dia ni sampai2 kampung even penat naik bas jalan jauh terasa tetap jugak nak keluar berjimba kan. plan asal nak cari kek birthday anak-anak kat tesco tapi rupa-rupanya kat tesco takde kedai kek. takpe la janji boleh cuci mata. mama lynn sangat la feel happy melayan kerenah 2 beradik ni. tok ngan mama diorang sibuk duk usha baju kat kedai. mak dia ni fikir bajet bulan ni tak berapa nak ada so buat2 kuat iman je la padahal dalam hati nak je grab skirt color orange sehelai.


terbaik aksi 2 beradik, suka tengok both pakai baju baru yang mak dia ni belikan

my beaty princess , nurul diana najwa
 
 mak lak yang nak entreprame

kalau bab fesyen bagilah pada my mother in law. takde la terlalu obses berfesyen tapi mak mertua mama lynn ni memang agak bergaya kalau nak compare ngan mak mama lynn sendiri. mama lynn yang masih belum cecah umur 30 ni yang tak berapa nak bergaya. tapi sejak 2 menjak ni berangan nak melawa je.
 
ingat tak mama lynn cerita yang mama lynn tengah on diet sekarang ni. alhamdulillah dekat 2 minggu  ++ kot mama lynn tak makan nasi. kalau makan pun setakat rasa sesuap dua. itupun ada la sekali dua. berat badan takde la turun mendadak cos mama lynn still ambil bihun sebagai ganti nasi. adalah la sikit penurunan even tak banyak. setakat 3 kg tu ada lah. tu pun rasa bersyukur sangat. perlukan masa untuk turunkan lebih banyak berat badan ni. target mama lynn dalam masa 2 bulan akan datang berat mama lynn boleh turun 10 kg. maybe mama lynn kena kerja lebih skit cos kadang2 mama lynn ambil juga sweet drink dan makan kuih yang manis. nak pantang makan terus agak sukar juga. sebagai ganti nasi kadang2 mama lynn meratah lauk atau sayur.
 
wish me luck k. rasa kena gak buat listed pengambilan makanan setiap hari. kalau tak nanti takut makan banyak pulak. adik2 mama lynn bukannya nak bagi support sangat. lagi diorang kata angah diorang ni poyo ada lah. takpe . angah akan buktikan kat korang. angah pun nak lawa jugak . bila fikir balik dalam situasi yang alone kat rumah tu la mama lynn patut boleh struggle dalam diet. tak perlu nak memasak untuk suami atau anak-anak. moga impian mama lynn akan tercapai. amin.

sekali nak updated terpanjang la pula entri ni, takut korang bosan lak . hehe insya Allah ada masa kita jumpa lagi.
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. Gud luck lynn...teruskn usaha berdiet tu ye...jgn putus asa...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah mama lynn, pasti dapat turun kan berat asalkan istiqamah. hehe.

    ReplyDelete
  3. Selamat berjaya lynn...kalau ada keazaman'maha'kuat,gerenti boleh berjaya punya.(Diet tak makan nasik!Not me!)

    ReplyDelete
  4. ena : insya Allah..setakat ni mampu lagi bertahan. almost 3 minggu jugak ni

    farhana : tq =)

    fifie : insya Allah + buat ini demi nak preggy jugak

    hanif : sama2. wish me luck

    norhaizan : insya Allah doakan saya .. kali ni tekad sy nak diet kuat sikit dr sebelum ni. alhamdulillah dekat 3 minggu juga tak jamah nasi. kalau teringin betul2 rasa la sesuap dua.

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar