Followers

Thursday, October 25, 2012

cerita nak kurus

muka bini orang.....

dah lama rasanya mama lynn tak sarungkan baju ni ke badan. rasa pakai kali ni selesa sikit cos dah muat balik. baju ni mama lynn beli sempena majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang yang mama lynn hadiri 3 tahun ++ lepas. masa tu mama lynn masih bujang lagi. berat mama lynn sejak jadi isteri orang memang naik berganda-ganda. means da dapat lah kurangkan berat sedikit sepanjang sebulan setengah berdiet ni.

semalam mama lynn makan banyak sikit. terus mama lynn ambil teh HL malam tadi untuk cover balik. pagi semalam mama lynn breakfast dengan kuewtiau goreng + lauk , petang pula mama lynn ambil kuih tauhu sumbat 3 ketul dan malam mama lynn makan 2 ketul ayam goreng & 3 sudu mee goreng. dah berminggu-minggu mengidam nak makan ayam goreng kat pasar rabu tu. barulah semalam dapat ditunaikan hasrat perut ni. sesekali makan banyak serba salah jadinya.
 
bila fikir proses diet mama lynn ni rasa tak nak cepat mengalah. alhamdulillah masih meneruskan even mama lynn takdelah hyper diet. even tak makan nasi mama lynn still makan mihun sebagai ganti cuma sekali-sekala bila takde choice makan gak la kuewtiau goreng. setelah mama lynn ambil 50g sepanjang tempoh sebulan ++ tu mama lynn dah dapat kurangkan berat hampir 5kg jugak. untuk bulan ni kebetulan ada bajet lebih sikit mama lynn beli tea mix lemon and hibiscus 100g. insya Allah boleh tahan 2 bulan.

biarlah orang nak cakap apa kat belakang mama lynn. mama lynn akan terus berdiet sampai lah mama lynn dapat berat yang mama lynn idamkan. mungkin akan makan masa sedikit tapi takpelah dari takde usaha + panas jugak telinga ni bila orang mengata pasal bentuk tubuh badan kita. wish me luck k. kawan-kawan office ada yang tahu mama lynn sedang berdiet tapi terpulang lah pada diorang nak nilai mama lynn macam mana kan. bukan nak menunjuk-nunjuk tapi nak bagi support untuk kawan-kawan jugak .

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

10 pesanan kasih sayang:

  1. alamak akak diet? tahan nya.

    hihikkk apa2 pun tahniah da berjaya juga

    ReplyDelete
  2. jue : yup cos akak ni dah gemuk sgt tau..... huhuhu klu ramping mcm jue mungkin la x payah pikir sangat nak diet2 ni

    ReplyDelete
  3. kalau metabolisme tinggi lagi cepat kurus.. err apa fungsi tea mix lemon and hibiscus 100g tu?

    ReplyDelete
  4. selamat berdiet Mama Lynn...moga2 semua di permudahkan...
    Tak perlu dengar kata2 org yg mengata..depa tak tau apa yg kita rasa...betul tak??
    Chaiyok...chaiyok..!

    ReplyDelete
  5. yana : betul lah tu tp klu badan kita ni gemuk air lg cepat kurus, macam sy ni jenis daging pejal.. mmg amik masa. function dia sebenarnya more kpd kesihatan diri. mak sy pun minum ni. energy dia kuat + sebenarnya bila sy minum tea ni sy takde la rasa nak makan sgt

    TIE : TAHU TAKPE... biar org kaya poyo sekalipun da xde hal buat diri ni. yg pntng nk capai apa yg diimpikan

    ReplyDelete
  6. peewit.. :D haha meh mkn HL ramai2

    ReplyDelete
  7. Wah chaiyok! chaiyok! sis.. aida pun sekarang macam buntal dah ha. huhu

    ReplyDelete
  8. all the best lynn...chaiyok chaiyok... support you...

    ReplyDelete
  9. thanks semua di atas sokongan anda.. tapi raya haji ni balun gak makan 2 hari tu cuma semalam la dapat kontrol makan skit. jangan naik balik berat dah

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar