Followers

Thursday, October 11, 2012

perihal tidur malam

mama lynn ni jenis kalau dah tidur sangat lah lena sekali tapi once ada buyi pelik masa tidur boleh pulak terjaga. macam kejadian awal pagi tadi. lebih kurang pukul 3.30 pagi rasanya. terjaga bila dengar bunyi bising atas siling bilik. dah la mama lynn pernah trauma dengan kejadian sebelum ini. pada yang tak tahu cerita boleh la rujuk entri INI. bila dah terjaga tu mama lynn terus ambil handphone. tengok jam baru pukul 3 lebih. niat hati nak juga bangun tapi malas pulak rasanya. cuba lelapkan mata balik. sambil tu baca ayatul kursi untuk kuatkan semangat.
 
mama lynn dapat agak yang kat atas siling tu hanyalah bunyi samada tikus atau kucing yang berlari tetapi disebabkan pernah berdepan dengan trauma sebelum ini , otak ni kadang-kadang memikirkan yang bukan-bukan. mujur lah tak ambil masa yang lama untuk sambung tidur. lebih kurang pukul 5.20 pagi terjaga semula. mama lynn memang kunci jam pada waktu-waktu sebegitu. terpisat-pisat bangun kemaskan katil dan kemudiannya mandi. sekarang subuh pun awal. so dapatlah pergi kerja awal.
 
lately ni juga mama lynn akan terjaga sendiri sebelum loceng jam berdering. mungkin minda kita dah set untuk bangun pada waktu sebegitu. bila terjaga awal dari biasa mama lynn memang ambil masa untuk bangun. bila jam loceng berdering barulah mama lynn bangun. mama lynn dapat rasakan diantara faktor mama lynn mudah bangun pagi lately ni adalah kerana mama lynn akan masuk tidur awal. pukul 10.30 malam , adalah masa yang sesuai untuk tidur. lagipun bila kita ni bekerja disiang hari, waktu yang ideal untuk berehat adalah waktu tidur. dapat tidur yang cukup energy pun ada.
 
"moga Allah menjauhkan perkara yang tidak baik dari diri ini". tak suka nak berlagak berani. dalam hidup ni langkah berjaga-jaga pun perlu ada. apa yang penting kena sentiasa positifkan diri. dan paling penting sentiasa berdoa pada Nya agar keselematan diri kita dilindungi. mama lynn tak ada ilmu tinggi dalam amalan surah-surah. cukuplah sebelum tidur tu kita baca ayatul kursi dan doa tidur. insya Allah selamat.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. semoga everything ok mama lynn...

    ReplyDelete
  2. MumMe : insya Allah moga semuanya kan baik2 =) .

    ReplyDelete
  3. CiM slalu tido lewat, kdg tu kul 1am masìh trjaga lg. Pagi kul 6 dh kena kejut ngan en.hubby (dia bangun lg awal kdg 5am dh bangun). Klau dh tido mmg tk sedar apa dh, tp klau tejaga, haaa mmg jgnlaa nk tido lg. Alamatnya kesianganlah. Tp kt opis kul 11am dh start dah..hehe, BW la jwbnya

    ReplyDelete
  4. CiM : sy ddk jauh dr suami so mmg klu boleh bila da tidur tu mls nak terjaga2, nnt mcm2 yg difikirkan. hehe untung la dpt suami yg mudah bgun pagi. senang hati

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar